Wednesday, September 29, 2010

AKIBAT DARI BANYAK BERPIKIR.

untuk melangkah. tak tabah.
untuk mengundur. takut hati hancur
yang tinggal.tepi kiri.kanan atau pergi.hilang.

pergi.hilang.pilihan yang paling selalu di gunakan.
halimunan itu bukan satu perkara yang manis.
melihat dari kejauhan bukan satu perasaan yang bagus.
melihat tanpa di pedulikan..sukar untuk di lakukan.


melangkah.dengan hati separuh.bukan tindakan bijak
menyaksikan semua terjadi di depan mata walau hati tak setabah mana.
jadi.perlu lagi berdiri di situ.walau tahu.wujud diri itu tak perlu?



mengundur.dengan hati hancur.
bimbang sisa-sisa hati.tidak terkutip lantas hati mati.
sampai hati mati tak bereaksi.jiwa juga tak kan pernah mahu aman dalam diam.dalam tidur.



akibat fatal dari pilihan yang minimal.
hati hancur dan menanges dalam tidur.
tanpa diri sendiri sedar sesuatu sedang melebur dalam diri.








p/s: aku banyak berpikir hari nih...

Tuesday, September 28, 2010

PERAPAT? WHAT THE HELL..

tadi mase pegi class pagi.bergerak dalam formation 2 1 2.mengetuai kontigen geng selendang maut..fara ai dengan syu hupseng .selang jarak satu hasta di belakang....aku yang berada di tengah formation jalan secara solo.sambil berangan dan humming secara pelahan. di belakang sedikit..noragaya dan shetteet .sedang sembang -sembang.pasal ape kurang pasti.jarak antara kami lebih satu hasta.jadi telinga aku tak dapat mendengar.coverage hilang serta merta.
sambil jalan mata pandang alam.sambil jalan.telinga terpasang.lantas terdengar perbualan antara syu hupseng dan fara ai. topic sentence perbualan tak dapat dengar dengan clear.maklum la.telinga telah di sumbat rapi dengan earphone.tapi telinga still lagi dapat tangkap ayat yang kerap kali di ulang sepanjang perbualan.ayat tu menghantui aku.sebab aku tak paham ape mende maksud ayat tu.2menet jugak mase di ambil untuk berpikir.still tak dapat tangkap jugak...dahi dah siap berkerut tanda musykil.nih tak leh jadi.curiousity was killing me,eh ke curiousity kill the cat heh? ntah la dah conpius nih.perasaan ingin tahu tu membuak-buak.. lantas.



" weyh korang..PERAPAT tu kejadah ape? " aku terus tanye gune direct speech.tak reti aku nak sembunyi-sembunyi pikir sendiri-sendiri.letih..
aku tengok muke syu hupseng tergamam.fara ai kasik satu senyum simpul..


" perapat pon tak tau..? macam mane kau nak kawen nih? " jawapan yang aku mintak pertanyaan yang aku dapat ..tapi pertanyaan tu buat muke ade senyum simpul.pasal kawen kot.orang gile je tak excited..haha.
lepas tu...terus syu hupseng tarik aku rapat-rapat dengan dieorang.maklum la.nih rahsie wanita.dieorang kata.aku redha je.janji aku paham.











p/s: time aku sebut PERAPAT.secara high pitch tu..aku depan bilik timbalan dekan..aku harap mase tu die tengah breakfast minum kopi dengan dekan..

Sunday, September 26, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG.=)

untuk wanita kesayangan.hati jiwa perasaan.untuk ibu terbaik yang pernah tuhan kurniakan.untuk manusia yang selalu ada bila aku memerlukan.untuk yang tak pernah jemu melayan karenah anak yang lambat gile nak matang.(kemas bilik pasang cadar katil pon still nak mak jugak yang tolong.) untuk segala-galanya yang di beri sejak 9bulan dalam perut sampai dah umur wajib nikah kawen..

HAPPY BIRTHDAY Mom.sweet 46.ALLAH bless you always.thanxs for being such a great mom to me,aunah and akil.love you too much ma.i can't imagined my life without you near me.





pn. sharifah amin.and her beloved boyfriend.









p/s: sekarang nih.nak kasik hadiah ape kat ma nih..menantu? result exam gempak? eiji? hishh...payah sungguh nak kasik..since ma awal-awal dah refused nak terima hadiah berbentuk material.any idea??

Friday, September 24, 2010

FEVERISH.

ehems.balik dari curve lepas tengok devil tadi.hujan lebat.macam biase.payung memang bukan asessori wajib ade dalam beg .jadi.aku harung je hujan lebat dari parking luar gate HAMKA,sambil pretend yang hujan tu salji.dan akibat dari gemar berangan tak kene tempat tu.aku dengan berjaya nye saket kepala lantas kaki sejuk dan badan panas di malam hari.dan bila aku saket.aku mesti carik orang-orang yang aku sayang.sambil duduk bawah comforter lengkap dengan stokin dan sweater..capai handphone tekan speed dial 1.aku perlu mak aku...lepas 5minit tekap handphone kat telinga tapi masih tak dapat dengar suara mak aku.aku give up.kalau macam nih punye kes.mesti handphone letak dalam kereta meanwhile mak aku kat luar kereta.atau.handphone sesat dalam handbeg lantas sukar untuk di cari.takpe aku redha je.tekan speed dial 2. deringan pertama je dah berjawap.bagus.

" hello.ayong sihat? " suara ayah dari kejauhan.dem.aku dah start sayu hati.

" tak.ayong demam.." suara dah tukar tone sayu.

memang dari kecik sampai umur dah wajib kawen..kalau demam.mesti carik ayah.ayah yang kasik makan ubat.ayah yang letak towel basah kat dahi jendul.ayah yang check temperature setiap sejam.jadi kali nih bile demam.jauh dari ayah.aku rase semacam.dah tu pegi gatal telepon ayah.lagi la.basah hati weyh..


