Sunday, December 27, 2009
baby are you down down down down down..?
Thursday, December 24, 2009
AND NOW..HE'S GONE.FOR A MOMENT.
Wednesday, December 23, 2009
CODE RED
- Eyes HURT.
- Hand SHIVER
- Heart FAILURE.
- muke macam zombie. HEARTLESS
- LOST APPETITE.
- INSOMNIA.
- Mula rase semua lagu sedih patah hati tu di tujukan khas utk diri sendri..GILE!
- Mula dendam dengan lagu bahagia gembira.
- Menyanyi lagu patah hati bila ade mase terluang
- Mula berpikir alangkah bagusnya kalau jadi cyborg,atau mutant
- Congrats!!!.anda menghidap penyakit ELMO.sile teruskan proses meraung melalak anda utk sesi terapi bagi mengurangkan kadar kesedihan.
Tuesday, December 22, 2009
MERLIN
TAJUK BEBAS
Saturday, December 19, 2009
AWAK MANA PERASAN SAYA SEBAB AWAK PERASAN AWAK HOT?
Friday, December 11, 2009
sayur campur.
mata carik satu imej yang sangat familiar dengan makanan dan kenyang perut.
ahaaaah..! dah jumpe....
aku: ma masak ape tengah ari tadi ..lapar la... *sambil gosok-gosok perut,muke kerut-kerut*
ma: masak gulai ayam.inah suruh masak gulai ayam.die teringin nak makan.
*jawab sambil mata tak berkalih dari skrin tibi.*sampai hatiii
aku: gulai ayam je? sayur takde? sambal-sambal takde? *pertanyaan banyak cekadak*
ma: takde.nak sayur g masak sendiri.dalam peti es tu macam-macam sayur ade.
*still mata pandang tibi* cite si chantek dan si buruk rupa ari ni episod last.patut la ma aku kusyuk semacam haish..
tak mau kacau kosentrasi ma aku.terus melangkah gi peti es.amik bahan-bahan yang di perlukan terus g dapo.potong sayur-sayur yang di perlukan.gigih nak masak sayur campur.
letak kuali atas dapo.boboh minyak..tibe..tibe...
aku: ma camne nak goreng sayur? dah lupe la..*tanye sambil tangan padamkan api dapur.*
ma: goreng sayur pon tak lepas? nak kawin tak menyempat.aish..*sambil bagi instruction cara nak goreng sayur dari depan tibi*
aku: MANE ADE ORANG TAK NYEMPAT NAK KAWENNNN!!??!
*protes dalam hati sambil terus idupkan api dapur dan dengan bacaan bismillah aku hentam keromo je masak sayur.nasib jadi..pheeewwww
p/s: mak kite lagi tahu menilai anak dara die.-_-
Sunday, December 6, 2009
DENDAM
gagal dalam memberi sebuah kemaafan,gagal memaafkan dan masih berdendam
arghH..sedang kan nabi maafkan umat ni kan pula kau..suara jahat mulut busuk memaki aku yang masih lagi menyimpan secebis dendam.
aku takut untuk beri kemaafan kerana perbuatan itu melukakan.
aku takut jika aku dengan mudah pasrah menyebut kata maaf hati aku akan sewenangnya di jadikan mainan ..alah takpe saketkan die..die tu mudah memaafkan.aku tak suka prasa perkataan itu.tidak suka.sapa suka disingkap hijab kelemahan? kau suke? aku tak....!
aku bukan nabi kau jangan lupa itu semua.aku tidak punya kemulian sorang nabi walau aku umatnya dan berusaha keras untuk berperibadi seperti baginda.sekarang antara berusaha menjadi baik dan sedia ada baik adalah 2benda yang punya banyak beza.betul?
bila aku fikir.aku letih.aku letih berdendam kerana dendam itu memenatkan.tak percaya? cuba la kau berdendam dengan sapa-sapa.aku nak tengok kau bersenang lenang dengan dendam tu.
dendam itu saket.menyakitkan.hati kau yang sudah hancur lumat tinggalkan bekas yang tidak akan hilang walaupun kau buang hati kau.
jadi aku pikir.boleh ke aku cuba belaja untuk memaafkan.belaja maksudnya aku perlukan masa untuk latih diri memberi sebuah kemaafan.mungkin maaf boleh di beri bila tamat proses pembelajaran aku nanti tapi mampu ke aku melupakan dendam selepas kemaafan aku bagi? ikhlas ke aku bagi kemaafan tapi sebenarnya aku tidak pernah memaksudkan?
sudahnya aku belajar maafkan diri aku dulu sebelum aku maafkan orang.itu penyelesaian yang tepat dapat aku fikirkan.
p/s: dendam itu reflex kebodohan.berpura itu reflex kebangangan.antara bodoh dan bangang mana satu lagi mulia? ke dua-dua sama hina?
Saturday, December 5, 2009
kalam dari hati
hati aku,dia yang punya
dia ada hati,tapi bukan dia yang punya
hati dia,aku yang punya
mengerti?
itu ironi chenta
hati aku bukan lagi punya aku bila aku ketemu dia.
indah bukan?
bila bibir,hati,mimpi,realiti selalu sebut nama kau
itu tanda aku rindukan kau
paham?
p/s: baru perasan aku tak jumpe kau lebih empat bulan..patut angau semacam..duhhhh -__-
Tuesday, December 1, 2009
KAMU SUNGGUH CHANTEK QASEH.
tapi aku gembira banyak sebab die lahir tak cukup bulan macam aku dan berat die time lahir juga same macam aku 23 tahun yang dulu huuuu..
lepas dapat message from ain, aku terus call die dengan nada teruja.teruja nak tau tentang baby dan teruja nak tau pasal errr proses bersalin yang menyaketkan itu.dengar je suara ain aku tahu die still lemah.dengar je cerita ain aku punye kerutan kat dahi timbul timbul kesan dari rase ngeri bile dengar cerita dari ain. dan bile ain tanye bile aku pulak nak nikah kawen mengandung beranak segala..jawapan standard aku macam biase..
TUNGGU LA BABY KAU BOLEH JALAN DULU..NANTI DIE BOLEH JADI FLOWER GURL WED'S AKU
jawapan mengelat dari aku . kalau nanti anak die dah boleh jalan berlari semua abes la aku..terpakse pikir lagi ape alasan untuk mengelat dari isu nikah kawen ini semua huuu
taraaa...ini die gegurl yg cumel itu..nama die?
NURQASEH SOLEHAH bt ROHAIZAD
seriyes cumel...
there's no words to describe how beautifull u r QASEH.
moga jadi anak yg solehah.nanti mummy datang tengok heh =D
p/s: nak start pegi kedai baby.pilih baju mainan untuk qaseh.
