Thursday, March 29, 2012

DRAMA QUEEN TRAINED DRAMA TEAM !

hasil kerja untuk seminggu.hasil tidak masuk menjenguk form 4 dan form 2.
hasil jerit pekik yang lantang kedengaran di celah celah bangunan sekolah
hasil dari mengorbankan tidur petang.hasil dari mengabaikan mr liebchen.


let me introduce all of u to my DRAMA TEAM!

ouh yea yang dekat tengah tengah pakai selendang ungu tu cikgu.
bukan pelakon.
saje nak kekalkan awet mude.sebab tu menyelit tengah2 anak murid.
amacam berjaya tak tatik awet mude itu?
king and queen.tengah2 miss hitler
asik la kene marah budak berdua nih.
tak hapal skrip la.tak de chemistry la.
padehal bawak watak suami isteri.tetap kaku kejung.
dah macam ade kes kat mahkamah syariah.haihhh
to my queen zulaikha.thanks sebab tahan telinga dengar
teacher marah.suruh ulang buat scene yang sama sampai banyak kali
terima kasih sebab tahan dengan semua kekejaman teacher.
terima kasih sebab sudi belajar
terima kasih sebab sudi mendengar arahan
u did a very good job lil QUEEN.
king and father.
sufian nih pegang dua watak.
dielah ayah dialah prime minister.
tapi alhamdulillah berjaya jugak dia bawak dua2 watak tu.
creative.dia tau macam mane nak hidupkan babak bosan.
pelawak.dia tau macam mane nak buat aku gelak lepas penat marah.
as for KING.
he's one nice boy.tak reti marah.jenuh pakse marah.
tapi marah die takat tinggi suara je.name die nak tengking orang sampai orang
takut menangis takde makne la nih.
suruh buat muke egois pon tak reti.
naive kan?
terpakse cikgu kejam nih ajar macam mane nak buat muke muke sombong tu
macam mane nak marah orang beriye.
tapi mase hari pertandingan tu.
dia punye marah kemahin lagi.
tersentak aku yang tengah tengok.
haaa macam tu la baru KING kan?
macho yet sombong.baru coolioo !
mane ade king senyum je 24 jam kan ikhwan?
ok dah jangan nak asyik marah orang pulak lepas nih sebab dah pandai marah.ok?

king(ikhwan) father(sufian) and audio boy(muiz)
muiz did a very good job untuk audio system.
satisfied.walaupon telinga dia saket kene bebel dengan aku kalau music kuat sangat la
music slow sangat laa.macam macam karenah teacher korang nih kan?
redha je je heh? boleh kan? ;p

dancers.
did a very good job.walau pon awal2 tu nak suruh menari jenuh aku menjerit.
but on dat day.dieorang managed utk terima tepukan gemuruh
from the big crowds.
tengs my dancers awesome whoaaaa !

my main character.my lil heroin.
she's veryyy good.
i like her determination and hard work.
creative.sangat ceria.sesuai dengan watak dia tu.
tak malu malu.tak cover cover.
all out every time practice.
i just love the way she laugh.
terima kasih lil heroin.sebab memudah kan kerja teacher.
LIL Z.u deserve my best actress award !
madam goh and pn ruslina.both of u rock!
senang berkerjasama dengan both of em.
sangat sporting.tak cerewet.
having a very good time working together with them.
as senior teachers.dieorang langsung tak kekwat.
tak sombong.banyak membantu.sangat best !
ouh tak lupe untuk my 2 cactus boys.
terima kasih sebab jadi cactus handsome on dat day.
terima kasih sebab bagi muka di conteng.
btw.mane nak carik cactus pakai spec mata itam kan kan?
amira(mother)
walau selalu kene dera sebab voice projection slow.tak dengar sangat
cakap laju sangat la.
tone salah la.
emosi takde langsung la.
tetap she never tarik muke.
still gigih nak buat terbaik.
maaf untuk semua teriakan teriakan from teacher
hanya mahukan yang terbaik.not for me.not for myself
but for u.and ur future.
just love dis picture !




satu pengalaman baru yang sangat sangat berharga bila dapat ajar budak budak drama.tapi naseb baik aku selalu jadi drama queen dengan mr liebchen.jadi senang sikit keje.dah biase kan?
to all my drama team.u did a very good job kiddos.am a proud teacher y all !


"we play,laugh and cried together.but at the end we learnt that success does not come easy".


Saturday, March 24, 2012

JANTUNG TERGELINCIR?

dulu mase remaja.aku tak reti nak berdebar bile tengok lelaki lelaki.biase je aku rase.takde pon definasi jantung jatuh bergolek ke.nooooo! takde.mungkin mase tu level hormon estrogen aku di tahap sifar lagi.muke pon belengas dan tak market langsung.lelaki pon tak de perasaan nak pandang.macam mane nak dapat effect berdebar debar ye tak?
so lelaki pertama yang berjaya buat jantung aku berdebar sudah semestinya mr liebchen.
first time nak jumpe beliau berapa banyak kali aku turun naik dari tangga tingkat 1 sampai 6 kolej delima uitm tu.punye la nebes never ends.berpeluh2 jangan cerita la.macam tengah bersenam.tukar baju ade dalam 3kali.tudung pulak bape kali bukak lepas tu pakai balik.lepas tu pandang cermin.apesal macam senget je? padehal dah 10 orang cakap mane ade senget.tetap si nebes nih nak cakap tudung dia senget jugak.T_____T

sekarang nih.ade lagi sorang kaum adam yang berjaya buat aku berdebar.
seriyes first time bercakap dengan beliau aku tergagap sedikit.tapi berjaya di cover dengan jayanya demi menjaga imej dan profesionalism.dan sejak tu.aku suke tengok beliau nih.ouh jangan cepat sangat terjun dalam konklusi.
beliau itu anak murid aku.belasan tahun lagi.jangan risau.aku bukan nak jatuh hati.jatuh sayang atau jatuh cinta.aku dah ade sorang buah hati tu.cukup2 la.beliau tetap ranking wahid dalam carta hati.

aku hanya suke tengok muke dan perlakuan yang sejuk mata memandang dan tenang hati melihat tu sahaja.
muke biasa.jernih.tenang.cakap sopan.tak pernah nak meninggi suara.beradab.
kalau tengah marah.aku perhatikan.beliau diam.sebijik macam mr liebchen!
kalau tengah gembira.hanya senyuman satu garis untuk zahirkan perasaan happy.
tak pernah membantah.karisma dia menyerlah.padehal baru menengah rendah.
aku tibe tibe terberangan yang die akan jadi graduan universiti luar negara satu hari nanti.
tu doa ikhlas aku. mr liebchen cakap aku mengade.nak berdebar bagai dengan anak murid.
hahaaha.itu reaksi pertama bile aku jumpe beliau.ape boleh buat.bukan aku mintak.bukan aku yang bagi arahan.jantung sile lah berdebar kan?




kadang kadang.kite semua perlu berfikir.ade sebab orang cipta phrase
"apple of teacher's eye"
ade sebab kukuh.seperti cikgu mencari escapism untuk tidak mengantuk di sekolah?
cikgu pon kadang2 perlu kan external motivation untuk melangkah ke sekolah setiap hari.betul?
untuk mr liebchen.anda tetap paling champion laff.jangan anda risau :)




jantung still berdebar setiap kali tengok
anda sedikit kacak macam ni ;)











p/s: kalau aku ade anak perempuan.aku dah lama booking anak murid aku tu jadi menantu.confirm!

Wednesday, March 21, 2012

MOMENT MANES

12.00 tengah malam.sesi berbual bual rutin .



" nak letak nama uwais la.suke bace cerita uwais ! "

" macam mane ejaan uwais tu ? "

tarik nafas.sambil jawap dengan YAKIN.

" UWAIS ! "

"ejaan jawi laaaa "


"err alif wau ..carik kan la.tak kan la orang yang mengandungkan 9 bulan.lepas tu tolong bagi idea nak nama ape.ejaan pon orang nak kene bagi jugak? ''
(sambil buat buat bengang.padehal memang mengeja jawi tak berapa nak A+.padehal nak konker letak nama anak sorang sorang.)


"ok lah nanti orang carikkan.tapi ape maksud nama uwais? tak boleh bagi nama sebarang je.nama anak tu doa.nanti kite kene soal dengan ALLAH dekat akhirat sebab nama tak bermaksud "


" err.ala tak tahu la dah check takde maksud rasenye.tapi banyak refer to cerita uwais al qarni tu.tak boleh ke kite pilih nama tu untuk doa supaya baby jadi macam uwais al qarni tu? "


" boleh.tapi tu la.kite nak jugak tengok ejaan dia.sebutan dia.jangan main letak asal sedap je "


" ok.tapi nak uwais jugak yea.tak suke la nama anak yang panjang2.nanti kite panggil yang pendek jugak.kalau yang simple macam uwais nih.orang akan tetap panggil uwais.sekali sebut je.tak susah pon.sweet je orang dengar "
(bersungguh nak uwais jugak.degil)



" baiklah.uwais pon best.ingat letak muhammad.jangan uwais semata tau "


"baik.muhammad uwais.wahh best !hurraayyyy " (gembira)


"ok dah jom tido.esok pagi sekolah kan? uwais lambat lagi wujud.bulan 9 baru nak nikah kan? "


"err hahahaha.betul jugak kan.ok la tidur.nite"













ape jadah ntah waktu yang patutnye untuk tido boleh borak pasal nama anak?.pagi tadi dekat sekolah dah menguap macam badak sumbu afrika dekat tengah2 bilik guru.maafkan dua insan yang excited dalam perbualan di atas.padehal akad nikah pon baru nak berlansung bulan 9 nih.
preparation.takpe kan kan? :)










p/s: beliau suke melayan pulak.lap u laff :)

Sunday, March 18, 2012

WHY?

ade fesbuk baru sejak masuk sekolah nih.my private life perlu di jauhkan dari deria bau anak anak murid.bukan la hebat sangat pon my private life.tapi cukuplah sekadar ape yang dieorang dah tau.seperti aku dah bertunang(ouh yang nih dah tau dan asyik2 perli)
aku suke layan 9gag.ini memang tak bleyh blah.ade ke label aku reader 9gag sejati since aku memang dah letak 9gag apps dekat epal.mane dieorang tau ntah.mesti penah nampak la tu aku buang mase bace 9gag dalam bilik guru ke ape.eh tapi tak silap aku aku bace 9gag kat rumah je.ke aku ade penah buat tapi aku buat buat tak perasan? akhlak guru sorang nih lahaii.ok tak pe lepas nih alert.di sekolah. professionalism seorang guru tu perlu di maintain kan
tak bleh sembrono langgar.mesra peramah dengan anak murid bagus.tapi perlu ade boundaries.jangan main langgar je.peringatan dekat diri sendiri.sebab aku kadang2 bile anak murid aku lambai aku boleh buat peace.gile senget.macam mane aku boleh terlepas jadi cikgu nih? kalau anak anak murid laung.TEACHER! aku bleh jawab YO!
(tapi nih kalau dieorang laung dekat2 la.kalau dari jauh aku just angkat tangan je.tak keje aku nak jerit.buat nye ade pengetua.habes la aku!)

sekarang bagi tau sikit aku nih cikgu ke rappers? kadang kadang aku ade perasaan yang aku nih murid bukan cikgu.punye la tak sehat pemikiran aku nih.
kalau pengetua marah marah dekat perhimpunan.padehal beliau marah anak anak murid.
aku yang kat atas pentas tu pulak yang seram sejuk siap tunduk bawah lagi kepala nih.
macam kan aku pulak yang kene marah.berpeluh2 jugak sebab cuak.padehal tak de kene mengena dengan aku pon.ntah hape hape.

