Tuesday, November 24, 2009

EDWARD CULLEN VS MR. LIEBCHEN

tadi ber-yming dengan kawan baik yang jauh di mata sentiasa dekat di hati tentang ciri lelaki idaman.semenjak NEW MOON nak jengah pawagam tak lama lagi wabak demam angau edward cullen makin menjadi-jadi.Sebab tu la kot muncul soalan keramat dari kawan aku khas untuk aku yang selalu cakap aku sayang mr liebchen tapi mimpi malam muke edward cullen jugak yang datang.tak pe la.sayang dengan suke dua perkara yang berbeza tahu.Hujah aku nak cantas tuduhan melulu dia yang cakap aku tak setia sangat dengan mr liebchen.Bisa tol mulut beliau.walhal aku hanya lah satu peratus dari peminat Edward cullen yang hot gile sape tak minat memang tak normal tu.Sekarang nih demi nak layan kan soalan cekadak kawan baik jauh di mata tapi dekat di hati tu aku akan listkan ciri-ciri lelaki idaman walaupon..dah terlambat untuk aku memilih kerana sudah 5tahun berlalu hahahahhaahhaa



ciri-ciri lelaki idaman
  1. tinggi dari aku..tinggi tak tinggi la cam dinan pon tinggi gak kan ? tapi nak tinggi cam akil tak nak rendah cm tuween ^_^
  2. muke die kalo pandang sure hati sejuk..muke stok surau nih
  3. pakai cermin mata sebab ayah aku pakai spec
  4. mate kaler cokelat.cam aku eh tak-tak cam ayah aku huuu
  5. die mestilah vampire.hahah tak la nih kensel..kensel..^_~
  6. pandai main instrument.sebab aku pernah ade cecite nak main drum tapi di bantah secara pakse oleh kawan-kawan
  7. pandai buat lawak macam nabil sebab nabil orang nogori
  8. tak suke marah sebab aku memang suke carik kemarahan orang ^_^
  9. tak merokok sebab ayah aku tak merokok
  10. sempoi tak peningkan kepala sebab aku tak suka lelaki metrosexual

ciri -ciri mr liebchen kesayangan jantung hati perasaan

  1. tak merokok.bagus.bersyukur.
  2. pakai spec.rabun sungguh.
  3. pandai buat lawak yang cenderung ke arah membuli dan menyakitkan hati aku
  4. sempoi.sangat-sangat sampai aku terpakse jadi warden asrama untuk displin kan beliau
  5. tak suke marah.nih part paling best.pendiam manusia sorang nih tapi sekali die bukak mulut hatta untuk tujuan nasihat pon boleh buat aku meraung sebab terasa hati
  6. pandai main instrument.beliau ahli brassband uitm.tapi tak suke bagi aku tengok die perform.ntah manusia jenis ape ntah tak suke orang tengok.
  7. tinggi.kepala aku kat paras tengkuk die je.selalu dia buli aku sebab aku pendek
  8. mata kaler cokelat.kalau tak silap.aku susah nak pandang mata dia.nanti cair senang sangat
  9. muke die pandang sure sejuk hati? depends.kalau time die nak buli aku, rase nak kasi cop mohor kat muke die gune tapak kaki dan tangan.
  10. vampire? die tak berkenan dengan cite twilight pon.die jeles tu aku suspek.pedulik la..yang nyata die tak suke darah.nak derma darah pon jenuh aku pakse.

p/s: untuk KAU ..amek sangat jawapan yang di minta nih .Etceli tak semua yang kite nak kite leh dapat kan? ^_^ tapi Edward cullen still aku yang punye kau pinjam je kan? kan? kan?

Friday, November 20, 2009

I HATE AUSTRALIA !!!!!

hari ni macam malam-malam biasa rutin harian bersenggama dengan handphone sambil tergelak-gelak,bergurau senda,merajuk-rajuk,mengamuk-ngamuk dan adakalanya di selang seli dengan pergaduhan battle of the day.biasa la tu adat.Adat dua manusia berbeza jantina.hari nih
minit-minit pertama perbualan lebih terarah kepada sesi warm up seperti tanya khabar,dah melantak ke belum,tadi hujan ke tak dan soalan runcit-runcit yang tak saketkan hati.

perbualan seterusnya ..makin mencabar..dan confirm akan sakitkan hati gua.


aku: jadi ke pegi aussie jalan-jalan ngan abg fir nye family diz december?
* bertanya sambil berdoa jawapan nye adalah TAK JADI*

Mr.Liebchen: jadi abg fir dah booked ticket..24 til 30 december *jawap dengan lancar*

aku: err..hurm..terlepas la my birthday* hati dah sayu..mata dah berkaca-kaca*

Mr.Liebchen: ala macam la abg pegi tak balik lagi.bukan pegi perang la.nanti abg hanta gambar,call wish birthday and beli hadiah dari sana heh?
*cakap gune gigi memang la senang!!!*

