Monday, October 31, 2011

ONCE YOU HOBEN.FOREVER YOU HOBEN.

satu malaya pon tahu.skuad rusa menang piala malaysia malam semalam
aku yang tega tega berulit dengan buku pon.terpakse bercerai hidup dengan buku itu semua demi nak tengok s kunanlan gelecek bola.memang di perakui. terengganu lawan yang hebat untuk skuad rusa.tapi mungkin dari segi pengalaman dieorang kurang.tapi still berjaya kucar kacir kan hati perasaan aku dengan goal yang pertama lepas half time.gile bedebar ok.untuk manusia mudah give up macam aku.goal pertama je.aku terus pegi hall lagi satu layan master chef.
sambil tu mulut kumat kamit bagi ulasan versi sendiri.pasal cara passing la.gelecek bola pon boleh terjatuh la.padang stadium shah alam macam gurun sahara la.macam macam lagi kritikan tak membina hasil usaha sama emosi.habes penuh timeline twitter dengan status emosi.
aku nak lontarkan kritikan secara lantang pon tak boleh.mak aku direct je karang sound aku pegi main kat tengah padang tu pulak ganti shukor adan .tak memasal.aku nak lari satu padang pon semput.nak gelecek bola? haram j ok.tapi once dapat perkhabaran gumbira yang abang kuna pojaan hati itu telah berjaya sumbat satu goal.terus nih.semangat pergi hall depan tengok bola balik.lepas tu mulut riuh tanye.macam mane heh kuna goal kan tadi? xde ulang tayang ke? memang annoying.
lepas satu goal.goal ke dua muncul.HAI-O punye goal sangat cantek kot.sape kate beliau tak leh score gune kaki? skali die bagi.hishh indah der.indah.lepas tu.nak tunggu 5minit mase tambahan.
aku punye berdebar.semua hal pon jadi tak kene.kucar kacir hati perasaan nak tunggu 5minit tu.time tu baru sedar.lame rupenye 5minit nih.dasar suke membazir mase kan.sekali kene tunggu penuh debar.macam cacing dalam ketuhar.bergerak pon rase tak selesa.tepat 5minit.refree tu tak tiup tiup lagi visel penamat.aku blame pulak refree.emosi sekali lagi.
kesimpulan nye.jangan bawak aku pegi stadium.ade yang aku jadi tumpuan ramai nanti.emosi perempuan bahaya.sebab tu selama nih tak de sape pon pelawa g stadium.ade la.tapi bukan tengok match.tapi tengok konsert maher zain.haaa.time nih tak bole emosi emosi.tak molek kalau maher zain pandang aku punye perangai vain nih.boleh jadi isu antarabangsa tahu.



penyokong skuad hoben jang hoben.
mafla itu kepunyaan syakir.adik lelaki aku
yang beriye fanatik nak pegi stadium
buang mase je kot.
baik jadi macam aku.duduk depan tv.
aku nampak clear kot muka abang kuna.
puas hati den.





ouh ya ramai pelik apesal aku suke sangat s kunanlan? sebab.beliau rajin.kejar bola.tak mudah give up.taun bile ntah yang kalah dengan kelantan dekat final.walau pon die sedar hakikatnye memang negori dah kalah dah.tapi still die rajin turun naik kejar bola.kagum woo.kalau aku dah lame meraung sambil hentak kaki kat tepi padang.kalau aku la kan.kan.












p/s: dear tok mat.nogori dah menang.bile mau cuti nih? penat sokong tau.cuti sehari tu pedehal sgt.

Saturday, October 29, 2011

BUKAN MUDAH NAK BERJAYA.

ujian paling king bagi manusia yang terpakse bertabah hati, belaja di tengah malam sunyi di kala manusia sekian alam sedang lena peluk bantal busuk masing masing ialah perangai sekor kuceng berkaler oren belang belang yang sangat annoying.sile rujuk gambar rajah di bawah.untuk penjelasan yang lebih lanjut.


pukul 12.30 am




okeyh.mata dah pejam rapat rapat.time nih aku panggil pangil pon mungkin eiji dah lupe name sendri.kalau dalam term rempit.mase nih eiji dah high.