Tuesday, November 24, 2009
EDWARD CULLEN VS MR. LIEBCHEN
- tinggi dari aku..tinggi tak tinggi la cam dinan pon tinggi gak kan ? tapi nak tinggi cam akil tak nak rendah cm tuween ^_^
- muke die kalo pandang sure hati sejuk..muke stok surau nih
- pakai cermin mata sebab ayah aku pakai spec
- mate kaler cokelat.cam aku eh tak-tak cam ayah aku huuu
- die mestilah vampire.hahah tak la nih kensel..kensel..^_~
- pandai main instrument.sebab aku pernah ade cecite nak main drum tapi di bantah secara pakse oleh kawan-kawan
- pandai buat lawak macam nabil sebab nabil orang nogori
- tak suke marah sebab aku memang suke carik kemarahan orang ^_^
- tak merokok sebab ayah aku tak merokok
- sempoi tak peningkan kepala sebab aku tak suka lelaki metrosexual
ciri -ciri mr liebchen kesayangan jantung hati perasaan
- tak merokok.bagus.bersyukur.
- pakai spec.rabun sungguh.
- pandai buat lawak yang cenderung ke arah membuli dan menyakitkan hati aku
- sempoi.sangat-sangat sampai aku terpakse jadi warden asrama untuk displin kan beliau
- tak suke marah.nih part paling best.pendiam manusia sorang nih tapi sekali die bukak mulut hatta untuk tujuan nasihat pon boleh buat aku meraung sebab terasa hati
- pandai main instrument.beliau ahli brassband uitm.tapi tak suke bagi aku tengok die perform.ntah manusia jenis ape ntah tak suke orang tengok.
- tinggi.kepala aku kat paras tengkuk die je.selalu dia buli aku sebab aku pendek
- mata kaler cokelat.kalau tak silap.aku susah nak pandang mata dia.nanti cair senang sangat
- muke die pandang sure sejuk hati? depends.kalau time die nak buli aku, rase nak kasi cop mohor kat muke die gune tapak kaki dan tangan.
- vampire? die tak berkenan dengan cite twilight pon.die jeles tu aku suspek.pedulik la..yang nyata die tak suke darah.nak derma darah pon jenuh aku pakse.
p/s: untuk KAU ..amek sangat jawapan yang di minta nih .Etceli tak semua yang kite nak kite leh dapat kan? ^_^ tapi Edward cullen still aku yang punye kau pinjam je kan? kan? kan?
Friday, November 20, 2009
I HATE AUSTRALIA !!!!!
minit-minit pertama perbualan lebih terarah kepada sesi warm up seperti tanya khabar,dah melantak ke belum,tadi hujan ke tak dan soalan runcit-runcit yang tak saketkan hati.
perbualan seterusnya ..makin mencabar..dan confirm akan sakitkan hati gua.
aku: jadi ke pegi aussie jalan-jalan ngan abg fir nye family diz december?
* bertanya sambil berdoa jawapan nye adalah TAK JADI*
Mr.Liebchen: jadi abg fir dah booked ticket..24 til 30 december *jawap dengan lancar*
aku: err..hurm..terlepas la my birthday* hati dah sayu..mata dah berkaca-kaca*
Mr.Liebchen: ala macam la abg pegi tak balik lagi.bukan pegi perang la.nanti abg hanta gambar,call wish birthday and beli hadiah dari sana heh?
*cakap gune gigi memang la senang!!!*
*jawapan yang langsung tak bagi ketenangan hakiki kat hati*
aku:---------------------------------------*diam membisu selama setengah jam*
p/s: kalau orang lain anggap birthday issue ni kecik ..aku anggap mende nih besar.5 tahun aku tak pernah tak sambut birthday yang ujung tahun aku tu without him.jadi kalau tahun nih dia takde on my birhtday aku akan for sure rase lain macam haram.Memang la senang je lidah die cakap nanti die balik boleh celebrate tapi still not on my birthday kan? still birthday aku dah lepas kan? ok sekarang nih sape cakap deal dengan perempuan susah dan perempuan dari marikh dan makhluk aneh aku akan sokong 500 peratus.-_-
p/s: kinah akan cakap aku spoiled bratt..salah kan bakal abg ipar kau tu..dia yang buat aku jadi manja mengade hilang semangat dan darah tun teja aku nih ..
p/s: I HATE AUSTRALIA for this moment til...mr liebchen balik malaysia balik.bai
Tuesday, November 17, 2009
ANDARTU?!
akil: kak,ashriq nih bukan kawan sekolah kau ke? *pertanyaan dengan nada curious*
aku: ha'ah..classmate lagi.. *jawab dengan nada malas-malas.*
akil: ramai heh budak baye kau dah kawen.mak aleesya baye kau,ashriq nih baye kau..
*sambil buat muke berpikir-pikir*
aku: biar la,jodoh dieorang sampai awal. *jawab sambil kunyah kacang*
akil: oooo...kire-kire kau nih ANDARTU la heh? *tergelak-gelak macam setan*
aku:@#%^&* mencarut gune high pitch...
p/s: 23 tahun tu mude lagi kan?kan? kan? eh aku baru nak masuk 23 bulan doblas nih..
andartu? i dun deserve that .....!!!!!
Sunday, November 15, 2009
TERSALAH BATANG.
bila dah tengok kuantiti kepala manusia makin kurang kat kaunter ticket aku terus pegi beratur belakang seorang mamat indon nih.kemain lagi die datang malaysia naik tren gembira-gembira.aku pegi indon nak naik roller coster pon macam serba salah.takut kene sua dengan buluh runcing la ape.
sampai turn aku kat kaunter ticket tu, aku terus laung kat akak kaunter yang ayu berkaler biru,
" akak ticket one way g batang berjuntai..!"
sambil aku maniskan muke bagi senyuman kat akak kaunter.sedekah runcit menjelang maghrib.aku pandang muke kakak tu,muke die bekerut-kerut macam orang tua.pedehal lak die nih..tak kan pekak kot.nak kene ulang suara ke hape nih?
"batang berjuntai? " ulang akak tu ..lantang jugak suara die.menusuk ke telinga.tibe-tibe aku teringat satu mende.time nih kalau rabe dahi aku sumpah dahi aku pula yang amik turn berkerut macam org tua.
dengan suara di low kan ke level 1/2 sambil tersenyum secara runcit bukan manis seperti tadi aku terus cakap cenggini
" eh eh ..silap..soryy..batang benar..heheh" sambil tergelak-gelak kecil sambil berdoa orang kat belakang aku pekak tuli.
lepas amek balance duit terus aku blah cepat-cepat dari kaunter ticket.baki duit aku tak kire langsung.terus masuk dalam poket jeans lusuh bau mayat aku.g mati la kalau akak tu nak tipu duit aku ke ape.malu punye pasal duit macam tak de nilai dah.demm ...!
ni la akibat kalau manusia suke sangat letak name batang sebagai name tempat.dan aku manusia yang dikelilingi batang-batang berkenaan sampai terkonpius lantas memalukan diri sendiri bila dah lebih dari satu batang yang terlibat sebagai name tempat
p/s: harap akak kaunter tu tak pikir aku pervert dengan membuat hipotesis awal yang aku nak bergurau secara lucah dengan beliau.
