Monday, August 30, 2010

MERDEKA.BUKAN MENDEKA..


zaman tadika.(1990)



zaman nih aku tahu pon tidak apekejadah nye merdeka.yang aku tau.aku suke pegi sekolah kibar bendera.bendera tu ade gula-gula dalam dia.kalau gula-gula yang dapat kat sekolah tu habes.aku akan dengan stylo nye gantung bendera tanpa gula-gula tu dekat handle basikal.nampak fancy sikit basikal tu.tu zaman tadika.maksud merdeka mase tu? hanyalah bendera yang ade gula kaler-kaler.sebut merdeka pon mendeka.mane datang aku paham pasal kemerdekaan kot.=)


zaman sekolah rendah(1992 +6tahun lepas tu)

zaman sekolah rendah.up sikit.beratur 3baris lurus panjang-panjang sambil kibar bendera malaysia.tengah panas.entah ape fungsi sekolah torture budak kecik baru masuk darjah satu time tu.aku tak pasti.yang penting.aku dapat bendera free lagi.semangat kemerdekaan di level sifar pade mase nih.paling semangat pon dok kibar bendera dekat tingkap bas sekolah.tu pon dah kire bangga diri dah tu.


zaman sekolah menengah.(1999 till 2003)

zaman sekolah menengah rendah.dah pandai humming lagu sudirman.lagu tu sangat berguna.sebab aku ingat tarikh merdeka pasal lagu tu la...nak harap aku ingat ape cikgu kat sekolah bebel pasal merdeka nih jangan la harap.bosan jugak dengan ceramah panjang-panjang.pasal mende yang dah lepas pulak tu..cikgu aku pon belum hidup lagi mase tu.pastu cerita macam la aku nak caye sangat cite die.kimsalam.
tapi naseb baik time nih .uwan aku kat kampung ade jugak selit-selit cerita pasal zaman jepun.zaman komunis.kire reference aku mase tu sangat indie la..mangse penjajahan jepun kot..
time nih baru la rase sikit-sikit horror bila uwan aku cakap.dulu asyik makan ubi kayu.beras susah nak dapat.malam-malam duduk rumah nak tidur pon takut-takut.sebab jepun selalu datang bawak lari anak dara orang.dalam hati rase nyampah.sex maniac punye jepun.berani-berani buli orang perempuan.heh! ..mase nih semangat benci gile dengan jepun ade sedikit-sedikit.naseb uwan aku tak cerita yang jepun ade buli die.kalau tak lagi hangin aku satu badan.berani kot carik pasal ngan nenek gua.nak kene sekeh? jiwa rebel mase tu memang sangat mude.tanpa pikir kalau jepun datang bawak senapang panjang.aku mesti nanges dulu kot.mase nih zaman menengah rendah.tak bace lagi novel bukit kepong.filem leftenan adnan pon tak keluar kat panggung lagi.jadi figura jepun yang mata sepet naik beskal sambil pakai topi kelaka sebab ade bintang kaler merah tu tak muncul lagi kat ruang otak nih.
mase form 4-form 5.dah start tengok cerita sarjan hassan,bukit kepong.dan cerita leftenan adnan.lantas jatuh cinta dengan leftenan adnan.sangat berani wohh dia.hero sungguh aku rase die mase tu.superman yang selama nih aku puja pon aku tolak tepi.sebab aku dah rase superman tu hanya citer yang merapu.terbang sambil show off seluar dalam dah tak menarik lagi pada pandangan mata aku.lelaki pakai topi askar jalan macho pegang senapang,dah kene tembak tapi still lagi bangun dan melawan..dengan bergaya sekali berjaya tarik perhatian aku.sebab tu kot.aku sampai sekarang tau.dan ingat.bila tarikh kematian leftenan adnan bin saidin.sebab aku sangat kagum dengan dia.selain muka dia.semangat dia pon aku adore juga.