12.45 am
ok dah ade perubahan dekat style membute eiji.aku try goyang goyang kaki atas katil
bagi die terjaga.gagal ! hanya telinga je yang masih alert.anggota badan yang lain?
sudah selamat lena.


1.05 am

pose yang ini memang di buat khas untuk menyaketkan hati aku.
elok je landing kan dekat bantal busuk aku.dem uu.
siap peluk peluk bantal lagi kuceng sekor nih.
time nih.kalau tepuk bontot gemok die pon.die tak sedar
nih dah melepasi tahap tidur lena.nih name die tidur mati.



1.30 am

bangun seketika. dalam keadaan terkejut.mimpi aku datang bawak penyapu kot.
buat regangan otot.jilat jilat bulu bulu oren.
aku suspek eiji mengigau nih.eiji memang drama sikit.asal tidur mesti mengigau.
tanpa menoleh ke arah aku.terus tukar posisi tidur.
kire sampai 5.terus lena.


1.45 am.
gagal merakam sebarang image lagi due to saket hati yang melampau.
rase macam nak telan je nota nota depan mata demi nak menahan hati untuk tidak joined eiji tidur sekali.=,=

















p/s: pagi esok nye.time aku sedang lena membute.eiji hempas hempas badan dekat pintu bilik aku.nak makan.macam la orang dalam rumah nih aku sorang je.aku buat dek.pegi la kacau orang lain.tapi kucing oren rebel nih memang tak mudah putus asa.die mengeowww baik punyeee dekat telinga aku.siap gigit gigit jari kaki lagi.hishhh.eiji memang annoying kan?

Tuesday, October 25, 2011

KEMANUSIAAN MANUSIA DI HUJUNG TANDUK.


'heard bout kematian seorang pemimpin bumi arab.muammar gaddafi.di gulingkan oleh rakyat.yang mendakwa mereka di tindas.sekarang.mungkin bumi libya.sedang meraya kan kemerdekaan kerana diktaktor yang di katakan kejam.akhirnye kecundang.
pedulikan hal hal pemerintahan muammar gaddafi.aku bukan manusia yang ade credibility untuk ulas tentang hal hal complex tu semua.aku bukan rakyat beliau.aku tak berhak ulas atau komen.kalau aku buat ulasan.aku hampir dengan perbuatan membuat tuduhan tidak berasas.yang aku nak highlight kan dekat sini.dari hari pertama aku tahu beliau gugur di medan perang.dari hari pertama aku tonton video kematian beliau.kenapa dan kenapa manusia tanah arab nih makin hilang sifat kemanusiaan dieorang?
dengan upload video memukul dan menembak seorang tua yang di dakwa kejam.yang sedang merintih mintak diri di kasihani.di youtube.kamu rase kamu para pejuang sebenar ke? pejuang yang bejuang atas nama agama dan tuhan yang MAHA BESAR ke?
otak kalau letak kat lutut ini yang payah.nafsu kalau dah jadi raja dekat hati.ini lah masalah.
muammar gaddafi masih hidup semasa di tangkap.dia hanya meninggal selepas di pukul dengan kejam dan di tembak dengan berdas das tembakan.sekarang bagi tahu aku.sapa yang kejam?
kalau pon kau ade dendam.tapi biar mahkamah yang tentukan.biar mahkamah yang hukum.
elok elok kau takde dose membunuh.dah terbuat dosa membunuh.jadi kalau betul muammar gaddafi yang kau dakwa kejam sebab mebunuh berjuta orang.ape beza kau dengan dia? pembunuh jugak kan?
dan tindakan memukul dan menembak orang tua.adelah tindakan kejam lebih dari binatang.
tak kisah la sape pon orang tua tu.tapi tetap dia orang tua.orang tua yang tak berdaya.
mase kau tangkap beliau tu.die sedang tidak bersenjata.jadi logic otak ke tak kau nak membunuh orang yang tak bagi kau sebarang ancaman? orang yang dah sah sah hopeless?
betul.aku bukan penduduk asal libya.aku tak penah rase macam mane seksa neraka dunia nye hidup di bawah pemerintahan muammar gaddafi.tapi ALLAH ade suruh ke kau semua simpan dendam? ade ALLAH cakap membunuh tu adelah amalam mulia? takde kan?
dan sekarang.sebagai manusia beragama islam.kenapa kau tak segera uruskan jenzah tu?
kenapa jadikan jenazah tu macam display dekat muzium? kenapa kejam sangat nih?