" la..ayong main hujan ke? " mr saffarudin memang sah ayah aku.24 tahun kenal aku.memang dia tahu.aku tak pernah saket kalau bukan diri sendiri jugak yang carik pasal.

" kene hujan.tak main hujan.." defend diri sendiri.

" dah makan ubat? kene hujan? dah basuh kepala? tak larat pegi clinic je..ok? " suara ayah dah start bunyi risau.memang patut pon.antara semua anak dia.aku yang paling loser dari segi immune sistem.antibodi aku yang paling teruk sekali.redha.


" dah makan.i think.i need some rest.." suara maintain sayu.

" ok rest dulu.anything bagi tau.take care.ok? " suara ayah tak tukar tone lagi.risau.


" ok.ayah.bye." letak phone...


lepas tu pikir nak call kinah.aku ade cakap kan tadi.kalau aku saket.aku memang akan carik orang yang aku sayang.tekan speed dial 3.


" hello...." suara aunah ceria lain macam..

" lu kat mane beb? " pertanyaan.

" kat luar dengan ...fi^k$i...nape weyh?" suara masih tahap riang..

" takde mende lah.lu take care la.jangan balik malam sangat.gua nak tido nih.bye.." aku letak phone terus.budak tengah happy bahagia.tak baik kacau.happy vibes tu perlu untuk aunah.
asyik sedih je.. sekarang happy.biar kan la..


lepas tu.terpikir nak call akil.tapi tengok jam.okeyh.time nih.dia tengah atas padang bola main bola sepak.kalau aku call buat frust je.bukan dia ade mase nak jawab.ntah-ntah.handphone bunyik pon tak perasan.akhirnye.terus tarik selimut.peluk bantal kuat-kuat.baca doa tido.tarik bantal busuk kaler merah dekat dengan muke.tinggalkan alam nyata.dengan jiwa separuh penuh.suara mak tak dapat dengar.incomplete rase.





p/s: time saket aku memang mengade.

p/s: handphone.silent tanpa vibrate.letak atas meja tepi laptop.tanda.aku susah nak pedulik dunia kalau saket.

DEVIL.

kawan-kawan aku.tak penah nak serik.ari tu seret aku pegi tengok cite kejam ngeri yang jauh dari range kesukaan aku.PIRANHA.ari nih nak heret aku lagi pegi tengok DEVIL.dah banyak kali aku cakap aku tak suke cerita kejam bunuh-bunuh.cerita hantu pocong lagi jangan bagi kat aku.tak tido malam boleh nanti.paling hebat pon cerita hantu aku tengok ..cerita supernatural tu.sebab ade jensen ackles handsome tak boleh resist tu je.kalau takde dia.dengan cerita supernatural tu sekali aku boycott.dan yang buat aku musykil.sejak dua menjak nih.setiap kali ade je cerita yang berlawanan genre dengan kesukaan hati perasaan aku.mesti akan ade pakatan rakan-rakan yang nak tengok cerita tu secara jemaah lantas tinggalkan aku sorang je yang dah buat muke siap dengan muncung itik sekali sebab sulking lantas nak meraung sebab kene pegi tengok cerita seram.dan.seperti biase hari nih.aku dengan hatI belah bagi kene pegi tengok jugak cerita nih.kalau tak aku tinggal sorang-sorang macam loner yang looser je kat HAMKA nih.sangat tak happening kalau duduk sorang-sorang.jadi aku terus ekot.walau hati belah bagi.err...korang.wish me luck.kalau aku tak keluar secara berlari pantas dari cinema tu.kire aku tabah hati jugak la tu.kalau la aku keluar lantas bermuka pucat.memang sah aku lemah semangat.btw.aku dah siap-siap sumbat earphone kat telinga dan bawak spec mate hitam fewit-fewit dalam beg.in case kalau cerita tu melampau sangat effect bunyi dia.dan aku segan nak keluar dari hall sebab bimbang image rebel di perkotak katik kan.aku akan dengan happy nye pakai spec fewit-fewit dan pasang lagu feberet secara full blast.biar aku layan jiwang sorang-sorang dengan lagu kegemaran pon takdehal.
err.harap aku tak penakut sangat.harap.harap.harap.










p/s: taktik licik kawan-kawan aku yang nak umpan aku dengan Manhattan fish market sebagai acara selingan memang menjadi.aku dah mengidam oyster tu dari bulan puasa weyhhh..hishhh.



p/s: ape orang sekarang nih dah tak reti ke nak buat cerita lain selain cerita orang kene posses lepas tu bunuh-bunuh orang lain dalam lift? pastu lame pulak tu mase kene amek nak bunuh 5orang.eh ke 4 orang? ntah la..lift kecik je kot.saje nak buat drama kasik aku makin takut..heh!

Thursday, September 23, 2010

KHURSUS NIKAH KAWEN

tak lame lagi.dekat HELL akan diadakan khursus kawen.rumate aku dengan pakwe die pegi.tapi nikah kawen nye lambat lagi la.sebelum umur 26 kate die.ade jugak rumate aku pelawa aku pegi sekali.tapi aku tolak baik-baik.bukan ape.tak reti nak memakse brad pitt dengan hal-hal mendadak macam nih.lagi satu.aku rase belum mase nye lagi.kawan kesayangan pon cakap macam tu jugak.sebab.deyal kate.aku tak boleh pegi khursus kawen sekali je.aku kene attend sampai 4kali.baru paham.baru masuk dalam kepala.mungkin kah sebab aku lambat sangat dari segi serap ilmu agama nih yang buat kawan -kawan aku suruh aku attend khursus kawen sampai 4kali? jawapan die tidak sama sekali.tapi sebab..err..sebab kawan-kawan aku cakap aku ade tokoh jadi isteri derhaka.kenyataan deyal mempunyai banyak concrete evidence.dan sangat tidak boleh di nafikan.seperti..


" kau degil beb.susah nak handle..kang buat kau tak mau dengar cakap laki kau..dah jadik derhaka..kau nih bukan betul.better kau attend khursus tu sampai 4kali.kasik khatam.lepas tu baru grad dengan penuh ilmu-ilmu yang bergune "






p/s: aku redha je nih.tapi kalau tak silap aku la dah banyak kali jugak praktis perangai sopan santun lemah lembut baik budi bahasa nih.tapi kenapa still ade lagi perangai rebel tu nak keluar? kenape? terpakse aku praktis lagi.urghh..

Wednesday, September 22, 2010

HUJAN.

aku suke hari hujan.dari kecik.aku suke semua tentang hujan.bau hujan.best.seriyes.sangat calming.aku suke tengok awan curah air.banyak-banyak.so beautiful.aku suke main kejar-kejar dalam hujan.tapi akibat seperti bersin tanpa henti selepas have fun dengan hujan.memang sedikit seksa.tapi bersin sambil bibir ukir senyum mungkin cumel.dan aktiviti feberet time hujan.adelah tido.sangat heaven.kalau tido time hujan mesti mimpi gembira.dan aktiviti less feberet time hujan ialah. redah hujan dan pegi class.naseb ade payung kedai letrik SENG Q hasil rampasan dari WRN yang besar die boleh buat share dengan 3orang..tak payah cancel niat pegi kelas.berjalan-jalan di tengah-tengah curahan hujan.sangat sweet.dan berjalan bersama kawan-kawan kesayangan di tengah hujan.double sweet.berjalan-jalan dengan pakwe di tengah hujan...
no comment.tak penah buat lagi.tak kan buat kot.sebab aku sangat teruja dengan hujan.kalau tengah jalan berdua dengan beret pitt pon tengah hujan di khuatiri aku boleh tertinggal kan beliau dan fokus mata hanya dekat hujan.sebab.hujan lagi best dari beret pitt.=)




bad hair day..?NOOO.she's smilling la weyh







abaikan budak yang suke buat peace..
focus dekat payung yang besar macam nak pegi meniaga kat pasar malam tu
selesa kan.kan kan.







p/s: kalau petang esok hujan lagi.aku nak ajak kawan kesayangan pegi main hujan dekat roundabout hamka.mesti heaven.

Monday, September 20, 2010

ENTRI REBEL 1

hilang.wujud.
wujud.wujud.wujud.
hilangggggggggggggggggg
hilang.wujuddddddd

ok fine.sekarang aku nak tanye.kau ingat kau sape.
kalau nak hilang.just hilang.go and gone.senang kan?
tapi kalau nak wujud.ok wujud la.tapi sekali lagi kau hilang
aku terus buang jauh-jauh.paham?
bila aku tak benarkan sebarang onar ke atas diri aku yang obvious bukan milik kau bukan milik dia atau milik sape-sape.aku jadi watak yang membencikan.
watak membencikan yang tak suke hidup di susahkan oleh manusia yang hilang wujud hilang macam hidup nih ibarat sekeping biskut chipsmore.











p/s: selame nih memang aku tak penah jadi watak sweet senyum fewitt fewiitt pon kan.







p/s: kalau agak-agak nak hilang.jangan datang boleh tak?menyusahkan la..


p/s: entri paling biol aku penah buat.demmit~!



p/s: egois sgt sweet like sugar.


Sunday, September 19, 2010

RAYA DI HAMKA.

already arrived at HAMKA.dan makin membenci anak tangga yang berjumlah sebanyak 3puluh itu.baru beberapa kali turun naik dah rase penat.dah rase dah ketandusan stamina.kalau dulu.mase bulan puase.setakat 30puluh anak tangga pedehal sangat.
siap main kejar-kejar lagi naik tangga.now.jangan kate nak kejar orang.nak melangkah sambil bawak beg yang muatan dia laptop sahaja pon boleh buat berpeluh badan.hishh.
ok dah sampai bilik kosong untuk dua orang sahaja.seperti biase.roomate aku ade.dah balik dari semalam rasenye.tapi hanya wakilkan beg baju atas katil sebagai tanda dia dah sampai tapi hilang pegi berdating raya dengan pakwe..dan macam mana benci nye aku untuk pack barang.macam tu jugak perasaan yang sama bila unpacked barang.bukak lembari dua pintu.mengucap panjang-panjang.buat self denial seperti..
" aku mungkin tersalah almari..ni bukan almari aku...."
tapi bila once nampak spec mate hitam fewit-fewit bergantungan di tepi pintu lembari.terus senyum terpa muka.cumel sungguh spec itam aku.=)
dengan tabah.punggah semua barang bagi almari nampak seperti di miliki oleh kaum hawa sedikit.lepas settle part lembari.beralih pula kepada katil.yeah.malam nih tiada lagi katil ber size raja dan hanya di kuasai oleh aku secara solo.yang tinggal.hanyalah katil bersaiz solo dan 4bijik bantal sebagai teman mesra.lepas tukar cadar katil.tukar sarung bantal.terus rasa nak landing solid atas katil yang nampak kemas dan menarik.tapi.ouh ok.belum mandi lagi rupenye...beralih pula ke bilik mandi.sebelum mandi kene inspect dulu bilik air tempat berangan.tempat menyanyi sambil hilangkan tekanan perasaan.tempat menangis sorang jauh dari pandangan mata semua orang..
okeyh keadaan memuaskan.tapi.oleh kerana sifat mahu bunuh bakar kalorie itu tinggi.aku dengan tabah hati lagi.rajin kan diri bersihkan lantai bilik air.dengan harapan.esok bangun tido terus boleh rase diri ringan dan melayang.
lepas settle hal ehwal bilik mandi.dan lepas diri rase wangi.rase berbau seperti bayi.baru boleh tido.lena.nyenyak umpama bayi jugak.tanpa perlu pikir assignments banyak.beratur.beranak..esok masih ade.malam nih.tido dulu.sesuaikan diri dengan suasana raya di HAMKA.





p/s: malam nih tido sorang.bertemankan sebuah katil kosong.sebuah meja bersepah.dan.kerusi hampir patah.indie kan suasana raya macam nih?