zaman plkn.(2003.first intake.ulu paris camp)


kene hanta masuk plkn.first batch.first intake.ramai cakap kiteorang lab rat.
takde hal.sebab mase tu suasana kem.macam kem askar.jurulatih pon askar.setakat tido hutan sambil sesat sebab tak cerdik bacer kompas tu dah lali.setakat duduk hutan tak mandi 3hari pon takde sape nak perli.selalu kene denda sambil bawak beg berat,pakai baju celoreng,sambil muke conteng-conteng pon dah takde pedehal lagi.dan mende paling terkesan mase plkn.adelah.kami di latih untuk menghormati jalur gemilang.menghormati bendera.dan bila dengar lagu negaraku sape berat bontot tak berdiri tegak mesti akan kene denda paling kejam punya.mase tu semangat patriotik sangat tinggi.kami dididik untuk bersedia mati demi agama bangsa dan negara.kalau negara kene attack dengan jepun lagi atau musuh lain.. kami semua di latih untuk berada di barisan hadapan.bukan belah belakang.hah.macam tu semangat yang telah di serap oleh askar-askar tu kat kiteorang semua.time nih.rase macam nak apply jadi askar pon ade jugak.time nih plkn betul-betul untuk tanam semangat cinta negara bukan semangat bercinta dapat pakwe dari utara.tu ideology lain..dan bila balik dari plkn.aku mengaku aku lost sekejap.sebab bukan semua orang dapat terima aku tibe-tibe berdiri tegak bila dengar lagu negaraku.tak semua sebab mase aku berdiri tegak tu mesti bukan mase perhimpunan sekolah jadi tindakan aku tu nampak pelik di mata semua orang.dan jugak nampak kelakar.tapi tu dulu.lame dulu.sekarang.bila orang suruh pegi barisan hadapan pertahanan negara.aku belum sure aku boleh pegi lagi.semangat tu dah makin menghilang.makin terhakis.entah sebab ape.


zaman sekarang

walau semangat merdeka tu makin menipis.makin sedikit.sebab merdeka bererti cuti.dan merdeka bererti nyanyi lagu sudirman.tapi aku still boleh jawap kalau orang tanya soalan mudah pasal merdeka nih.still boleh layan cerita malaysian emergency kat channel history.still boleh bayangkan pengorbanan askar dulu-dulu.still tahu beza antara tunku abdul rahman dengan tuanku abdul rahman.perdana menteri pertama dengan yang di pertuan agong pertama.
aku masih lagi akan bersifat pissed off dengan manusia yang suka hati dia bakar jalur gemilang.imaginasi liar aku mase tu berpikiran untuk lempang dieorang sekor-sekor sampai nanges menyesal lalu mengadu dekat mak ayah masing-masing.
tapi.mak aku cakap jangan ekot perangai tak elok orang.jangan jadi bodoh malah banyakkan bertenang.jadi aku nak cakap kat cini awal-awal.sape je aku jumpe sadin-sadin buang jalur gemilang depan mata aku.atau tak respect kat jalur gemilang tu depan aku.memang aku sekeh kepala dia laju-laju.sekeh tu akan di gantikan dengan lempang kalau time tu aku buat rajin tanya bila tarikh kemerdekaan negara pon tak leh nak jawap.kalau pon kau tak nak jadi patriotik.at least.pay some respect.ingat senang nak merdeka ke?haihh..


anyway..SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA.YANG KE 53.long live malaysia.




p/s: orang lahir bulan december memang patriotik kot.hishh

Friday, August 27, 2010

ALTER EGO

alter ego.adelah topeng untuk sorokkan ape yang ade dalam sudut hati paling dalam.
untuk kekal tersenyum riang di hadapan semua mata yang memandang.untuk tetap berdiri tanpa berpeluang untuk jatuh rebah dan hilang dalam diri sendiri.jadi bagus jugak ade alter ego yang semacam benteng ampuh untuk semua jenis dugaan yang datang timpa diri sendiri.
dunia di sebalik alter ego mungkin seindah dan secantik yang tak sape tahu malah diri sendiri masih lagi ragu.jadi.untuk kesekian kali.ape yang kamu.kamu.dan kamu lihat mungkin adelah alter ego pertahanan ampuh diri itu sendiri.bukan lapisan belah dalam sedalam kerak bumi yang mungkin berbeza dari zahir yang terbentang.paham?





p/s: syuhada hun.moga cepat sembuh.jangan lupe engrave name aku kat batu karang kamu.yang paling chantek utk aku tahu? =)

Thursday, August 26, 2010

YESTERDAY.WEDNESDAY.SAD DAY.

whorfian and chomskian.bergabung meletup.urghhh.
migraine itu indah buat masa nih.kepala perlu kan sesuatu untuk membuktikan.bahawasanya beliau sudah di perah keringat to the max level hanya untuk kaji theory dua linguist barat yang faymes tapi dah mati dan hanya tinggalkan nama macam harimau tinggalkan belang.dan jugak tinggalkan theory yang tak la mantap pon tapi dah susah kan otak untuk pikir dan pikir.minggu nih cuti.dari jumaat sampai selasa.lama jugak.macam nak balik ke sarang.tapi tanpa WRN patah kaki kiri kanan.Akan di usahakan jugak niat baik balik rumah jumpa mak bapak nih.sebab cuti lama-lama duduk sorang-sorang memang rase loser.dan hanya tambah sebak kat sudut hati sahaja.seperti mana hari nih.mase bukak puasa.setelah kelas habis dekat nak senja.sebak dia tak boleh nak cerita.makan apa yang ada.sepanjang hidup tak penah kene macam nih.aku rase macam nak telan notes syntax and morphology je tadi tanda rebel tu masih ade lagi.tanda tak puas hati.dan bile cerita kat mak aku pasal kejadian berbuka puasa.suara dia sebak jugak.bagus.simpati dari mak amat di perlukan.at least rase diri masih ade yang sayang =).




" tu la aku ajak keluar tak mau" aku dengar lagi ayat macam nih.aku buat muke ketat seminggu.penah dengar peribahasa terlajak perahu tak leh reverse..penah? haihhh.mane la aku tau kejadian sebak nak jadi ...






p/s: rabu depan jadi macam nih lagi.aku confirm ponteng kelas sampai raya haji ...takde tolak ansur!

Wednesday, August 25, 2010

FEMININ? ARGHH...

dalam kerete plat AFQ.masing-masing dah tersandar lesu.muke kusut.berkerut.kaki tangan dah tak mampu nak berfungsi secara sistematik.hanya tinggal pemandu dedakasi pada hari ini.nadia ilani yang sedang tekun memandu sambil lawan rase lapar.di perut.ini adelah
salah satu akibat daripada jalan-jalan siang tawaf jalan masjid india dan jalan-jalan lain yang berkaitan di bulan puasa. demi untuk mengambil semangat shopping raya..
dan tibe-tibe........memecah hening lesu suasana kereta AFQ.

" syad.kau suke tak baju yang kau beli tu? " tanya seorang ahlil jemaah AFQ.dari seat belakang.beliau maklum dengan perangai aku yang agak menyampah dan susah nak handle serta berotak buntu bila dapat baju yang menyerlah sedikit ciri feminin.nya.

" boleh la.tapi aku tetap tak leh nak handle lengan dia tu.macam kene jerut tau.ape orang yang cipta baju sekarang dah tandus idea ke.? tu bukan kreatif tu seksa..."
jawab sambil mengeluh-ngeluh kecil

" kau nih kan cube la feminin sikit..."
sampuk sorang lagi ahlil jemaah..juga dari seat belakang..hah..dah start dahh..


"aku bukan tak mau jadi feminin weyh.tapi dalam diri kite ..kene ade darah tun fatimah jugak.ko tengok serikandi islam tu.dalam berjubah.leh lagi naik kuda hunus pedang tau.see.aku macam tu la.dalam diri ade darah tun fatimah .darah serikandi..biar senang orang tak pijak kepala kita.nih kalau leweh je.sadin-sadin je orang boleh game kite weyh..." "
jawapan paling tangkas otak lesu aku jawab time tu.harap isu nih akan gone with the wind.

"masalahnya.yang dalam diri kau tu .bukan darah tun fatimah.tapi darah HANG TUAH,tau tak..!"
jawapan balas dari pemandu dedikasi pada hari ini nadia ilani.tonasi suara tetap maintain tenang dan berbunyi dedikasi..dengan intro yang mantap.beliau berjaya membawa isu feminin ini ketengah.maksud ketengah disini.narration untuk cerita aku di bebel oleh ahlil jemaah yang lain tentang perihal ciri wanita lembut baik budi pekerti jalan tunduk jangan gatal nak pegi tentang mata dengan lelaki,berlarutan selama 15minit.seriyes.telinga tuli.



ahlil lain cuba jugak nak sampuk..." bukan hang tuah je.semua hang ade.hang jebat..hang kasturi.hang lekir lekiu semua ada dalam diri dia nih.."






p/s: okeyh aku masuk petandingan gadis melayu la.amcam? settle?