aku highlight kan sekali lagi.aku tak bercerita pasal kejam di balas kejam.aku hanya nak tahu.kenapa.bunuh dan pukul orang tua.dan kenapa buat orang tua tak berdaya tu macam anjing kurap yang kau jumpe dekat lorong gelap je? kenapa? kau dah bunuh.okeyh fine.dah habes la kan patutnye dendam kesumat kau tu.
tapi kau pegi display mayat die sampai berhari hari.bangga tunjuk kat masyarakat satu dunia.kau berjaya bunuh manusia yang kejam di mata kau.tu ape kes?
kalau satu hari.tuhan terbalikkan takdir tu.kau di bunuh.dan video kau di bunuh di upload di youtube.anak cucu kau tengok dari jauh.tengok kau kene pukul dan tembak.tengok mayat kau.tak di bersihkan tapi dah selamat di tayangkan dekat satu negara.gambar di sebarkan dekat satu dunia.ape perasaan waris kau bile tengok kau di layan macam tu sekali? eh tolong la.tolong ade sikit sifat kemanusiaan dalam hati tu.kite bukan tengah cerita pasal anak katak di sini yea.
"Pissed off*








al fatihah untuk muammar gaddafi.














p/s: kemanusian sekarang bukan sifat.tapi kehendak.dan umum tahu.kehendak itu kite di sogokkan dengan pilihan.NAK atau TAKNAK.rata rata manusia memilih ATAU.

Friday, October 14, 2011

JAMU MATA DENGAN GAMBAR CHAPTER KEDUA.

alhamdulillah sempurna sudah chapter ke 2
macam tak percaya pon ade jugak.status bertukar.
dari buah hati sekarang jadi tunang.tapi still macam biase je.takdepon hasrat nak gelar mr liebchen sebagai inche tunang.mintak maaf.sememangnye aku bukan manusia jiwang.
mr liebchen pon rilex je.macam takde ape.takde la beliau nak bertukar watak jadi manusia tegas bukan main dengan aku.still sama macam mr liebchen yang dulu.yang aku kenal.8tahun dulu.
seriyes.beliau dekat muke je.tapi sampai sekarang hati tabah lagi layan perangai besar kepala aku.syukur.




my lovely buri buri.penyeri majlis.
terima kasih daun keladi.tahun depan aku kawin datang lagi yea.
yang muke mat saleh tu.our friend from polland.ewelina wicher.
sanggup beli kebaya ekot kaler tema untuk attend majelis aku
u rawk la eve.nanti aku dah kaya aku datang polland yea!





hiraukan muke aku yang sudah kehilangan aura rebel.
adik perempuan aku satu satunya dah start into mood sebak bile
fikirkan yang aku bakal di rampas oleh mr liebchen tahun depan
rilex la aunah.gua tetap kakak lu til when2.
takde ape boleh kacau blood ties kite.
ade prob kalu.meh bawak bincang.kite adik beradik sampai akhirat kot.



muke aku tanpa aura rebel.
lepas kene solek muke aku memang nampak lain.nyaris aku tak menjerit je tengok
muke sendiri.
anak buah aku umur 2tahun tak mau dekat aku
mak yong die nampak lain.ciss.
aku kene pakse pakai bulu mate palsu.
nyaris jugak tak tergolek.bulu mate tu halang 30% dari jarak penglihatan kot
sumpah azab.aku dah suarakan pendapat.tak mau make up mase kawin.
semua kawan kawan aku kasik jelingan maut sebagai respond kepada suggestion aku tu.
plain jane.itu yang kite carik!



mase tengah sarung cincin.aku cuak sedikit.takut cincin
nak rebel dengan aku.refuse tak mau muat dekat jari.
memang sumpah tacing kot kalau jadi macam tu
naseb baik muat.siap longgar lagi ok
ternyata jari aku dah selim.jari je la pon yea.