Thursday, September 16, 2010

DO N DON'T

ehems.ahad nih.dah start balik HELL.yeah.bukan satu perkara yang aku gemar untuk buat since aku dah cuti lama-lama nih.dengan effect kuih raya+ketupat+rendang ayam+sate+air gas+ air juice+mc donald+cake+dan lain lain..
aku tak rase otak aku cerdas cergas untuk attend kelas.tak berape nak yakin otak nih boleh di bawa ketepi ketengah depan dan belakang untuk di bawak berbincang pasal-pasal ilmiah dan akademiah.jadi aku rase aku shud plan sumthing yang boleh buat otak aku berfunction secara active lincah dan rebel.lepas pikir lebih kurang setengah jam aku rase aku perlu ajak tak pon pakse.rakan-rakan kesayangan untuk ritual bulu tangkis setiap malam.itu wajibbb..
sebab? selain otak yang lesu.stamina dan level malas sudah di tahap yang membahayakan.aku takut.sampai HAMKA nanti tak sanggup je nak daki sampai level 2.lagi satu.selain perlu pegi ke kelas hanya dengan berjalan kaki.lift kat fakulti pon di larang naik.kalau dah lambat nak pegi kelas lantas angkat sedikit kain baju kurung untuk buat lompatan kijang demi mahu kejar lift.itu pengecualian.selain tu tak bleh dekat hampir dengan lift.balik kelas pon jangan nak mengade gune lift.kalo perlu terjun dari tingkat 2 sebab malas nak turun gune tangga.. terjun je.janji jangan dekat dan hampiri lift.
lepas tu ..setiap kali balik kelas jangan nak tido je keje.tido secara duet atau solo tidak di benarkan.alasan otak letih lepas harung kelas 4jam yang membosankan tak boleh di terima pakai.kene bangun dan turun naik tangga dari tingkat dua ke groundfloor.untuk buat bekal stamina kasik fit menjelang ritual bulu tangkis belah malam.lepas makan jangan nak pegi masuk bilik lantas tido dengan alasan mata dah layu.harus pegi basuh pinggan.jalan-jalan sekeliling rumah sambil berkemas seperti susun selipar di rak kasut pon amat di galakkan.tak pon cuci kipas kat siling pon boleh buat jugak.tindakan drastik pantas dan efficient nih perlu.sebab.lepas cuti raya nih.badan lain macam dia punye rase.kalau jalan macam siput je speed dia.tu tanda lemak dah bertambah.tak mau la bile dah tak muat seluar jeans baru nak gelabah carik reket kat dinding. tak nak la bile pakwe dah start perli baru nak gelabah ajak aku pegi jogging.time tu.nasik dah jadi porridge kot.
by da way..ade sape nampak mane aku letak reket aku? dalam kereta sape heh aku letak last ari tu? aiseyhhh..macam mane nak mule langkah jadi fit dan bertenaga nihhhhh...










p/s: tahap rencam memori otak di tahap bahaya.rencam? apejadah nye tu heh?

Tuesday, September 14, 2010

SYAWAL KE-4.

mode sayu dah lame aku setting dalam lubuk hati paling dalam.sayu.sebab dah setahun tak ziarah kubur arwah uwan.nenek kesayangan.nenek feberet.sepanjang perjalanan.macam teringat-ingat.mase kecik dulu-dulu kalau uwan datang rumah mesti seminggu tu aku merdeka dari kene cubit dengan mak.mesti tak kan ade sape berani nak rotan aku kalau buat hal.sebab uwan back up besar aku.pelindung ampuh aku.relax je uwan sound mak aku time mak aku nak kasik aku sedas rotann..." kalau nak pukul anak jangan beranakk"
hah tu die.terus mak aku cancel niat murni die.aku pulak terus senyum simpul yang membawa maksud menang.
tapi makin aku dah besar panjang.makin dah cerdik dan start rebel melawan.aku jadi budak nakal paling susah nak kawal.panjat pokok.duduk atas pokok.feberet aku.pernah sekali tu.aku bawak parang naik atas pokok.untuk tujuan ape.aku dah lupe.lepak atas pokok memang hobby mase lapang aku mase tu.entah ade hati nak jadi monyet ke hape aku tak berapa nak pasti jugak.maklum la mase tu kecik sangat.naif bak kate orang. ade satu petang.aku angkut parang bawak naik atas pokok.arwah uwan tegur.die suruh aku masuk rumah.dah petang dia kate..

