SeLamAt ULang tahun AYah....
Bila rasa rindu itu hadir,wajah kamu yang terukirBila rasa sunyi itu tiba,senyum kamu pengubat hiba
Bila aku sedih,kamu turut merasa pedih
Bila aku ketawa ria..Kamu turut merasa gembira..
Yang menyayangi sepenuh hatinya
Yang melindungi dengan sehabis dayanya
Yang menerima aku,walau pernah dikecewa
Dia ..sentiasa menyembunyikan duka demi melihat aku gembira
Dia..sentiasa memerah keringat demi untuk aku bahagia
Dia..tidak jemu membina percaya walau sering kali diri terluka
Dia..rela berkorban apa saja demi pastikan aku tidak kekurangan apa-apa
Pengorbanan dan kasih sayang mu itu anugerah yang terindah
Tanpa kekuatan mu aku pasti akan rebah
Terima kasih kerana sentiasa membuat hari-hari ku indah
Aku punya dia tapi kamu sentiasa yang pertama
Aku kasihi dia tapi kamu kesayangan hamba
Dia cinta pertama tapi kamu cinta untuk selamanya
Selamat ulang tahun ayah
Moga Ayah senantiasa dalam lindungan ALLAH
Moga tiada lagi duka yang menyinggah
tetapi hanya bahagia hiasi hari-hari indah
Ya ALLAH,bagi aku peluang untuk membalas jasa ayah
Panjangkan umur ayah bahagiakan hidup ayah
Kerana aku mahu membalas jasa
bukan hadiahkan cuka seperti satu masa
Aku benar-benar ingin buat ayah gembira
Aku mahu lihat ayah tersenyum bahagia..
p/s: hero sepanjang hayat..
2 comments:
jangan bg aku nanges ley x? terase sedey nk balik umah tau x?huhu
alahai..jom la balik umah
aku memang mahu balik umah jumpe ayah and ma
Post a Comment