aku sungguh teruja dengan kehadiran dieorang nih
kawan kawan dari usia 19 tahun.sampai sekarang.
ade 7 orang.sorang dah kawin.sorang lagi baru bertunang.
sape next nih? meh cabut undi meh.hehe

feberet gurls.abaikan selipar jepun kaler kuning striking aku tu.
aku main rembat je pon.
janji ade selipar.aku nak gune kaki ayam je mak aku tak kasik
aku sarung je la mane sempat.baru rebel.kan kan?
name aku nak beli kasut baru sempena bertunang je.memang tak la.
mane aku tau ade outdoor session bagai.









trivia:

1.hasil dari sogokan nasihat rakan rakan beberapa hari sebelum bertunang yang suruh aku senyum jangan tayang muke langsi.aku asyik la tersenyum tak berenti sepanjang majlis.
sampai naik lenguh pipi dan mengigil bibir.tragis bukan?


2. mr liebchen datang jugak dekat majlis tu.previously.dia tak janji dia nak datang.kalau aku tanye.jawapan dia manjang tak datang je.tapi entah apesal ntah.terdetik dekat hati nak sound dia suruh potong rambut.dan shave segala bulu bulu roma dekat muka.hasilnye?
beliau datang.berbaju kemeja kaler sedondon.rambut dah pendek.bulu bulu dekat muke dah bershave.good boy.macam nih la buah hati saya :)
seriyes beliau di muke.tapi di hati aku sorang je yang tau.heee

3 .lepas 2jam pakai baju tunang.dengan make up.aku surrender.tukar baju.cuci make up.terus mintak dekat mak sepinggan nasik.perasaan makan nasik pakai tshirt dengan seluar track sangat la owsem.nak makan pakai baju tunang? buat sesak napas aku je.


4. aku sampai sekarang.kalau tengok balik gambar tunang.mesti tak percaya aku mampu senyum simpul.sopan santun mase hari tunang.dalam hati.bergema perkataan FAKE.


5.mr liebchen tak puji pon aku look different mase hari tunang.orang lain jenuh cakap aku nampak lain la ape la.tapi buah hati yang sorang tu.dia just cakap macam nih je.
mase tunang dengan nikah nanti je heh pakai make up.lepas tu tak payah dah heh?
tu nak cakap aku buruk la tu ade make up dekat muke.beliau tak tau ke.mase kenduri akikah anak pon esok luse aku kene boh make up jugak.tak pon mase amek report kad anak kat sekolah.mane bleh plain jane.cite cite aku nak jadi super mak kot.hishh.*berangan*



























p/s: chapter 3? 10.11.12 insyaALLAH

Sunday, October 9, 2011

CHAPTER 2 (ENGAGEMENT)

today.9/10/11
tamat chapter 2
rebellious officially engaged.
chapter 3? tahun depan insyaALLAH.
tapi.bagi aku habes bercinta dengan buku buku dulu yea? :)














p/s: aku nebes sedikit je tadi.seriyes!Posted by Picasa

Monday, October 3, 2011

JARI JARI MENGEMOK

Sedang mengecat.jari jari tangan dah start membengkak.dasar jari manje.keje keje kasar tak pernah nak buat.sekali kene pegang batang berus cat.terus nak melecet.badan dah lenguh.peluh jangan cerita.macam dah lencun satu baju.macam sedang berlari atas treadmill tanpa henti.
Pandang manusia yang sedang leka buat keje mengecat di atas tangga.

" tangan dah saket la.penat laa.boleh tak nak rehat.rase nak pengsan laaa"

Manusia di atas tangga pandang aku sekilas.muke saket mintak penampar aku perkemaskan lagi.kasik effect real.

" nak pengsan tunggu keje siap.lepas tu nak pengsan sampai esok pon xpe "

Demi mendengar jawapan itu.aku terus capai berus cat dan kembali mengecat tanpa sebarang bunyi.dalam hati.bunyi maki makian kian kuat kedengaran.






P/s : akibat dari hal hal mengecat.badan saket saket.jari jemari bengkak teruk.lepas ni aku tobat tak mau pegang.atau dekat dengan cat.seksaaaa T_T