Wednesday, November 11, 2009
2012.
aunah: weyh orang kater sangkakala dah bunyi
gua: heh? apesal aku tak dengar pon?
aunah: buat pe die nak bagi kau dengar?
gua: eh pehal aku xleh dengar pulak? aku pon umat manusia gak.bukan
bunyi sangkakala tu untuk aku jugak ke?
aunah: malas la cakap dengan kau nih..!
gua: kalau betul kiamat dah dekat aku nak kawen la cenggini..
aunah: org sibuk nak repent lu sibuk nak kawen..ngoks.. malas aku nak
cakap ngn ko nih...
gua: err...salah ke? hehehehe
p/s: kinah niat lu nak suruh gua insaf tu murni...huuu esok kite tengok 2012 heh?heh?heh?
Monday, November 2, 2009
SAYA MAHU JADI SAINTIS
Sekarang nih bila fikir-fikir balik aku nak sangat jadi saintis.......................!
kenapa la aku tak jadi saintis.Kalau jadi saintis boleh gak cipta alat pengesan dan letak kat semua barang-barang aku termasuk la pakaian tak kisah la pakaian yang di luar mahupun yang di dalam.Takde la aku lupe mane pegi barang-barang aku semua main ghaib macam tu aje.Dengan kapasiti memori ingatan cepat terlupa aku nih,perasaan menyesal tidak jadi saintis itu makin bertimpa-timpa rasanya.Sebab sampai sekarang aku tak tahu mane aku letak kemeja kotak-kotak hijau kuning fewit-fewit aku tu.Dah la kinah yang belikan.Macam kurang sopan pulak orang dah belikan aku suke hati dan tekak je pegi hilangkan mende tu.Lagi pon aku rasa baju tu buat aku nampak cool dan menambahkan keyakinan pada diri.Kenapa la aku tak jadi SAINTIS...walhal dulu sekolah aku name die saint aidan.Kan dah dekat-dekat je bunyinye.Blurr jugak aku nih mase zaman kanak-kanak.Keje asik nak main je,bepikir jarang-jarang sebab tu la tak dapat jadi saintis.huh~!
p/s: perasaan cenggini selalu je muncul time aku kehilangan barang.Ayat yang cliche yang akan muncul adalah seperti "kalau la aku jadi saintis kan best....................."
tapi jadi CIKGU pun best jugak per.
Wednesday, October 28, 2009
KERANA TERLUKA (BACA DALAM NADA SEDIH PEDIH)
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku iniTerserah padaMu Tuhan menentukan...
Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...
Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbuBisanya...
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini
Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa
*ouh atas nih lirik lagu nurul.kerana terluka.Eh takKkkk..aku dengan mr liebchen baik-baik sahaja.tak gado.tak merajuk.tak mengamuk.just..saje nak dengar lagu jiwang karat tangkap leleh fewit..fewit.tak semestinya time sedih pedih luka kat hati je baru layan lagu nih kan..???
^_^
p/s: kinah gua dh jumpe lagu best nih ..jom karaoke..!!!!
Monday, October 26, 2009
NOGORI DEN NOGORI SEMBILAN
ini adelah entri kenegerian aku yang pertama.entri nih di buat khas untuk menglamerkan negeri sembilan atau dalam mandarin nye shen mei lan..(sedikit bangge..terima kasih mr ong)
ok..hari nih event paling gempak kat negeri sembilan adelah pertabalan yang di pertuan besar negeri sembilan yang ke-9 TUNKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM TUNKU MUNAWIR.
kalau yang past paper sejarah spm dulu mesti dah tahu yang negeri sembilan takde sultan sebab kiteorang rase sultan nih menda yang dah biase sangat atau mende yang cliche dan tak rare.jadi demi mencari kelainan kiteorg gelar raja kesayangan dengan gelaran YANG DI PERTUAN BESAR.
survey menunjukkan bahawasanya YDP baru yakni TUNKU MUKHRIZ nih muke je garang tapi hati mulia dan sangatlah berjiwa rakyat.alhamdulillah la kalau betul ape kate survey tu.Tengok cara beliau pon nampak juga beliau nih berjiwa rakyat.Pasni boleh la aku start berangan nak makan minum sembang borak di kedai simpang tiga jalan masuk ke seri menanti tu..*aish* mane standard raja nak g minum kat kedai kopi la dol ...
dan satu fakta yang baru aku sedar..beliau mempunyai anak teruna yang hensem dan bergaye..pergh..etlis now dh boleh tambah satu point kat alasan MENGAPA SAYA BANGGA SAYA ANAK NOGORi..^_^
okeyh la tu je cerite tentang negeri sembilan aman makmur sentosa dan kaye raya nih ...nak cite panjang-panjang takut terlajak kate dan terbuang negeri pula nanti hehehe
lain macam pulak kalo buat entri pasal negeri tapi xspeaking negori ye tak..
hurm last but not least..
"APO KONO EH JANG..!"
bai.sekian.
p/s: bayangan tengku zain si hensem berkaca mata tu macam dah mengangggu lena aku sejak petang tadi la hahahahahahahah
BLURR ITU BUKAN AKTIVITI RIADAH LAH...!
Monday, October 19, 2009
MIMPI YANG GELI ..
gugur jantung aku lari lelaju macam lah dah tak de kete sangat nak naik.. nak berlari-lari pulak......haish~!
p/s: aku supect sumpahan mahsuri tu belum betul-betul berakhir la..sape yang ade record mahsuri tu tol-tol cakap 7 keturunan..?? ntah-ntah die cakap 70 keturunan..org kite je yang memandai..haish -_-
Wednesday, October 14, 2009
BAHASA INDAH BILA MARAH
piss off because of you bitch .. pourquoi vous devriez poser ce genre de questions? Pourquoi faut-il même pas curieux avec son statut? pas même à votre .. bussiness l'esprit de votre propre bussiness la prochaine fois ..! comprendre? se perdre
GANGGUAN MAKHLUK HITAM TINGGI GELAP..TAPI BUKAN TOYOL.
"ko agak-agak aku sape?"
aku paling benci gune akal untuk tujuan mengingat mende.kalau mende tu penting sangat seperti kalau tak ingat dijamin failed paper.tu for sure aku akan kerah akal untuk ingat sehabis daya.tapi kalau setakat sesi flashback kenangan lame mengusik jiwa tak payah la..buang mase..ouh ya berbalik pade panggilan telefon tadi.aku tak angkat.si pemanggil saje nak bagi aku rase annoying dengan panggilan yang bertalu-talu..sekali lagi effect celebriti mari..malas nak panjang cite aku angkat je...kalau die nak main teka-teki sape kalah kene cili aku off je kan handphone ..ape aku kesah..
aku tekan button hijau ade simbol telefon kat citu...dengan bersuara malas" HELL..oO" ...nada pemalas kedengaran.tak kisah pon kalau manusia yang telefon aku tu nak letak telefon lepas dengar suara panda kutub utara baru bangun tidur aku tu..letak phone lagi bagus..
"hye..kenal lagi tak ni" suara ceria disebelah sane..langsung tak jejas dengan effect suara tak ikhlas aku sebentar tadi..
"tak kenal" terus jawap..malas nak pikir dua kali.terus gune teknik jawab tanpa gune otak.