Friday, August 20, 2010

EIJI.REBEL

bangun pagi pagi.bukak pintu bilik.taraaaa....eiji si kucing banyak perangai.dah angkut semua harta dia letak depan pintu bilik aku.entah bila mase si kecik nih angkut mende nih semua jangan tanya aku.tak sedar pon.selalu kalau dia nak masuk bilik aku.reti je dia bagi salam dalam bentuk ngiauan kucing dia tu.paling extreme pon hantukkan kepala macam bunyik knock knock dekat pintu bilik.ke aku tido mati lantas ignore je sapaan beliau nih.rebel kemain lagi eiji nih.ape ingat cumel macam tu?

tilam tempat tido dia.mainan feberet dia.
rilex je depan pintu bilik aku.
dasar kucing rebel!





aku rase eiji saje je nih.bukak pintu terus nampak harta dia
nak game aku ke eiji ni.sebijik perangai kinah mase kecik-kecik dulu
hishhhh


eiji kucing rebel.lagi orang marah lagi dia rebel
tangan aku dah banyak calar balar akibat rebel dia nih
naseb aku heart kau la eiji.rebel pon cumel la.




p/s: lepas nih.ade lagi mende-mende tu depan pintu bilik.aku buat alas kaki.takde peluang kedua.


Wednesday, August 18, 2010

AKIL.GUD LUCK !

akil.adik lelaki aku satu-satunya.calon spm 2010.tahun nih.senang cite.dan start dari isnin lepas.dia ade trial spm.mak aku bedebar lain macam sikit sebab akil nak periksa.biasalah anak laki sorang.anak bongsu pulak tu.mesti mak aku cuak sedikit.tak macam aku dulu.mase spm style lagi duduk depan tv layan cerite csi.dan ayah aku siap tanya.spm lagi dua tahun ke? mase tu aku naive lagi.soalan sinis macam tu tak leh nak handle sangat.aku senyum satu garis je bile ayah aku tanye macam tu.dan pagi isnin tu.aku bangun pagi-pagi nak tengok akil pegi sekolah.konon nak wish gudluck.tapi perasaan seorang bekas cikgu nih sangat ketara.terus aku tanya dia soalan yang ilmiah.berkait rapat dengan kertas pekse dia hari tu.sejarah dan bahasa melayu.

" akil.ape beza zaman neolitik.mesolitik dan haram litik lagi satu tu? "
pertanyaan pertama.


" ade ke belaja mende tu? mane ade la tu form 1 punye syllabus la.."
muke cool je sambil betul-betul kan rambut kasik nampak stylo..

"okeyh.kte try soalan lain.."
aku serba salah.mungkin aku dah lame tak update dengan buku teks sekolah.jadi aku lupe chapter tu untuk tingkatan berapa.


" ape effect zaman Renaissance ke atas pembangunan sastera?"
soalan nih memang confirm soalan form 5.takde budak tingkatan 1 nak belaja fasa kejatuhan negara penjajah nih de..

" ape eh zaman tu.ade ke weyh.tak ingat la.."
jawab sambil senyum-senyum simpul.gelak gelak kecik.




reaksi dari members of the floor......................


" kau pegi amek pisau kat dapo tu akil.tikam je aku nih.sebelum aku pengsan dengar result spm kau.!!! "
emosi.seperti yang semua sedia maklum.



........................................................................................................................................................................

balik sekolah ari tu...soalan pertama.

"amacam paper boleh buat? "mak aku tanye.

"buat boleh.. betul salah tak tahu..."
jawapan akil.dan jawapan tu jugak yang aku gune dari darjah 4 sampai sekarang...


sekarang nih.kenapa budak sorang nih banyak sangat ekot perangai aku?demmit.kalau ape-ape jadi kat result spm die.jangan carik aku...









p/s: ilmu.iman.semua tu tak dapat di warisi.kene di pelajari..kan kan kan?