"" JAP..nanti orang turun.." jawapan ringkas aku dari atas pokok.arwah uwan berlalu masuk rumah.tak sampai 5minit lepas tu...aku dengan cerdik nye telah terpotong jari sendiri.hampir putus untuk pengetahuan umum.8jahitan dekat jari tanpa bius dan add on sergahan dari doctor jadi habuan aku petang tu jugak.
tu cerita lame.zaman belum akil baligh lagi.degil macam hape ntah.untuk info tambahan pegi interview mak ayah aku.mesti banyak lagi cerita funky untuk halwa telinga.

ok back to d story.after long journey.2jam kot.sampai kat lokasi.before pegi rumah makcik aku.ziarah kubur arwah dulu.suasana sepi menyambut ketibaan WMU.aku,aunah.ayah,mak and akil melangkah menuju ke pusara uwan.akil ayah suruh conduct bacaan doa.saje nak try test ilmu die.harap songkok ngan spec mata hitam je lawa.doa pon tak hapal pedehal kan? akil start dengan al fatihah..suasana sekeliling.sunyi.damai.tenang.akil teruskan dengan bacaan doa.kami semua khusyuk dengar sambil aminkan doa ..hanya suara akil yang kedengaran.tapi tibe-tibe......

ooooo..uuuooooo..oo..ouuu..ooo deng dengg...oouuu oooouuuu ouuuooo..deng deng..

u know u love me ..i know you care...


aku dah start ketap -ketap bibir tahan gelak.aunah dah start kasik senyum simpul.ayah kat depan masih buat muke daddy cool.mak aku terpinga-pinga tengah cube detact kat mane datang bunyi lagu tu.aku pandang akil sekilas.bacaan doa dah mule lari tempo.tapi still kesungguhan nak habeskan bacaan tu masih ade.sifat istiqamah tu ketara.alhamdulillah.akil tak tergoda dengan justin bieber.muahahahahahaha










p/s: mak aku ingat.badan akil mengigil sebab sebak.padehal.tengah tahan nak gelak.

p/s: len kali jangan gatal nak bawak handphone sekali.tinggal kan je dalam kereta.senang cerita.nih tak.handphone nak gantung kat leher.ingat rantai emas ke? kan dah makan diri hehehehe.sampai sekarang.aku tak boleh dengar lagu justin bieber...muahahahahaha

Sunday, September 12, 2010

2SYAWAL 1431H

ehems.hari raya ke 2.rumah aku sangat busy.macam nak buat kenduri.kalah hari raya pertama.rumah aku pada malam hari raya ke 2 sangat havoc.sangat meriah.semua sepupu rapat.adik beradik sebelah ayah akan berkumpul makan malam sambil bergossip kat rumah aku.okeyh part gossips tu hanya di kalangan aku dan sepupu-sepupu perempuan.walau anak dah ade 3 tapi still berminat nak borak-borak macam anak dara.heh.ntah hape-hape.tapi pertemuan setahun sekali nih la yang buat rumah aku meriah.abes semua cerita pon nak hupdate.tapi selingan di setiap cerita mesti ade satu topic yang jadi feberet di kalangan kakak-kakak sepupu aku sekarang nih..topic bila aku nak nikah kawen.aiseyh beb.lu orang pon kawen time umur dah masuk 25 ke 26.aku yang baru sweet 24 nih korang dah sibuk suruh kawen?unfair la weyh..bagi aku enjoy dulu tak boleh ke...? ^_^

meriah dan letih jugak layan karenah semua anak sedara yang cumel muke irresistible dan lasak.phew..panjat tangga.kacau eiji.masuk bilik aku.hijack laptop.grab teddy bear.meraunggg..
tapi tu la suasana rumah yang best.yang meriah.since aku ade 3orang je adik beradik.muak jugak kalo hari-hari pon hadap muke deyal .now dah ade anak sedare di sisi.rase happy la jugak.tak de keje pegi kacau anak sedara lagi best.mak aku jangan cakap la.semua aspek yang melibatkan cucu -cucu dia tidak di pandang ringan.seperti.seminggu sebelum event dah pikir.makanan ape yang patut di masak untuk cucu-cucu beliau.suruh aku pegi beli ayam goreng.tapi jangan yang pedas sebab......

" tatak tak makan yang pedas kan...nanti die tak mau makan..."

hah tu die.belemak budak -budak tu kene manje.walhal cucu minang tu.tak makan pedas.macam tak kene gaya.ouh..tapi dah ade campuran jawa la pulak.tu yang dah tak true minang dah .. asyik dengan kicap 24jam.heh.tak rebel langsung!
ntah sape la yang nak waris sifat mak yong die yang rebel ni.abes semua pon jiwa tak berapa nak kental lagi.humphh..kene didik lagi sikit nih.baru indie.=)



rumah sebelum kehadiran tetamu...yang nampak sipi2 tu adelah akil.watak sampingan.=)

budak-budak kesayangan hati.dari kiri..

baby--> ouh name betul die harith nazmi.die selalu ingat aku mak die sebab muke aku ngan mak die ade iras.aiseyh...dan selalu mak die akan amek kesempatan ini dengan bergembira dan aku yang kene jaga anak die.cesss..sangat lasak.suara garau.sangat macho.selalu nye kalau dukung die.akan membawa kepada akibat yang fatal keatas selendang dan baju.air liur.dan air botol susu menjadi bahan contengan wajib keatas baju.haihhh..baby..baby..-_-''


najwa-->name glamer die tatak.hobby die malas pegi sekolah.kegemaran die menyanyi dan amek gambar.obsess dengan barbie.penah suruh aku beli playhouse barbie.tapi aku buat dek je.aku lagi rela beli buku cerita dari beli playhouse tu ..sebab aku tau..kalau aku beli then.. bile datang rumah die minggu depan nye playhouse tu mesti dah tinggal rangka..
sangat mewarisi sifat makcik-makcik die.senang cerita.mudah terpengaruh.hehe.

bam-bam-->suruh orang panggil die adik.padehal bawah die ade lagi dua adik.gigi selalu je ronggak.rebel sedikit sebab penah buat gempar dengan mengunci diri sendiri dalam bilik.lepas tu nak keluar tak dapat sebab diri sendiri kurang ketinggian.last-last.die meraung sekuat hati mintak perhatian..