"ala..takkan adik sendri pon tak kenal..hahahahahahahahaha" hanya kedengaran gelak tawa syaitan jantan...
terus tengok screen handphone...dan ...adegan seterusnya adalah sesi memaki (dan di denda 5posen dengan sebanyak -banyak nye..) memukul.dan cubaan menarik kain pelekat budak gelap yakni adik teruna aku yang gatal tak de keje belajar malas nak mampus.pegi kacau akak die yang memang ade kekurangan dalam bab menghapal nombor telefon umah..trick licik yang mengundang sakit hati ~! bedebah punye adik..mementang kau tinggi ..aku pendek..ko bebuli aku heh..siap kau..ade kuaci ade bas..ade hari aku balas...
p/s: moral of d story..sile hapal number telefon umah anda...-_-
tolong berfikir sebelum jawap telefon
Sunday, October 11, 2009
SEBAK SEBAB SERI GOMBAK
ini salah satu sebab kenapa aku tak suke masuk HELL balik.Dress code akan jadi satu mende yang paling last untuk difikirkan.Sape je nak ekot peraturan pakai baju kurung sentiasa,buat rimas lemas je,kang nak jalan dalam suasana panas kering kontang yang hujan turun sangat jarang.kalau ade pon tgh malam.. pagi sampai petang panas boleh buat migrain berulang.ok la tu reason,alasan semata.bukan tak mau dress up cam cikgu..
tp nak buat pe..mane ade class lagi,mane ade sekolah lagi..mane ade anak murid lagi..mane ade...SEMUA DAH TAKDE..
sebenarnye..aku dah start rindu sekolah,anak murid,pakcik jual paper,makcik kantin,library tempat online,perhimpunan,padang sekolah,tiang bendera dan etc etc etc.*RINDU*
P/s: tuween lu len kali jgn tanye soalan touching seperti" ko tak rindu kathi ke " ..kan gua dah sebak nih..-_-
Thursday, October 8, 2009
MENCARUT ITU BERDOSE
p/s: nak carut dalam blog pon rase takut-takut,kang ade lak budak rumah bacer,tak pasal rabak 5posen.5posen nampak je cam takde pape tapi kalau dalam satu ayat tu ade 5kali carutan berulang tak ke dah 2ringgit 5 posen?
Wednesday, September 30, 2009
BILA KAU NAK KAWEN????
bukan aku tak suke pegi beraya..suke..sangat sukeeeeeee.walaupun harapan nak dapat duit raya agak tak berapa cerah disebabkan faktor usia tapi still semangat nak pakai baju kurung baru dress up vogue dan pegi beraya dengan jalan ala-ala kate moss tu masih ade..just beberapa faktor yang dianggap runcit seperti mama aku ajak pegi beraya time tu cerita awan dania season 2 baru nak start ataupun time tu dalam cite CSI miami horatio tengah bercakap dengan penuh stylonya dan aku sendiri tengah tunggu bila dia nak pakai balik cermin mata hitam sumpah kewl die tu sebagai tanda kes dan selesai..dah mama aku ajak pegi beraya.
tak dapat la..aku paling tak redha kalau aku pegi beraya,jasad makan kuih almond london minum air oren tapi hati minda aku melayang memikirkan apelah yang terjadi kat cerita-cerita kegemaran aku tu..aish -_-
tapi bukan tu main factor aku tak berape nak into pegi beraya sangat.penyumbang atau penyebab utama aku tak berapa nak pegi beraya adalah aku malas nak jawab soalan -soalan sumpah kontroversi dari mulut-mulut sedare mara yang sibuk nak tanya pasal aku.maksud disini aku bukanlah manusia faymes dimata mereka semua tapi tiap kali beraya sumpah aku akan kene sesi Q&A nih..soalan yang paling buat aku tak senang duduk adalah seperti nih: BILA KAU NAK KAWEN?
weyh..ape jenis soalan la nih..umur aku baru 23,blaja tak abes lagi baru nak abes,keje pon tak lagi sedangkan hutang ngan mak bapak dah berkoyan-koyan,kereta suzuki swift pon tak mampu beli lagi,rumah sendiri pon tak ade lagi macam mane semua orang nak tanye aku bila aku nak kawen? eh...
rimas sangat la..bukan aku tak nak kawen,sumpah la nak ..name manusia mende tu fitrah kot..tapi bukan la sekarang,pantang nampak anak dara sket tanye soalan gaya kontroversi cenggitu..mana tahan..syik nak tepis soalan macam tu..sebab tu lah aku malas nak g beraya.cara deyal tanye macam la aku nih bukan muda lagi.macam la aku dalam keadaan yang terdesak kene kawen.macamlah....hah..macam-macam la..malas aku nak pikir.dulu zaman purba kala confirm la umur macam aku nih dah ade anak 3.tapi now dah zaman komputer bukan zaman raksasa..umur 28tahun tak kawen lagi pon tak dak hal kot.bukan aku anti kawen awal..tak..aku suke tengok kawan aku nikah kawen awal dan dah jadi mama ayah orang dah now..tapi ikut kan prinsip hati aku..aku tak boleh kawen awal..aku serba serbi tak tahu,tak mahu lah sebab nak puaskan hati semua orang aku dapat title bini derhaka dan tempah tempat kat neraka nanti..tak manessss rasanya cenggitu kan?
tapi kalau dah jodoh aku sampai awal..siapa aku nak lawan ketentuan ALLAH kan? Terima jelah..tapi untuk aku sendiri pandai-pandai plan nak kawen awal..tidak mungkin rasanya..aku pandai pakai baju ukur badan sendiri lagi..^_^
p/s: dah try jawab NO COMMENT time orang tanye aku soalan-soalan kontroversi tu semua..tapi mama aku pulak yang jeling -jeling bila aku bagi jawapan macam la aku artis akademi fantasia je tu
Monday, September 28, 2009
TATAK DEMAM..
lokasi:
keramat au
masa:
9.30 malam
situasi:
duduk depan tv dengan harapan nak tgk cite pirates sebab kegilaan terlampau terhadap pirates hensem tp apekan daya kene pangku anak buah kesayangan yang berat lebih seguni beras.
mak yong : tatak..dis monday tatak start skool kan?
cara memulakan small talk yang menjurus ke arah akademik.baru true style nak didik anak-anak..
tatak: tak lah ..tatak tak g skol isnin nih.tatak demam..
jawapan yang buat aku tegamam..mate pejam celik belas-belas kali..tengok tatak dengan teliti..hurm..tak nampak cam demam pon ..makin sihat ade la..
dan time aku tengah blurr-blurr udang tu..datang satu watak tambahan menjelaskan keadaan sebenar..yang aku hampir terlupe ..terlupe tentang peel anak buah kesayangan aku nih..
ayah tatak: die memang malas g sekolah la..drama queen tatak nih ..belum ari isnin die dah tau dh die nak demam..nanti bangun tido mula la buat muke sedih kunun saket la tu...
terang si ayah yang hanya ketawa-ketawa je bile tau anak die nye peel malas g skolah...
pemonteng sekolah tegar tahun 2009
dalam sebulan dapat die g sekolah 2 kali pon kire syukur sangattt
p/s:
macam mane aku leh terlupe peel anak buah petah cerdik pintar aku yang suke ponteng sekolah nih? sebagai seorang pendidik..tibe -tibe aku rase tcabar..hahaha
Saturday, September 26, 2009
mari menyanyi di aidil fitri
raya dah seminggu.baju raya dah aku gantung smart-smart balik dalam lembari.aku adik beradik decide nak berkaraoke bersama.aktiviti yang tergendala selama sebulan sebab menghormati bulan puasa.3jam berkaraoke.sangat puas hati dan tekak .menyanyi riang ria bersama adik-adik dan mr liebchen kesayangan.sangat mengembirakan.
first time dengar kamu menyanyi..secara live dan loud
saya sangat AMAZE...!