Tuesday, August 17, 2010

KIDAL.

"children who are left-handed tend to have more accidents than right-handed children.Left-handed children may simply fall and bump into things more often than right handed."

fakta tentang orang left handed nih.ataupon orang tangan kidal nih.amat tepat.semua orang yang aku kenal selalu cakap aku clumsy.sebab aku selalu sangat terjatuh.bayangkan.time turun tangga.takde angin ribut taufan katrina aku boleh jatuh entah sebab ape.kekadang tu aku pegi toilet.takde punce.aku jatuh jugak.memang aku sekarang tengah berkira-kira nak letak jatuh sebagai hobby di masa lapang.bump into things.memang betul sangat.minggu lepas sadin-sadin je aku langgar rak baldi kat tesco dengan troli.sebab? mata pandang tempat lain.itu memang aku.sebab tu kadang-kadang time jalan pon boleh seliuh kaki.mata pandang awan.awan cantik kot heh?
aku tak rase aku ganjil sebab di lahirkan sebagai manusia yang tulis gune tangan kiri.sedangkan majoriti ramai tangan kanan.aku takde hal la.ganjil tu sexy bagi aku.aku takde niat nak masuk persatuan tangan kiri semalaya ke sedunia ke.sebab.itu akan buat aku nampak lagi alien dari alien workshop.hidup dengan normal dah la.orang selalu cakap.orang tangan kiri di diskriminasi sebab semua mende pon di buat untuk orang yang gune tangan kanan.seriyes.dah 24 tahun aku hidup kat muka bumi nih.aku tak pernah rase diskriminasi tu.mungkin sebab aku tak paham maksud diskriminasi tu sendiri kot.mungkin la.sebab aku bahasa melayu tak dapat A1 time spm.dan aku tak selalu berdamping dengan kamus dewan sebab tu aku tak paham definasi diskriminasi tu sendiri.lagipon nak eja diskriminasi nih susah jugak yea.jadi don't bother sangat.
tapi seriyes cakap.aku takde rase ape pon.ayah aku tangan kidal jugak.dia pon rilex je.takde pehal.lagi lama hidup dari aku kot.diam je dia,takde pon suruh aku buat report kat balai sebab susah nak gune gunting yang design dia khas untuk orang tangan kanan.bagi aku.being indifferent bukan sebab untuk kau rase tertekan dan stress.kalau ko minority.tolong la sesuaikan diri dalam society yang majority tu.gune je lah gunting tu.takkan la kau nak invent gunting khas untuk tangan kidal pulak kan.rajin sangat tu.aku yang malas nih gune je gunting yang ade di jual di kedai.nak buat sendiri.malas pulak.nak berfikir tentang design dia lagi.dah jadi keje pulak aku nak pikir padahal aku banyak keje lain lagi.berserah bukan bermakna pasrah.tapi untuk ape nak menentang hukum alam? buang masa la.dan aku pernah gak tahu.ade orang yang invent gunting khas untuk tangan kidal nih.tapi harga dia mahal.sebab dia special.tak ke kau rase tu lagi alien.cukup-cukup la aku ade satu kelainan dari manusia lain.tak kan nak tambah pelik tu lagi.ingat aku nih emily da strange ka?
seriyes.walau ganjil tu sexy.kadang-kadang timbul gak rase nak memaki.terlalu carried away dengan kepelikan dan keganjilan tu yang buat aku rase menyampah.terima je takdir indah dari tuhan.selesai masalah.kan?




p/s: orang ramai cakap .tangan kidal nih pandai orang nye.aku rase orang tu nak sedapkan hati aku je.sebab kalau pandai kenapa aku tak pernah dapat 4FLAT tiap-tiap semester.hah..sape nak jawab nih ???