nuha--> ok die nih asyik la menanges..kadang-kadang gembira jugak.selalunye pemalu.suke sorok muke dekat bahu ibu die.suke tunduk je kalo orang pandang tepat dalam anak mata.mungkin pengaruh sifat sopan mak yong die...mungkin la..tapi kalau die meraung.just sua je camera.konon nak amek gambar.automatic die senyap.berenti menanges.ok.aku rase nih akibat nye kalau ayah ade camera canggih.penah tertido dekat bahu makcik die nih.lantas buat bahu makcik die senget sebelah sepanjang hari.berat buleh tahan jugak nih.



last but not least..

najmi--> sangat gentleman.sangat cheeky..di jangka hensem bile dah besar nanti.suke menari.anak didik aku dalam tarian wonder girl.sangat drama king.suke amek gmbar .abg kepada baby.sangat bijak.macam makyong die jugak.=)








p/s: kutipan duit raya buat mase nih sangat memuaskan=)

Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI LAGI DAN LAGI

cess.sape ntah game aku cakap raya ari khamis
buat penat aku je buat last fitting baju raya,ucapan hari raya pon dah awal dua hari
kuih raya pon dah kurang dua layer...patut lain macam je perangai mase tunggu atok pengumuman tu umum tarikh raya.macam takde semangat esok raya.rupenye memang betul esok tak raya.kepada yang dah game aku tu.termasuk la akhbar tabloid.aku dah lama maafkan korang.salah aku jugak.pegi caya korang buat ape.ahli falak tak mau consult dulu.haihhh
ok la last but not least.SELAMAT HARI RAYA.
jumaat nih betul-betul raya.sape buat lawak lagi prank aku cakap raya ari sabtu pulak..aku lempang je laju-laju.mende lain boleh buat main-main.hal -hal raya jangan berani-berani.baju kurung raya aku dah standby dah tu.kalau korang buat main hal raya macam nih ape pulak perasaan dieorang selaku object penting di pagi raya? tak pikir ke? simpati la sikit...




selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
lagi sekali.
sile ikhlaskan hati terima ucapan hari raya secara cam whoring ini
inilah akibat nye kalau menunggu adik lelaki bersiap macam la die pon pakai selendang jugak.
lame sungguh.sempat aku berhibur secara gedik macam nih lagi.=)












p/s: oleh kerana esok tak jadi raya.aku nak tunjukkan skill tangan bbedung aku dengan buat kuih raya.info tambahan.mak dan aunah serta ahlil keluarga yang lain tidak menaruh harapan yang tinggi keatas kuih raya tersebut.harap maklum..-_-''
ouh yea.saya amat perlukan sokongan moral buat masa ini...

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA IN ADVANCED EVERY1

ehems.since dah ramai kasik ucapan hari raya dekat wall fesbuk.aku nak gunekan kesempatan nih untuk wish selamat hari raya.dekat semua manusia kesayangan.semua manusia kegemaran.semua sahabat.semua kenalan.semua kawan-kawan blogger.semua musuh dalam selimut.semua teman mudah mesra.dan semua saudara mara.ouh tak lupa dekat semua yang kenal dan mengenali nih...takkisah la kenal time tadika ke. atau time dalam alam maya.syahira.syad.days.purpinkle.manusia yang sama.alter ego je yang beza.=)
sempena hari baik bulan baik ni.aku nak mintak maaf dari hujung shawl sampai hujung labuh jubah hitam aku.mintak maaf banyak-banyak.kalau ade terkasar dalam bicara.terasa dalam bergurau senda.sesungguhnya.manusia tak pernah sempurna.untuk setahun yang dah berlalu.untuk kisah yang dah berlaku.selaku manusia aku tak punya kuasa untuk ubah segala yang dah tersurat.segala yang dah terjadi.hanya maaf yang boleh lenyap semua sengketa.jadi kemaafan yang aku pinta.dan kemaafan jugak yang aku bagi.yang dah berlaku.dah berlalu.kenangan untuk masa depan.kalau buat lagi jugak.kite kawtim taun depan pulak ok..jemput la datang rumah.tapi jangan dengan expectation tinggi seperti nak rase rendang yang aku buat.kalau aku masak rendang memang raya haji taun nih pon tak siap lagi.rendang tu ade.tapi mak aku buat la.aku buat air boleh la.kuih raya pon takde sentuhan tangan aku.sentuhan mulut aku ade.aku rajin dah sekarang nih testing kuih raya.sedap ouh...
kalau korang datang aku hidang kacang je tu.makne nye kuih raya dah tinggal habuk sebelum masenye la.tapi jangan risau.datang je.makan kuih ke makan keropok lekor ke.belakang cerita.dapat duit raya ke tak pegi tanya mak aku in person.aku tak incharge lagi bab duit raya nih.keje pon tak duit raya celah mana.habeskan duit lagi ade.jadi jangan malu segan.datang je rumah aku.dan tanpa malu segan kalau aku ade lebihan mase tolak mase tengok tibi.tolak masa main kejar-kejar dengan anak-anak sedara.aku pegi la jalan-jalan raya.tak gune baju raya berpasang-pasang tapi tak reti nak gune bawak pegi raya rumah member-member.kan kan kan? okeyhla.once again.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR.BATIN.








SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
FROM SYAHIRAH AND FAMILY.
from left.akil.abg saya.=)
next to him.my handsome ayah,hero sepanjang zaman.pelindung ampuh saya.
next to ayah.my mom..best mom ever..tempat manje dan mengade .tak boleh sehari bangun tido tak panggil mak.duet berkumpulan kat dapo.
front: aunah.kakak saya.hahahaha.
tiada dalam gambar: kucing bontot besar.eiji fitri.teman tido paling akrab.









p/s: macam nak jamming lagu nazam lebaran pulak tiba-tiba.

p/s: agak-agak taun nih aku dapat duit raya lagi tak.kawen tak keje lagi la tak.still qualified kan kan?