*seriyes terpesona*
lain kali kite berduet lagi ye ^_^
Imagine me and you, I do..I think
about you day and night, it's only right
To think about the girl you love and hold her tight
So happy together
p/s: hari nih bibir susah mahu berenti ukir senyum
Friday, September 25, 2009
DAH START RINDU ANAK MURID CERDAS PINTAR BANYAK KERENAH AKU DAH NIH..-_-
hero-hero merangkap bonzer kesayangan..
walau kamu semua nakal tapi
teacher tahu..kamu juga tahu bahawasanya
TEACHER SAYANG KAMU SEMUA..
terima kasih kerana:
jadi anak murid yang nakal tapi pintar
jadi anak murid yang nakal tapi mendengar kata
selalu buat teacher marah tapi pandai beli hati dan jiwa supaya teacher boleh senyum semula..
selalu buat teacher saket tekak menjerit melaung tapi akhirnya kamu semua diam juga..(walau dalam tempoh tak sampai sejam pun)
kerana tak pernah komplen kalau teacher terlupe deal kite ..dan syik cakap omputih selama sejam kelas belangsung..tapi kamu semua akan tarik muke sambil merungut manje..-_- (komplen je tak pernah..merajuk selalu)
hormat kan teacher,tak pernah melawan dan sangat understanding..
dan last sekali...terima kasih di atas semua kenangan terindah yang kita semua cipta bersama..^_^
p/s: rindu nak menjerit,rindu nak saket tekak melaung riang,rindu nak masuk kelas bincang pasal hari raya dan cara-cara main mercun dengan betul dan selamat,rindu nak dengar celoteh yang lebih terarah kepada tuduh menuduh sape yang puasa sape yang tak pose,rindu nak jengil-jengil mata sebab deyal terlupe ape yang aku ajar sehari sebelumnya..rindu nak dengar deyal bergaduh manje..rindu..rindu..rinduuuuu -_-
Thursday, September 17, 2009
bergaduh pasal cake dalam mimpi ala hindustani
lontarkan dalam nada keliru
" tak dapat carik choc cake.." jawapan ala kadar..muke pesen mintak penampar
"eh xkan la choc cake lagi melambak dari cheese cake rasenye " jawapan serba tahu..
" byk songeh pulak makan je la" tayang muke bengang macam haram
"OK" terus berpaling dan melangkah untuk blah.
blah sambil dlm hati berzikir seperti ini..."SEBAL..SEBAL...SEBAL..tanye sikit je..jawap la leklok..haram jadah tol..ape dalam mulut ade tongkol emas ke..demm u ...~!
aku lari ..dia kejar..jangan pikirkan adegan hindustan kerana hati dalam mood sebal ..aku lari lagi..dia kejar dan mencari-cari..sifat semulajadi aku..ade masalah bangkit dan blah..jangan tunggu kalau tak mahu hati mati beku..kadar larian tidak begitu kencang..senang untuk di pintas senang untuk dicantas..effect larian.. hati mula cool down..tapi marah tetap tak mahu hilang..
"bagi peluang..saya mahu explain...boleh?." suara semanes gula..telinga aku ..? sorry tak dapat terima..sweet like sugah? go to hell !!!! dun buy that kind of pujukan ..teging kalah setan...
"mende je.." jawab sambil muke paling arah lain..kalau boleh seinci pon aku tak mau tengok imej manusia di sebelah..ape ko ingat muke ko boleh blah?
"saya mintak maaf..saya tahu saya terkasar bahasa..saya sebenarnya...saya....saya sayang kat awak..sumpah..sungguh..sebab tu saya tak tau macam mana nak react depan awak tanpa saya tahu saya dah buat awak saket hati " jawapan berterus terang..panjang nye jawapan macam nak jawab karangan ,,,
"err...NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO mane boleh..mana bolehhhhhhhh..." histeria tiba-tiba..peluh menitis dari dahi jendul.. jenis manusia senang freak out tak tentu hala
demm~!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~```
tersentak. bernafas tercungap-cungap..istighfar berulang untuk bertenang..mimpi apekah ini?????? pelik nya...mimpi lagi? haish..aktif sungguh aku dapat mimpi pelik sejak bulan ramadhan nih..sekali lagi aku lost in my own dream..watak manusia bikin jiwa sebal itu sangat memeranjatkan..kenapa perlu dia? aish..tak kene langsung..perlu kah mimpi romantis seperti tu? filem cinta mana pulak yang aku tengok sampai boleh bermimpi cenggitu sekali? kalau tengok CSI mimpi macam mane pula yang akan muncul agaknye yea? -_-"
p/s: sebal dalam mimpi terbawa dalam dunia realiti
Wednesday, September 16, 2009
EXPECT THE UNEXPECTED
Muhammad Nafis Mohd Nasarudin added you as a friend on Facebook. We need to confirm that you know Muhammad Nafis in order for you to be friends on Facebook.
email yang di terima dari gmail tadi pagi..sambil lap-lap mate 4-5 kali..jenis tak percaya diri.Biar benar.anak buah kesayangan aku dah ada facebook? dem~! di usia 8tahun plus-plus? bapak la advance gile..aku pon buat facebook time umur 22tahun..aish ..nak kene g confront mak bapak nafis nih..ape dah kering idea ke nak suruh anak buat ape sampai ajar die buat facebook pula? tak pe ..aku buat tuduhan melulu dulu..nak sedapkan hati sendiri..kalau sampai feedback mak bapak nafis cakap yang nafis pepandai g buat facebook account die sendiri memang la..memang la aku rasa harus pengsan sejam dua dulu bagi tenangkan diri sendiri.now aku tengah wondering ..perlukah aku filter dan delete segala jenis gambar yang tak sesuai untuk tatapan budak 8tahun plus-plus kat facebook aku?
-_- alahai nafissss....
p/s: nafis memang budak cerdik..lagi cerdik dari mak yong die nih..tapi perlu ke ade facebook time belum muammaiz lagi?