Monday, August 16, 2010

ERR..ORANG KE YANG MAK MAKSUDKAN?

lepas selesai sesi masak memasak untuk juadah berbuka puasa...aku baring-baring atas sofa depan tv sambil tunggu dengan hati berdebar azan maghrib.dah 24 tahun idup atas muka bumi nih.still perasaan tak sabar nak tunggu waktu bukak pose macam budak baru belaja berpuasa tu still ade.tak pernah nye ilang.stakat pandang jam dinding lebih 5kali sebab nak timing masa pon ade jugak kadang-kadang. bulan-bulan pose macam nih..rancangan dekat tv sume rancangan ilmiah.agamaniah.standard la tu.bulan puasa.cuba bulan lain.mesti time pukul 6.30 mcm nih ade cerita benci bilang cinta kat astro ria tu.mane nak dapat program berunsurkan islamik cenggini.mase aku tengah baring-baring pandang tv.rancangan kat tv tu tengah cerita pasal adik muhammad.tahfiz muda kat dalam negara nih.dia mase umur 11 tahun dah imamkan solat tarawikh.sumpah kagum.dalam aku dok kagum dengan adik muhammad tu.tibe-tibe..

" bagus adik muhammad nih.pegi masjid selalu.bace quran selalu..sejuk perut mak die mengandungkan dia.anak mak pulak sibuk pegi red box je selalu"
komen mak aku sambil gelak-gelak kecil


" err..sape yang mak maksudkan tu.orang ke? "
aku pura-pura bendul.kalau nak ekot logic.memang aku sorang je anak mak aku yang ade kat citu.tak kan la eiji kucing nakal tu anak mak aku pulak.dan kalau betul dia anak mak aku bila mase die pegi red box?

" sape-sape je la.mak tak sebut name"
finishing yang bagus di situ kawan-kawan.mak aku tengah implement method tak mau bagi hati anak terguris dan terasa.sifat seorang ibu penyayang.sile amek perhatian.

"ouh..kalau macam tu bukan orang la..aunah yang selalu pegi redbox.orang dah dekat sebulan jugak la tak pegi sane"
hujah balas sambil kait nama pihak ketiga tu penting.baru nampak sprit adik beradik kat citu.
mak aku teruskan gelak-gelak kecil.aku pulak terus pasang niat.lepas nih.
masjid : redbox. 5nisbah 1..kesian perut mak aku.suam suam kuku pulak rasenye dapat anak macam aku.aunah dan akil.semangat adik beradik.ingat tu.=)

adik muhammad.kagum dengan kamu lah.suara kamu sedap
bile mengaji.thumbs up!




p/s: ade ke perkataan agamaniah? aku main petik je tu.cam sedap je.=)

Saturday, August 14, 2010

9.50 p.m

semalam.WRN injured teruk.tepat pukul 9.50 malam.ini semua dugaan ramadhan paling hebat buat masa nih.akibat dari perangai manusia yang just tahu bawak kereta tapi tak tau guna signal dan semua function lain dalam kereta.hanya tahu tekan minyak.break pon tak berapa nak reti gune.elak kereta depan.tak tekan break tapi ubah laluan tanpa bagi signal.ingat jalan raya kat malaysia ade tulis nama dia? paling sedih tengok WRN tak boleh bergerak.tersadai tengah jalan.ape ntah yang patah kat bawah dia aku tak tau.tak mau amek tau.sedih lagi ade.nasib baik.aku dan aunah.hanye cedera ringan.syukur sangat untuk itu.aku tak dapat bayang kalau aku dan aunah cedera teruk.thnxs to seat belt.memang berguna.kalau la aku tak pakai seatbelt aku rase lagi teruk.dan syukur sangat sebab WRN tibe-tibe tak leh gerak sebab ade yang patah kat mane ntah tu.kalau tak kiteorang berdua dah masuk gaung tepi jalan dah.sebab driver sempat pengsan sekejap lepas berlanggar.aiseyh..
aku beruntung...i have my mom and dad.also my lil bro akil.yang sangat concern dengan kiteorang berdua.aku and aunah tak nanges langsung sepanjang tahan saket tu.both of us cuba untuk tahan diri dari lemah lembik depan manusia yang ramai-ramai tu.but once kiteorang nampak mak ayah and akil depan mata.terus.rase tak leh tahan diri.tak leh tahan emosi.dan akhirnye,aunah dengan jayanye meraung kat citu jugak.
after buat police report.thnxs to pakcik polis yang sangat baik hati.dan kelaka.terus ayah rushing bawak kiteorang pegi spital.yeah hospital.tempat paling aku anti sekali.kene xtray.kene injection.kene check semua.baru boleh balik dan tido kat katil sendiri.satu hari yang memenatkan.lepas makan ubat.terus lena,tinggalkan dunia.tak mau ingat dah ape yang jadi tepat pukul 9.50 malam sebelumnya...


pity u WRN..! meet u in 2weeks time.
patah kaki without u.
me and aunah gonna miss u a lot ok?
take a gud care of urself.



my vi kaler ijau.label this car as kereta yang hurt WRN.
nuthing teruk pon kat kereta nih.
scratch je la yang ade pon.




p/s: semangat hilang sekejap.gegel ade lagi.kaki macam tak jejak bumi.tapi hari nih mesti lagi indah dari semalam kan?