ok dah melalut.sebenarnye nak bagi tau.aku ade new fesbuk acc khas untuk tatapan anak anak murid.jadi bile dieorang nak add fesbuk.silekan la jamu mata dengan fesbuk baru yang ade profile picture semata mata tu.tapi anak anak murid aku bijak bijak semuanye.tau je aku buat fesbuk khas untuk dieorang.aku pulak.mane penah berjaya kelentong anak murid.aku anggukkan aje.jujur tak? jujur sangat kan?

ok minggu lepas sebelum cuti aku bagi arahan dekat semua kelas yang aku ajar.sile up status dalam bahasa inggeris dekat wall fesbuk masing2.aku nak datang jengok.padehal aku nak stalk.tapi takde alasan jadi terpakse bagi arahan macam tu.sambutan dari arahan aku tu hebat dan meriah jugak.masing masing up status dalam bahasa inggeris.dah la aku nih cekadak.mintak at least 2 status.maka banyak la status dalam bahasa inggeris di wall wall yang terlibat.impress aku kejap.bagus.did i mention yang anak murid aku baik baik? hehehe
tapi kan dalam pade dieorang sibuk cakap bahasa inggeris tu.dieorang agak anti kalau aku cakap bahasa melayu dekat fesbuk.tak kesah la sama ada nak comment dieorang ke.or mase aku tulis status sendiri.alahai anak anak .cikgu bahasa inggeris kene hidup mati dalam bahasa inggeris ke? jenuuh la macam tu.muntah hijau aku.
ok dalam dieorang sibuk up status dalam bahasa inggeris tibe tibe aku di soal dengan satu soalan susah nak jawab .

soalan berbunyi:

"kenapa teacher nak jadi cikgu bahasa inggeris? "


10 menet ade aku pikir.ape nak jawab nih.nak bagi jawapan santai ke? seriyes ke? atau ekot sedap aku la.sebab soalan nih untuk aku kan? tapi tu la.bile dah jadi satu figura yang di pandang agak sempurna oleh anak anak murid.ye la asik asik teacher.soalan mathematic moden pon aku kene jawab jugak macam kan aku dulu terel math.
susah jugak sebenarnye.kalau aku jawab main main mane tau dieorang label aku teacher gile.sedih aku kot.
kalau jawab seriyes nanti dieorang label aku skema.haihh.
tu yang sampai 10 menet aku pikir tu.
ikut hati mane aku tau aku nak jadi cikgu sayang sayang ku sekalian.cikgu tak termasuk dalam cita cita aku.
manusia yang dekat sekolah dulu pon jenuh la menyusah kan hati cikgu cikgu die sendiri.mane penah letak harapan nak jadi cikgu.tapi tu la.takdir tuhan.sape aku nak nafikan?
kalau aku cakap aku nak jadi cikgu bahasa inggeris sebab nak tolong bantu anak bangsa itu jawapan cliche.
jadi ape jawapan aku?



.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
..
.

.


.

.


.

.


.

.
takde alasan.aku buat sebab ini amanah.aku belum tahu di mase depan aku nak teruskan dengan jalan yang aku tengah pilih nih atau tak.pilihan ade bermacam macam pilihan.tapi buat mase nih.mendidik nih dah jadi satu amanah.jadi buat je la.passion itu memang perlu ade.berapa taun kene latih jadi cikgu.tak kan sampai sekarang masih takde nafsu nak bantu anak bangsa jadi manusia?
harus la ade kan? jawapan nih aku tak letak pon dekat fesbuk anak murid yang tanye tu.aku senyum je.nanti nanti aku jawab secara verbal.lagi senang hati.aku boleh tengok mata anak murid aku.boleh process apa jenis jawapan yang die nak dari aku.
senang kan?











p/s: kalau tertulis dalam takdir.sepanjang keberadaan aku dalam dunia.aku di takdir kan jadi seorang pendidik.yang mana gelaran cikgu itu tak kan pernah ade tarikh luput.aku terima.
aku seronok.dan aku bersyukur.kalau di takdir kan jugak jodoh aku dengan gelaran cikgu tak lama.takpe lah.et lis aku dah penah ada percubaan mendidik anak bangsa
tinggal nak berdoa banyak2 supaya dieorang akan selalu praktik ape yang pernah aku ajar :)