Tuesday, September 15, 2009
NADA IDEA NEED IDEA
p/s: sesiapa ade idea tolong sumbangsih kan kat aku..idea itu mestilah di datangkan dalam pakej interaktif,interesting,kreatif,efisien dan da boom..
sekian.(byk cekadak)
Monday, September 14, 2009
MONDAY IS OUR DAY..MONDAY IS AUNAH BIRTHDAY...
hari ini pada 5 tahun lepas..aku mula pandai mengadaikan hati,bermain dengan perasaan menerima seseorang untuk duduk diam di hati,sentiasa akan ada di sisi dan mungkin juga peneman sehidup semati..insyaALLAH..doa dalam hati..aku mahukan 50000 tahun lagi untuk bersama manusia yang dekat di hati sentiasa ada di sisi dan menjadi peneman sehidup semati..:)
walaupun kini dia busy..haish..-_-
tapi tidak pernah sekali mungkir untuk membahagiakan hati ..
untuk si pencuri hati..I HEART YOU MUCH ...!
geng september..!
HAPPY BIRTHDAY AUNAH..! selamat masuk umur 20 tahun..harap tahun nih kau dah ade steady pakwe..peminat lelaki merata pon tak guna..hati kita ade satu mane leh bahagi-bahagi sampai 5? harap kau success dalam pelajaran..harap dapat 4flat lagi..jangan harap aku nak dapat 4flat sebab aku tak minat..jadi kau yang ade minat dan niat murni cenggitu tolong la teruskan ..lagi satu ..tolong jangan pedulik ape yang orang nak cakap atau buat kat kau ..buat je ape yang kau nak buat..seperti tidur,makan,tidur balik,tengok aaron aziz sambil senyum gatal,carik gaduh macam bonzer ,lepas tu tidur balik pon aku tak kesah..janji kau jangan amek kisah sangat ape yang orang cakap kat kau..dan lagi satu..jangan nak jadi baik hati sangat..sampai orang pijak-pijak kau ..try la jadi hati kering sket cm akil dan aku ape lah salahnye..kau tu lemah semangat diri skit..pesen yang nak kene hantar pegi biro tatanegara selalu..self esteem tinggi tapi semangat lemah..tu yang jadi kes nak windy je tu...okeyh..ape-ape pun selamat hari jadi,hadiah nanti aku bagi..walau pun ade sikit rungutan dari aku sebab kau demand hadiah mahal time aku tengah kering tapi aku ikhlas..hahahahaha..last but not least..long life and happy life aunah...!p/S: aku tak berapa pandai dalam karangan jenis ucapan ..jadi nanti lah time dinner sambut birthday kau aku berucap lagi..kali nih aku siap bawak kertas kecik lagi cam ucapan orang bertanding pilihanraya tu..amacam???
Friday, September 11, 2009
KAD RAYA PERTAMA DARI BFF
kad raya pertama ..dari anak murid merangkap BFF saya.
kathiravan..terharunya saya....tak sangke..
wajib gantung kad raya nih depan pintu umah nanti
*semangat*
p/s: mr liebchen pon tak bagi aku kad raya lagi ni..haruskan kasih beralih arah kepada kathi yakni bff saya kini?
Thursday, September 10, 2009
AKIBAT DARI KESUKARAN MENGAWAL HORMON TESTERONE
ntah hape-hape..
pasal tarian yang xleh bawak masuk syurga pon nak gaduh
cam budak kecik je...
g bukak buku sejarah tingakatan 5 dulu la
kot-kot terlepas pasal pejanjian british belanda ke zaman dulu kala
dulu bangge kate kite serumpun la sesemak la sebelukar la
now jadi isu pulak..emo sungguh la manusia nih..
nak swept malaysia? ouh kalau macam tu ..sape nak jadi tukang sapu
kat malaysia nih dengan gaji rm 800 kalah peon satu bulan camnih????
aish..-_-
p/s: aku rase sebab tu nordin mat cool tu still ade lagi kat indon .. mungkin die dah suspect akan ade isu ungkit mengungkit cenggini akan terjadi..mungkin jugak....*sambil anguk-anguk kepala tanpa motif*
de ja vu
pemerhatian di teruskan lagi....mereka berdua duduk bertentangan..bukan bersebelahan..tiada sangat komunikasi yang berlangsung,hanya adegan lirik-melirik,jeling-menjeling serta berbalas-balas senyuman je yang ada..verbal communication???? NADA..!
hening sungguh suasana di bangku belakang itu.....time makan,si gadis khusyuk dan tertib menghabiskan makanan sambil tertunduk sopan, si teruna in the other hand pula mengunyah apple pie sambil mata telah di gam gajah kan ke arah wajah si gadis..
(kalau aku jadi si gadis dah lebam mata si teruna aku sepak..ape pandang-pandang? ade utang??? )
hurm...melihat situasi yang sedang berlangsung..hati tiba-tiba di terjah perasaan DE JA VU...
(sape tak tau maksud de ja vu..sile rujuk kamus dewan)
p/s: conclusion : aku dan kureen suspect,couple dalam cerita di atas baru first time dating bersama..kerana tak banyak langsung perbualan di hasilkan..kalau dah 4 kali dating nak pandang-pandang ,jeling-jeling,senyum-senyum,sengeh-sengeh lagi ..memang nak kene makan penampar la gamaknye..macam tak dak gigi nak cakap..huh~!
Tuesday, September 8, 2009
sumpah kagum ..!
mata aku alihkan ke arah penumpang-penumpang yang lain..nak jugak tengok sapa kah gerangan tuan punya handphone yang alunkan doa-doa taubat tersebut? mahu pandang manusia itu dengan pandangan kagum.
tapi..tak seorang pun react kepada alunan doa taubat tersebut.alunan doa taubat berkumandang lagi..kali ini aku nekad menjadi pemerhati..alunan doa taubat terhenti.di gantikan dengan ucapan begini..
"helo.asalamualaikum..belum sampai lagi..baru sampai bangi nih..pukul 6 lebih nanti sampailah nih..ok eh bye.."
mata aku terpaku di wajah itu.mahu menganga kaku di situ.mujur aku waras lagi.terperanjat yang bukan calang-calang.mungkin bukan terperanjat sangat.lebih kepada kagum sebenarnya.tanpa berpikir dua kali,terus keluarkan kamera 2.0 megapixel aku .nak curik gambar manusia yang memeranjat kan ini.harap sapa yang baca entri nih pon teperanjat sekali..kalau tak teperanjat pon tolong la rasa kagum sikit..
mamat sempoi nih,pakai headphone besar di telinga,siap ade rantai silver di leher,jeans lusuh ekot trend semasa..tapi ringtones hanphone..doa taubat..sangat kagum!sumpah kagum..!
p/s: tolong apply kan dont judge a book by it cover method untuk situasi ini..