Monday, September 6, 2010

WRN IS BACK AND READY TO ROLLIN' OUH...YEAHHH

berdebar lain macam.setiap kali break di tekan.automatic rase ngilu.rase seram.rase nak pejam mata rapat-rapat.tak sanggup nak bukak mata.rase ngeri. kalau jarak WRN tak sampai dua tapak kaki dengan kereta depan.. aku punye cemas macam hilang bantal busuk di tengah-tengah tido yang lena.tadi balik.kat area dengkil ke shah putra ntah..ade kayu tengah jalan.kete lain selamber langgar kot.padehal sangat.kayu tu tak besar pon.besar penumbuk je lebih kurang.tapi once WRN langgar.aku nye cemas sampai handphone tercampak ke bawah.serious.rase ngeri automatic datang.sekarang pon WRN tak di pandu lebih 80km/j.masing-masing dah rase serik kereta tersadai dalam bengkel lantas patah kaki kiri kanan.tu la kalau kite beragak.tapi manusia lain main lanyak je.tak kene gaya jugak.sebab tu till now.bile aku and aunah nampak ade kereta yang buat onar mirip macam yang kereta my vi kaler katak musuh terakhir WRN buat.kami berdua mesti akan rase cemas tak tentu hala.walau kawalan ke atas kereta masih kemas.tapi perasaan paranoid atau trauma tu masih ade.ntah macam mana nak buang tak tahu.dah try nak overcome perasaan macam nih tapi still ade.mungkin take time la kot.sebab tak pernah involved dengan accident berimpak tinggi macam tu.sekarang drifter dah bersara.walau spirit tu masih ade.tapi.sebab serik kereta masuk bengkel jadi bawak sesopan santun yang mungkin.tambah nak hari raya.tak rela aku pikir raya tanpa WRN.macam raya tanpa buah hati je lebih kurang.haishh...

punye la rindu...sekarang nih keje nak amek gmbar WRN je 24jam haihh
angau ngan kereta pon layan jugak.




p/s: perasaan berdebar naik WRN lepas 3minggu tak jumpa...macam nak pegi blind date.

p/s: kalau WRN kecik.aku dah lama peluk cium dia.rindu sangat kot.

Sunday, September 5, 2010

GENG LIBASAN SELENDANG MAUT.PLEASE TAKE A NOTE..



"sahaja aku ponteng kelas syntax pada esok hari kerana telah dipengaruhi mood raya."
dengan lafaz niat ponteng tersebut.aku dapat tido lena lagi dekat tilam empuk bilik berhawa dingin aku nih untuk satu malam lagi.kelas pagi esok? kelas ganti je.jangan harap aku nak rajin bangun lantas pegi balik hell.
untuk geng libasan selendang maut phewit-phewit.selamat meneruskan perjuangan ke kelas ganti syntax pade esok hari.aku.. dah lame dah halalkan kelas tu dalam hati.once aku dah balik rumah.. untuk melangkah ke hell semula adelah amat payah.jadi kite jumpe je esok petang.kelas mamu aku tak mau ponteng. nanti buat nahas je dia carik aku soal siasat dalam fesbuk.hah tak mahu aku kene laser semata-mata sebab sifat malas akibat mood raya nih pulak.
so my friends.jumpe esok at 2.30pm.kim salam kat madam.cakap kat dia.aku demam..demam raya heheheh.till then.bye.



lu orang belaja rajin-rajin sikit.
kelas syntax tu bukan menda main-main.
jangan ingat nak buke pose je keje.kelas pukul 9.nak pegi pukul 7 lebih tu lama lagi beb.
concentrate tu perlu.jangan nak melukis je kat tepi buku.
tree diagram tu kene jugak amik tahu.kalau rase ngantuk sms aku
nanti aku hiburkan hati lu orang dari atas katil.bawah comforter sambil peluk bantal busuk
jadi jangan risau bebeh.aku ada.bila kau pun ada.lalalalallaa




p/s: btw esok kite nak berbuke kat mana.kalau kat rumah je aku balik hari selasa la cam nih hehehe

Saturday, September 4, 2010

PIRANHA? DISLIKE.

semalam.lepas frust dengan managment kedai printer.aku dan jemaah AFQ heading to one utama.alasan rigid kali nih.nak carik kasut raya.raya minggu depan.baju dah cun-cun tapi tak kan kasut takde kot.sedih sungguh.raya tanpa kasut raya adelah diibaratkan seperti raya tanpa kuih tart nenas.walau pon hanya nadia si pemilik tegar AFQ dan sinar si watak jujur itu yang takde kasut raya lagi.aku? dah ade sepasang.tapi ..tu kasut cotton on je.aku nak kasut raya lebih casual lagi.alasan aku yang satu ni memang buat mak aku nak jeling aku 5kali kalau dia dengar.hehehe.walau dengan suhu badan yang panas sedikit.walau tangan dah pegang towel lap hingus dekat hidung.walau hidung dah merah macam badut.tetap.tak boleh deny pelawaan pegi jalan tu.sebab nadia cakap.." aku rase kalau demam baik pegi jalan.mesti elok punye"
dan aku sangat percaya dengan instinct dia terus percaya.dan ternyata instinct dia betul wooo
sampai border sungai buloh damanasara.aku punye flu yang dari semalam tak reti nak berenti terus hilang.bersin pon sama.mute terus tak dengar suara.lepas selesai misi carik kasut raya.ahlil jemaah AFQ yang berdua tu sibuk nak tengok movie.aku awal-awal lagi cakap nak tengok step up 3.cerita lain jangan harap aku nak layan.cerita seram.cerita ganas-ganas.cerita bunuh-bunuh.cerita hantu pocong jangan bagi kat aku.aku nampak je rebel.tapi aku tak berapa nak suka cerita yang sound effect dia boleh buat aku rasa nak lari balik nyorok bawah comforter
sambil pejam mata kuat-kuat.semua ahlil AFQ setuju.step up 3.sampai depan counter.
step up 3 dah full house.nak tunggu next show lambat lagi.aku dah give up.muka dah mula hilang seri.tapi nadia dan sinar tetap nak tengok muvee lagi.kali nih aku beralah.bagi dieorang pilih.dan ternyata aku silap langkah....