Tuesday, August 10, 2010

i can't make it.sorry.

aku manusia yang tahu. untuk bezakan..mane yang lagi penting.mana yang lebih utama.bila ade masalah aku tahu.aku perlu focus.perlu utamakan dan lebih pentingkan pelajaran.yang semakin hari tak pernah semakin senang.so far.aku bukan manusia.yang campur aduk kan masalah dengan study.aku boleh absorb semua yang aku belajar.inside d class and put my problem away mase dalam kelas.tapi.bila aku berhadapan dengan masalah yang satu nih.i'm surrender.i can't make it.bagi aku masalah lain.aku boleh cantas.aku boleh cegah.aku boleh atasi.tapi bukan yang ini.sila maki aku.kerana tidak profesional nye seorang aku.kerana tidak rationale nye sorang aku.tapi.masalah yang ini.dugaan yang ini.buat aku terjatuh lantas tergadah.now.i'm broken.. into pieces.there's nothing left inside..test.assignments.classes? gud bye.i had enuff.sorry.

Sunday, August 8, 2010

YESTERDAY..at 3.25 A.M

aku sedia maklum akan lumrah sesuatu yang tidak sempurna.tidak akan ada yang kekal dan bersifat abadi.semua hanya bersifat sementara termasuk nyawa
jadi aku mengerti.bila sesuatu itu tak kan pernah kekal.sempurna.
pergi.datang.dan hilang.aku masih boleh terima kenyataan ..
sebab aku bukan tuhan.aku tak kan pernah dapat menahan.menghalau atau merelakan.
aku hanya mampu dan perlu bertahan.
sehingga ..aku juga satu hari nanti akan pergi dan hilang.
jauh dari pandangan.jauh dari alam.
jadi pergi.pergi dan pergi.
selagi aku masih mampu bertahan.
dan selagi aku mampu.memaafkan..






p/s: mood swing.-_-''

Thursday, August 5, 2010

TEPI KAIN

bila aku cakap.jaga tepi kain sendiri.maksud tepi kain sendiri nih.takde campur tangan unsur metaphor.takde unsur cynical jugak yang terlibat.aku betul-betul maksud kan tepi kain sendiri...tepi sudut kain.takde campur tangan sebarang literature component disini.jadi kepada mamat yang sibuk je nak kecoh pasal tepi kain aku yang tersepit pintu kereta tu.get lost..!
kecoh tol.gua nye suke la nak sepit kain kat pintu kete ke..pintu ketapi ke.hishh.sibuk je..
dah kain aku labuh ape leh buat.dah ukuran pinggang makin mengecil lantas buat kain jadi longgar sedikit ape leh buat.bukan sepit kaki ke tangan ke jari kelingking ke.sibuk la sibukkk!!
dan naseb paling malang bila terlibat dalam situasi di atas..adelah.kawan-kawan aku yang di harapkan untuk memback up kawan mereka yang mempunyai lebihan tepi kain yang banyak nih.tersuka dekat mamat penyibuk tu.siap melambai-lambai lagi tanda sudah jatuh suka sekaligus sebagai tanda terima kasih.demmit~!


" mamat tu handsome dowhh..prihatin lak tu hehehe.malam nih mesti mimpi muka dia.."
begitulah sedikit sedutan ayat dari kawan-kawan kesayangan...


" prihatin? tu PENYEBOKKKK tau takk??? "
jeritan berkumandang di seluruh pelusuk kereta.stresssss....! kalau hari-hari jumpa manusia penyibuk nih.mau aku kunci diri sendiri dalam almari.!




p/s: bila aku penat dari segi mental.gurauan bukan kaedah yang berkesan untuk buat senyum hias muka.