Thursday, September 3, 2009
BFF? BESTFRIENDFOREVER
masuk kelas 4maju..semangat nak ajar deyal semua writing..faham sungguh dengan level kepintaran anak murid tersayang ..aku pikir hanya mau suruh dieorang buat short essay tentang "MY BEST FRIEND". Lepas habis sesi terang menerang yang di sulami mind map supaya mereka jelas dan faham.....tibe-tibe.....
kathiravan: teacher..saya tak da bestfriend..Naga tak mau kawan dengan saya teacher...*sambil buat muke nak nanges..seriyes effect hilang kawan jelas terpancar di wajah beliau kala ini...*.
teacher: eh..boleh pulak macam tu? *sambil kerut kening..hairan..baru 5minit tadi aku nampak deyal mingle together forever..*
kathiravan: yea teacher..macam mana saya nak tulis..saya tak da kawan..
teacher: kamu pilih je la sape-sape..teacher tak kisah..janji manusia..
kathiravan: haaaaa! *muke macam dapat banyak idea* ok cikgu saya dah dapat dah..saya buat sekarang...
hasil kerja kathiravan...obvious sangat ke aku kawan baik die? kalau ekot tarikh lahir..mungkin kot..aish..anak murid ..anak murid..sangat pintar dalam manipulasikan semua yang aku cakap... redha..-_-
p/s: aku kawan baik ke cikgu nih? hurm..ok la..xmau bagi kathiravan kecik ati walau die tak bacer blog nih..start dari sekarang..aku dan kathiravan adalah BFF hahahahahahahha
Wednesday, September 2, 2009
TENTANG MIMPI....
kaku kejung di tengah-tengah ramai..agaknya terpana ke ape ..ntah tak tahu lah pula..mungkin dalam mimpi tu aku low self esteem ..may be..mane aku tahu..nama dah mimpi...nak salahkan syaitan jin iblis..serasa tak logik pula..deyal semua awal-awal dah kene ikat dah bersempena bulan mulia nih ..diskusi bersama tuween petang tadi sambil berlenggang pulang dari bazaar ramadhan buat aku makin percaya..mimpi ini bukan sekadar mainan tidur semata-mata.kerana di dalam mimpi itu..wajah itu hanya lah semata-mata figura..tidak bersuara..hanya memandang..dengan pandangan yang punya seribu tafsiran...yang hingga kini gagal aku tafsirkan..sedikit menyesal di hati kerana dalam mimpi pun aku masih lembab serta berpewatakan blurr lagi..aish..-_-"
mimpi itu sangat ironi..sukar untuk di mengerti..berhari-hari fikir pon belum tentu punya resolusi lagi..tuween cakap kalau dalam mimpi orang tu tak bercakap makna nye betullah roh orang tu datang lawat kita..tapi masalahnya..setahu aku ..sekeping wajah itu belum lagi meninggalkan alam ini..setahu aku la..tapi..JANGAN !!!
tolong lindungi manusia itu YA ALLAH..antara aku atau dia..kami punya lembaran ceritera yang belum ada kesudahan tergantung tanpa penamat yang muktamad...ceritera yang tidak punya kaitan dengan dongengan cinta,atau airmata..tapi sebuah kisah persahabatan..antara 2manusia berlawanan fitrah...
p/s arigato na to cikgu shahril..atas kesudian bagi kiteorang naik cik sona baru dia tu..puas hati dah dapat naik sona kaler silver.. bau kedai lagi la itu cik sona..^_^
Tuesday, September 1, 2009
APEKAH?!
fikirkan sendiri..1 malaysia..tak reti bahasa..!
KELIRU MACAM CENCARU DAH MEMIKIRKAN PERIHAL INI...
p/s: kecik ati perdana menteri kalau die tahu still ade lagi manusia yang tak paham bahasa cenggini.. bulan puasa..malas nak cakap banyak ..redha je lah yob.... -_-
Wednesday, August 26, 2009
MANE WEH..DAH POSE YANG KE-5 NIH...?!
"aleesyaaaaaa..gud gurl..tau tak upin dan ipin channel berapa? aleesya rase ade ke tak upin dan ipin bulan pose nih? "
bertubi-tubi pertanyaan aku utarakan buat aleesya tapi....
pertanyaan aku hanya disambut dengan senyum simpul pasti cair oleh aleesya....
upin dan ipin..cerita wajib tonton pada bulan ramadhan
nape tak disiarkan? berpikir patutkah aku buat piket depan kedai jual
baju tshirt upin-ipin tanda bantahan?
p/s: tak boleh sandarkan harapan kat aleesya..beliau tidak begitu into upin dan ipin..yang beliau tau..makan nestum dan minum susu...yang lain..beliau malas nak amik kesah..-_-
Monday, August 24, 2009
CUTIE PIE ALEESYA WUZ HERE..!
bukan aku nak dapat adik baru...adik baru tak dak dalam wish list untuk tahun ini..tak mahu carik point nak cat fight dengan akil pula ..tak manes ramadhan nih bergaduh manja macam tu..
kali nih rumah aku yang sunyi sepi di serikan oleh si kecil yang punya raut wajah chinese look..bermata sepet persis mashimaro,berkulit putih cerah buat aku rasa rendah diri sungguh...dan .....takut dengan air..
aleesya..tu je sepatah nama dia yang aku tahu..tak abes interview kat parents die lagi...
Aleesya di titipkan kepada mama aku untuk di jaga sepanjang bulan ramadhan sebab orang yang jaga die sangat lah busy kalah menteri sepanjang ramadhan ini..jadi kini aleesya adalah sebahagian dari famili...hahaha..bangun tidur dengan tak mandi aku tengok mama dah agah-agah aleesya yang suka senyum simpul tu..tengok je aleesya hilang ngantok..she's dem cute..hahahah terus jakun ..amek gambar dia..mms dekat mr liebchen dan kinah..tujuan? untuk bagi deyal jeles..now aku mingle dengan bayi-bayi cumel sahaja..! ^_^
pegang botol susu sendiri..cute sungguh..kekecik dah pandai berdikari..gud girl aleesya..kinah dan akil time kecik pon tak berdikari cenggini..^_^
p/s: hp aku abes jadi alat mainan aleesya...baju aku selalu kene muntah aleesya..tangan lenguh dukung aleesya..redha -_-
Saturday, August 22, 2009
AHLAN YA RAMADHAN..!
berharap ramadhan kali ini
bawa seribu kegembiraan hapus semua kedukaan
dan ceriakan setiap rongga kehidupan
ahlan ya ramadhan...! bulan kemulian..
yang di alu-alukan
yang di nanti-nantikan...
SELAMAT BERPUASA
sahabat,teman,rakan,taulan dan kenalan
p/s: ramadhan pertama di rumah..sangat indah..
Thursday, August 20, 2009
dah tua bangka tolong buang perangai darjah satu kamu tu !!
yang senang hati delete aku kat facebook dia sebab ..aku tak tolong dia untuk jadi penyiasat muda buat kali kedua..hey...childish gile perangai kamu! aku tak tolong sebab aku banyak keje..okeyh im busy n0wadays ..even busy dengan aku tak kacip sungguh ..pedehal.???
kalau aku memang benar busy tak leh lapangkan diri nak tolong mangkuk tingkat baboon tua tu salah aku ke? hey kalau aku tengah down kau tak pernah nak tadah tinger dengan semua keluh kesah aku ..tapi bila kamu memerlukan tempat meluahkan masalah ..sanggup telepon aku belas-belas kali macam aku nih tak pernah ade keje dan free tiap-tiap hari..demmmmm
sungguh piss me off...tindakan kamu kurang benar sifat matangnya..!
eh tak dak hal la ..delete je ape mende yang ade...aku malas mahu amek tahu..tapi seriyes..aku menyesal kenal kamu..walau ade sejuta orang pernah tabur palat dekat seorang syad tapi tak se shitto palat yang satu nih..demmit~!..
ntah kenapa aku rase kali nih benar-benar ralat....
p/s: ok now aku tekad ape je mende lame aku tak kan buang delete semua ..sebab aku rase dah ke childish an nye...-_-"
Tuesday, August 18, 2009
A BUAH HATI IN NEED IS BUAH HATI INDEED ^_^
terus bukak tab ym yang berkaler oren tu..and....
alsiaki: haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ym tak ajak ...!