" kite tengok piranha nakkk? " nadia dengan riang memberi cadangan.
terus aku toleh sinar...mata dia ade sinaran keceriann.argh sudahhh!!!
" TAK NAK...! " aku jerit nada sederhana.

" ala jom la.apesal kau tak nak..?" soalan pantas dari deyal berdua..

" tak suke la.ikan tu kejam weyh.dia makan orang kot.dah la huduh.tak nak la.mesti ade cite orang mati nanti.aku seram la.effect dia tu tak leh handle.lemah semangat aku nanti..tak nak."
alasan aku bagi memang hilangkan reputasi gangster rebel aku.tapi demi untuk tido malam yang lena aku sanggup hilang rebel.


" ala.mane ade takut sangat,jom la.aku belikan ticket heh.aku belanja kau.."
terus dengan ayat terakhir tu.nadia bukak langkah lurus menuju kaunter.aku? muke hilang darah...!

" dem la korang.aku tak mau la..." ayat kesian aku takde sape nak dengar.tangan di heret menuju HALL 2.

dalam panggung tu.aku pakse deyal dua bagi aku duduk tengah-tengah.aku try test letak shawl aku tutup muka.tutup mata.lapisan petama shawl.still boleh nanpak lagi screen.demmit.
lapisan kedua shawl dah tak nampak dah screen..yeayyy...! tapi.still telinga aku ade untuk dengar bunyi kejam-kejam tu semua.raba beg.ok fine.tahniah syahira.kamu sangat cerdik.mp3 pon tak bawak.dem dem dem.terus pasrah.redha.malam nih aku mesti tak tido lena.aku dah plan sembunyi-sembunyi dalam hati.cite nih kejam sangat.aku lari je keluar.ticket wayang bukan aku yang bayar kan.kan.tu la pakse aku lagi.dan mase tu jugak aku sempat selami perasaan orang kene kawin pakse.hishhh

sejam lebih je cerita kejam tu.aku banyak tutup mata dari tengok.akibatnye.abes cerita tu mengigil jugak tangan aku.kaki dah macam jelly dah.susah nak bangun pijak lantai.mata aku jelingkan tajam khas untuk kawan-kawan yang senget nih.tapi deyal pon lebih kurang.aku ingat terel sangat.tapi ade jugak scene datang kat bahu aku sekali dua orang untuk belindung dari image kejam berdarah tu.heh.penakut jugak.ingat rebel sangat....balik hell.bayangan piranha huduh terus bayangi mata.otak.sistem pituitari.tidur.mimpi ngeri.walau pon balik tu aku makan ikan kat Manhattan fish market .still image rebel ikan kejam tu tak mau hilang.nih yang aku tak suke nih.......








p/s: akak counter ticket beriye cakap kat kiteorang yang cerita piranha untuk umur 18tahun dan ke atas je.aik muka kiteorang nih muke 17tahun ke? bodek sangat nampak nye tu kakak.tau la kami awet muda hehehe.


p/s: lepas tengok piranha.aku ade satu sifat obsesi kejam untuk makan ikan sambil gigit kuat-kuat.apehal ntah.

Friday, September 3, 2010

HEARTLESS DREAM?

seru semua kekuatan diri.
kuatkan hati lindung supaya ampuh dengan kesakitan
persis si kecil.anggapan marah bermaksud benci.
jadi bila benci harus pergi.menjauh dan tak kan mungkin benarkan diri di marahi lagi.
jadi untuk berdiri dan membenarkan diri di benci bukan tindakan bijak.bukan perhitungan si cerdik pandai.tapi melarikan diri itu ulah si pengecut bukan?
pengecut itu tafsiran mata lain.yang tak tergores hati.tak menangis sendiri.
jadi.keputusan nya?
bawa semua rasa ini pergi.jika ketahuan pasti akan sakit lagi.
wajib merasa sakit.tapi bukan untuk kali ini.tanggapan hati sudah lali bukan satu tanggapan indah.
perasaan ini? untuk diri sendiri.dan untuk DIA.
yang lain? persetankan.













p/s : akibat daripada tido dan mimpi ngeri.-_-''

Thursday, September 2, 2010

XOXO MY BOY.

dearest my hunny bunny sweet lovey dovey baby,


i miss u much.sorry i can't make it this weekend.

next week on Tuesday we'll meet ok boy?

always take care of urself.

please don't be naughty.

i will give you a call whenever i free.

i promised that i'll buy you something for your hari raya present.just to make you happy.


so ..to dearest













EIJI FITRI the naughty cat.i miss u like hell.this weekend your aunah will be going back home.but me.dunno yet.may be not.i have lots of work to be done here in hell.now pon tengah buat keje.submit esok pukul 10 a.m.
next week tuesday kita main kejar-kejar lagi ok? miss u.and ur misai too much.jaga diri.jaga mak.jaga ayah.jaga rumah.abang akil tak payah jaga.dia dah besar.nak mengade lagi buat ape..? ok my boy.bye-bye.love you.xoxo.




love,
ayong.









p/s: everytime call rumah.mesti jawapan dari mak ialah " eiji tengah tido.."
seriyes.dapat perangai kuat tido aku.demmit~!