*jawapan yang langsung tak bagi ketenangan hakiki kat hati*


aku:---------------------------------------*diam membisu selama setengah jam*





p/s: kalau orang lain anggap birthday issue ni kecik ..aku anggap mende nih besar.5 tahun aku tak pernah tak sambut birthday yang ujung tahun aku tu without him.jadi kalau tahun nih dia takde on my birhtday aku akan for sure rase lain macam haram.Memang la senang je lidah die cakap nanti die balik boleh celebrate tapi still not on my birthday kan? still birthday aku dah lepas kan? ok sekarang nih sape cakap deal dengan perempuan susah dan perempuan dari marikh dan makhluk aneh aku akan sokong 500 peratus.-_-


p/s: kinah akan cakap aku spoiled bratt..salah kan bakal abg ipar kau tu..dia yang buat aku jadi manja mengade hilang semangat dan darah tun teja aku nih ..



p/s: I HATE AUSTRALIA for this moment til...mr liebchen balik malaysia balik.bai

Tuesday, November 17, 2009

ANDARTU?!

musim cuti sekolah yang akan muncul tak lama lagi buatkan kad undangan walimatul urus bersepah-sepah di atas meja.ramai gak orang buat keje kawin time cuti sekolah kali nih.pening jugak la kepala mama ayah aku nak memenuhi undangan tu semua. senang cite jadual mama ayah aku kire fully book jugak lah sepanjang bulan cuti sekolah ni.tadi adik aku belek-belek kad kawin yang melambak dengan pelbagai corak yang bersepah di atas meja.maka terjadi la perbualan yang confirm saket kan hati aku.


akil: kak,ashriq nih bukan kawan sekolah kau ke? *pertanyaan dengan nada curious*

aku: ha'ah..classmate lagi.. *jawab dengan nada malas-malas.*

akil: ramai heh budak baye kau dah kawen.mak aleesya baye kau,ashriq nih baye kau..
*sambil buat muke berpikir-pikir*

aku: biar la,jodoh dieorang sampai awal. *jawab sambil kunyah kacang*

akil: oooo...kire-kire kau nih ANDARTU la heh? *tergelak-gelak macam setan*

aku:@#%^&* mencarut gune high pitch...







p/s: 23 tahun tu mude lagi kan?kan? kan? eh aku baru nak masuk 23 bulan doblas nih..
andartu? i dun deserve that .....!!!!!

Sunday, November 15, 2009

TERSALAH BATANG.

hujan turun renyai-renyai.jam pukul 6lebey petang.aku dah tepacak dengan posisi solid kat tiang seri KTM sungai buloh.lepas kinah drop aku kat situ aku terus jadi patung cendana memerhati manusia sikit punye ramai harung tempat beli ticket.Nak kata ade sam bunkface kat situ tak nampak pulak.nak gune mesin ticket tak dak selera.tak dak nafsu.masuk sepuluh ringit belen mesin tu tak bagi balik.adil ke cenggitu??? ntah ape pesen urus niaga yang mesin tu amalkan pon aku tak tau.riba mungkin.tuduhan melulu.

bila dah tengok kuantiti kepala manusia makin kurang kat kaunter ticket aku terus pegi beratur belakang seorang mamat indon nih.kemain lagi die datang malaysia naik tren gembira-gembira.aku pegi indon nak naik roller coster pon macam serba salah.takut kene sua dengan buluh runcing la ape.
sampai turn aku kat kaunter ticket tu, aku terus laung kat akak kaunter yang ayu berkaler biru,
" akak ticket one way g batang berjuntai..!"
sambil aku maniskan muke bagi senyuman kat akak kaunter.sedekah runcit menjelang maghrib.aku pandang muke kakak tu,muke die bekerut-kerut macam orang tua.pedehal lak die nih..tak kan pekak kot.nak kene ulang suara ke hape nih?

"batang berjuntai? " ulang akak tu ..lantang jugak suara die.menusuk ke telinga.tibe-tibe aku teringat satu mende.time nih kalau rabe dahi aku sumpah dahi aku pula yang amik turn berkerut macam org tua.

dengan suara di low kan ke level 1/2 sambil tersenyum secara runcit bukan manis seperti tadi aku terus cakap cenggini

" eh eh ..silap..soryy..batang benar..heheh" sambil tergelak-gelak kecil sambil berdoa orang kat belakang aku pekak tuli.

lepas amek balance duit terus aku blah cepat-cepat dari kaunter ticket.baki duit aku tak kire langsung.terus masuk dalam poket jeans lusuh bau mayat aku.g mati la kalau akak tu nak tipu duit aku ke ape.malu punye pasal duit macam tak de nilai dah.demm ...!

ni la akibat kalau manusia suke sangat letak name batang sebagai name tempat.dan aku manusia yang dikelilingi batang-batang berkenaan sampai terkonpius lantas memalukan diri sendiri bila dah lebih dari satu batang yang terlibat sebagai name tempat





p/s: harap akak kaunter tu tak pikir aku pervert dengan membuat hipotesis awal yang aku nak bergurau secara lucah dengan beliau.

