sejak duduk rumah dengan bersenang lenang akibat daripada cuti yang diberikan oleh hell.tahap kesihatan tak berapa nak cemerlang.mungkin kah perangai tak reti nak menjaga diri semasa musim peperiksaan berlangsung buat jejas kesihatan pada masa kini? memang lah time peperiksaan diri tak terurus mana.makan selalu je skip.tidur pon mane nak cukup sangat.muke tak secumel macam selalu.tapi still pipi maintain jadi kesukaan orang untuk di cubit tanpa ade simpati untuk mengecil sedikit pon dari kaedah jisim.haishh.dasar pipi degil!
oleh sebab demam yang berhingus serta paru-paru yang tidak memberi kerjasama yang utuh serta tekak yang berpasir sekaligus membantut kan nawaitu untuk ke redbox.jadi mak aku dengan nada tegas nye telah memakse aku menelan sejenis ubat.harap maklum.aku kalau orang lain saket.aku sibuk pakse makan ubat.sibuk bebel pegi klinik.tapi bile diri sendiri saket.aku lagi selesa baring dan bermadu kaseh dengan selimut.bersertakan bantal busuk kaler merah sahaja.dan satu prinsip aku kalau saket.jangan layan sangat penyakit tu.bangun dan pura-pura sihat.berpura kadang-kadang mende yang bagus.dan umum semua tahu.aku akan jadi gud pretender semase sedang di landa kesakitan.jadi aku bangun dari tidur.clash dengan katil.break up dengan bantal busuk kaler merah.dan mula kemas rumah.mop lantai rumah.lari turun naik tangga rumah.dan.akhirnya aku terserempak dengan eiji.si kucing oren yang sedang dalam process mengemuk sekarang nih.hati terusik untuk mengacau eiji yang tido lena sampai meleleh air liur.
mane aci.dia tak demam dia tak selsema tapi dia tidur lena.aku demam siap dengan mukus-mukus di hidung tapi tidak tidur lena macam eiji si baby rimau itu.
lantas aku luangkan masa ..campakkan mop seketika dan pegi mengacau eiji.
aku kelepetkan kedua-dua belah telinga eiji serentak.sambil tu aku kasik kata-kata pujian kepada eiji " alalalala cumelnye eijiii macam puppy la buat telinga macam nih.."
eiji nampak sangat anoyed dengan perbuatan aku.lantas eiji berpaling mengubah posisi tidur.nih tak boleh jadi.aku angkat satu tangan eiji.eiji bukak mata.pandang tepat ke arah anak mata aku.dan...kerdipan mata mengantuk eiji seperti menghantar satu signal telepati kepada otak pasif aku.dan..selepas itu..............DUNIA gelap.dunia kelam.dunia diam.
"Ayong bangun! baru je kau bangun tidur pukul 11 tadi, nih tak sampai dua jam bangun dah tidur balik heh.betuah punye budak !! " suara dengan tonasi grunge dari mak buat mata terbukak pantas dan automatic signal bahaya segera di hidu.mak sedang berdiri dalam posisi solid depan pintu.
" ala..orang kan makan ubat yang mak bagi tadi.tu yang ngantuk tu..ubat kan mengantuk" aku jawab dengan konfiden berbekalkan ilmu subjek sains mase spm dulu.
" alasan.mak bagi kau makan vitamin c je tadi.sejak bile pulak vitamin c mengantuk? " smashing yang bagus dari pihak mak ..dan perbahasan kali nih berkesudahan dengan.mak menang tanpa bertanding..
" errr..errr..." speechless.dasar hobby suke tidur.lagi nak salahkan vitamin c.heh!
p/s: tapi macam mane kalau betul vitamin c tu yang buat aku ngantuk? vitamin c tu tak mengantuk kan ke? mitos semua tu aku rase.lain body lain cara penerimaan ye tak?