YEAY.. betul la beliau..mr liebchen kesayangan hati yang on ym hadiah kan teguran yang sweet sangat tu tadi..*teruja*
bagus..beliau hadir saat aku perlu semangat dan tempat untuk lean kat semua beban masalah dalam kepala yang serabut kalah tong sampah ni..
*LEGA* sebab aku rase lepas ni boleh tidur lena..dah hampir 2bulan tak borak di ym..jadi tak salah kalau aku xcited tak tentu arah macam nih kan?
p/s: 2bulan tak on ym ..tapi tiap malam on phone..tapi ym ngn phone tak same kan? kan? kan?
Monday, August 17, 2009
HUJAN SEMALAM
Hari ini..di awalan hari langit pancar cahaya cerah persis tersenyum senang dan riang,
Tetapi makin hampir ke dinihari langit bocor lagi..curahan hujan bawa angin berbau tanah yang menyenangkan hati..
Masih lagi hati tertanyaa sendiri..petanda apakah ini..?
Di tepian jendela rintik-rintik hujan kasar jelas kelihatan garangya…mencurah persis merejam murka
Lebatnya sang hujan seperti mahu berkata bahawasanya mereka muntab lagi pada dunia..pada manusia..pada kita?
p/s: teringat lagu keroncong hujan dalam cerita yasmin ahmad..hurm
dah lame tak main hujannn.....
Wednesday, August 12, 2009
DELETE ATAU...
tapi sekarang bila tengok gambar-gambar tu semua timbul perasaan nak bakar laptop sendiri yang makin membara dalam hati...
jadi kalau aku buang campak delete folder tu semua..adakah tindakan tu nampak sangat childish nye? orang matured grown up segala buang semua memori pahit bitter semua tu macam mane yea? entah la..mahu simpan tapi untuk tujuan ape? aku pening pikirkan alasan untuk aku tidak memadam semua folder-folder tu..satu je lah alasan yang boleh di cipta buat masa sekarang...gambar-gambar tersebut kenangan ..yang tak kan terulang..tapi pahit kalau aku terus-terusan menyimpan kenangan tu...eh..tak tau la pesen orang lain macam mana..tapi aku pesen yang tinggalkan semua yang menyebalkan di belakang dan terus maju pandang depan tanpa toleh atau jeling-jeling mende yang kat belakang....kalau terkenang..hanya pada memori kotak ingatan aku yang sering lupe tu aku sandarkan semua ..kalau RAM memori otak aku ade enuff space lagi..kalau tak..semua tu akan jadi mende yang akan di lupakan oleh memori kekal aku..macam mana nih..hati dalam keadaan berbelah bagi..nak delete atau simpan je...???
hati aku benci minda aku tidak senang melihat moment -moment yang aku rase tidak mengandungi keikhlasan lebih dari 60% tu..sebal ........
p/s: buat masa nih tangan aku tak singgah lagi kat perkataan DELETE...-_-"
Tuesday, August 11, 2009
CARA MEMBASMI VIRUS RIAK BELAGAK DI KALANGAN YANG TERSAYANG
mementang dulu aku selalu kutuk hp zaman jahilliyah dia..sekarang sejak ada hanphone baru dengan camera yang canggih..dia semakin riak..ade ke die tanye aku..hp aku ade ke tak video call?? carik nahas betul..perli la tu..walhal bukan die tak tahu..hp aku xpress music..untuk dengar lagu je..
video-video nih g tgk kat you tube la...!
kurang senang dengan sikap riak dia tu..aku dah rancang satu tindakan anti-riak bagi membasmi sikap sombong angkuh beliau tu..aku cadang nak abduct hp baru dia selama sebulan..bukan apa aku nak buat kemas kini data kat hp tu..dia kan new user..mane mahir lagi gune gadget canggih terlebih tu..kang rosak ..die gak susah..sebagai manusia prihatin aku memang senang dengan tanggungjawab sosial sebegini.lagipun aku nak pastikan..beliau ikut tak syarat-syarat hp canggih yang ditetapkan oleh ISO syahira 2009..
syarat-syarat ISO tersebut memerlukan beliau:
-letak gambar aku sebagai wallpaper dan skrin saver hp (WAJIB)
-lagu ringtone dan msg..lagu feberet aku..atau paling koman lagu feberet KAMI..
-at least ade 3 atau 4 folder gambar aku dalam hp tu..
-setiap 2minggu hp tersebut akan di spot check kan oleh aku sebagai si pembuat ISO
-jangan mengade nak ade hidden folder..kalau ade.. hp akan di rampas dan tak kan di kembalikan
-hp xyah mengade nak letak password..kalau ade password letak birthday aku..atau birthday dia..jangan ade password number yang aku tak tahu langsung apekejadahnye number itu..
-etc...tunggu aku pikir ape lagi syarat yang bernas untuk halang proses riak angkuh belagak
tu
p/s : tapi tadi mr liebchen snobbish itu telah menghantar mms (percubaan pertama beliau..dan berjaya!!! yeayyyyyy )
gambar tempat lepax petang-petang kami sambil riadah tengok beruk di atas ranting berjalan riang, satu waktu dulu ..so sweet..^_^ reminds me about our good old days huhu..sekarang hati tengah belah bagi..nak abduct ke tak hp beliau...-_-"
macam mane manusia itu tahu kelemahan hati aku? demmmmmm~!
tak sia-sia pengalaman selama 5 taun die..tahu jugak cara nak bagi aku jadi tidak tega....haishhh....
SEMALAM..
semalam.. takut akan kehilangan
semalam..hati,jiwa minda dalam keadaan tidak tenang
HARI ini..harap semua jadi kenangan
ceritera sedih ini harus di tinggalkan
kerana..hilang DIA hilang semua yang mengembirakan,
hati jiwa dan perasaan...........................
p/s: H1N1 Telah berjaya buat aku jadi ratu air mata..demmit~! -_-"
Thursday, August 6, 2009
CIKGU CEMERLANG SK TAMAN SERI GOMBAK ...FEWIT..FEWITT
dari kiri..cikgu rohaizah ..cikgu nora..cikgu farawahida dan cikgu tuween
cikgu shahril err..yang kat belakang tu..huhuhu
tuween nampak mcm mashimaro wannabe
^_^
pusat sumber..tmpat lepax paling teruja
p/s: amacam layak tak kiteorg dapat award cikgu cemerlang fewit..fewit?