Wednesday, November 11, 2009

2012.

perbualan di telefon malam semalam.




aunah: weyh orang kater sangkakala dah bunyi


gua: heh? apesal aku tak dengar pon?


aunah: buat pe die nak bagi kau dengar?

gua: eh pehal aku xleh dengar pulak? aku pon umat manusia gak.bukan
bunyi sangkakala tu untuk aku jugak ke?


aunah: malas la cakap dengan kau nih..!

gua: kalau betul kiamat dah dekat aku nak kawen la cenggini..

aunah: org sibuk nak repent lu sibuk nak kawen..ngoks.. malas aku nak
cakap ngn ko nih...


gua: err...salah ke? hehehehe






p/s: kinah niat lu nak suruh gua insaf tu murni...huuu esok kite tengok 2012 heh?heh?heh?

Monday, November 2, 2009

SAYA MAHU JADI SAINTIS

dulu masa time sekolah rendah,setiap hujung tahun cikgu mesti suruh isi satu form yang kene bubuh semua details pasal diri kita kat citu.Mende yang paling aku tak suke bila suruh letak pasal hobby dan cita-cita.Umur 9 tahun,apelah yang aku tahu sangat.Nak je aku letak BERANGAN sebagai salah satu hobby sebab dah banyak cekadak sangat mintak sampai 3, walhal aku nak carik satu hobby pon susah.Mungkin time tu tak mummaiz lagi,jadi semua hobby aku tak konsisten.Lagi satu pasal cita-cita.Mana la budak kecik macam aku nih paham sangat ape nak jadi bila dah besar.Seingat aku time tu aku tak pernah nak membesar.Aku tak ready nak kene pegi keje dan beli kereta serta umah besar lagi time tu macam yang aku selalu tengok orang -orang besar buat dalam cerekarama kat dalam tibi tu.Yang aku tahu aku suke lagi main panjat pokok mangga dan habiskan masa selama beberapa jam kat atas pokok daripada kene beli kereta dan rumah besar.Tapi oleh kerana cikgu aku garang masa tu aku dengan pasrah telah mengisi semua butiran itu berlandaskan sistem imiginasi aku semata-mata.Pernah kat column cita-cita tu aku letak nak jadi penyiasat muda,sebab aku terpengaruh dengan cerita enid blyton .Lepas tu ade sekali aku letak aku nak jadi saintis walhal aku tahu sebut je saintis tu,subject sciene pon aku belum belaja lagi,darjah tiga mana ade subject sciene.Lepas tu kalau dah buntu sangat aku akan start menibai dan merapu menulis cita-cita berdasarkan persekitaran.Seperti contoh aku ade kawan. Ayah kawan aku keje polis,doktor,bomba dan kerani,pekerjaan ayah kawan aku tu la yang aku akan tuliskan dalam column cita-cita aku tu tanpa ade niat pun nak tahu akan pekerjaan itu dengan lebih lanjut lagi.Janji 3column cita-cita tu dah penuh.Pernah gak aku tibai nak jadi CIKGU.nak jadi cikgu nih sebab aku suke tengok cikgu aku makan lauk sedap kat kantin sekolah walhal lauk murid ari-ari mende yang sama.Mana la aku tahu nak jadi cikgu kene belajar sampai 4tahun paling koman.Tapi satu je cite-cite yang aku tak pernah pon terlintas nak tulis time tu..aku tak pernah tulis nak jadi ARTIS.walaupon semua orang tahu aku mase kecik agak fanatik dekat ELLA dan AISYAH.Mungkin gerak hati budak kecik belum mummaiz aku dapat rasakan yang jadi artis nih lecey,mane nak kene gossip lagi,mane nak ade sugar daddy lagi,mane nak kene sign autograph lagi,mane nak kene fitnah la,kene peluk la dan lain-lain lagi.cukup lecey bagi aku.

Sekarang nih bila fikir-fikir balik aku nak sangat jadi saintis.......................!
kenapa la aku tak jadi saintis.Kalau jadi saintis boleh gak cipta alat pengesan dan letak kat semua barang-barang aku termasuk la pakaian tak kisah la pakaian yang di luar mahupun yang di dalam.Takde la aku lupe mane pegi barang-barang aku semua main ghaib macam tu aje.Dengan kapasiti memori ingatan cepat terlupa aku nih,perasaan menyesal tidak jadi saintis itu makin bertimpa-timpa rasanya.Sebab sampai sekarang aku tak tahu mane aku letak kemeja kotak-kotak hijau kuning fewit-fewit aku tu.Dah la kinah yang belikan.Macam kurang sopan pulak orang dah belikan aku suke hati dan tekak je pegi hilangkan mende tu.Lagi pon aku rasa baju tu buat aku nampak cool dan menambahkan keyakinan pada diri.Kenapa la aku tak jadi SAINTIS...walhal dulu sekolah aku name die saint aidan.Kan dah dekat-dekat je bunyinye.Blurr jugak aku nih mase zaman kanak-kanak.Keje asik nak main je,bepikir jarang-jarang sebab tu la tak dapat jadi saintis.huh~!







p/s: perasaan cenggini selalu je muncul time aku kehilangan barang.Ayat yang cliche yang akan muncul adalah seperti "kalau la aku jadi saintis kan best....................."
tapi jadi CIKGU pun best jugak per.