Thursday, March 5, 2009

persahabatan terindah



kenapa aku rindu kamu kebelakangan nih
kenapa aku mimpi kamu kebelakangan nih
hati nih meronta-ronta ingin tahu
ape sebenarnye terjadi pada kamu ..
mungkin kamu tak tau aku sayang kamu aku sayang mereka
dah lama kita xketemu aku tahu aku rindu
tapi aku faham kita masing-masing punya urusan





kalau aku ikutkan hati yang walang
aku mahu terbang ..
terbang untuk dapatkan kamu yang berhati bimbang





jangan salahkan aku kawan
kamu tahu ikatan kita ini ikatan perasaan
kamu sedih kamu kecewa kamu bimbang
aku merasakan semuanya dari kejauhan





aku tahu hati kamu rawan
walau kamu sedaya upaya sembunyikan
tapi aku kenal kamu bukan semalam
walau kamu menghindar aku tetap dapat rasakan








aku mimpi kamu
dalam mimpi itu kamu tidak riang
ingatan aku selalu terlayang
mengingatkan kamu bila waktu terluang

aku tahu kamu penat kawan
aku mengerti kamu kelelahan
tapi tetaplah melangkah dan bertahan
ini semua dugaan dari tuhan
mahu uji ketabahan kamu kawan
jadi jangan berhenti tetap lah berjalan
kemenangan dan kebahagiaan tetap akan datang
kerna itu lah janji tuhan




aku ada disini walau kita kejauhan
aku ada disini jika kau memerlukan
aku disini untuk kamu luahkan
segala perasaan sebal dan semua yang mengecewakan
luahkan agar kamu tidak sendirian
kami semua akan selalu berada di sisi kamu kawan
janji hingga hujung nafas seorang insan
yang bernama kawan

No comments: