malam semalam.tidur lambat.tahan mata dengan harapan nak habiskan novel Jodi picoult.tapi harapan tu tinggal harapan.akhirnya aku tewas di tangan laptop dan internet yg berkelajuan pantas.tengah busy layan blog,layan member kat fesbuk,layan kawan kat ym tibe-tibe handphone nokia xpress music kaler merah calar balar berbunyi.kuat dan menyakitkan hati.terus capai handphone.panggilan itu adalah panggilan mari kita tidur sambil berkasih sayang.
antara fesbuk,ym dan blog.aku lebih cenderung ke arah panggilan telefon itu kerana fesbuk ym dan blog takde suara garau husky yang boleh melenakan mata serta mata hati.
*sejam kemudian*
uwargggggggggghhg...aku menguap...kuat...
malu? tak payah.die arif sangat dengan perangai buruk aku.
"nak tidur dah?" soalan berbahasa basi.
"haah" jawapan ala kadar
" abg rase la nanti kite nikah terus je la tak payah bertunang"
hati aku jadi tak sedap.ngantuk hilang lenyap.tadi aku ade merapu pasal nikah kawen ke? hati bertanya-tanya sendiri.
"err..tadi orang ade cakap pasal nikah kawen heh?" pertanyaan sambil nak buat counter check.aku kalau tengah mamai..topic nak letak name anak pon aku boleh buat borak.
"takde la tetibe terfikir macamtu.." beliau jawap dengan tenang.
"R U SURE BOUT IT? " terus aku menjerit tegas.out of nowhere betul lah mamat sorang nih
"not really.tengah think bout it.." beliau jawab dalam nada cemas.cemas dengar aku freak out tak tentu hala agaknya.
"ouh..fikir la baik-baik dulu heh" jawab sambil cube btenang.cube.cube.okeyh btenang dh skit..
malam tu lepas letak telefon aku terpikir.aku nak bertunang....sebab?? aku nak ade dua cincin, tu je.lain-lain sebab takde.
kalau takde tunang..tak dapat pilih dua cincin.kan?
untuk memilih satu cincin dari himpunan cincin-cincin yang designnya irresistible adelah sesuatu yang sukar.betul?
harap alasan aku nih solid utk debate btajuk
“ mengapa perlu btunang bagai.kawen terus abes la cerita”
antara aku VS beliau.
p/s: malam tu aku tidur dengan ekpresi muka seram dan hati yang tidak tenteram.
p/s: aku takkan btunang,bnikah atau buat majlis cukur jambul buat mase tdekat nih sekian.
2 comments:
yunk, pujuk la dia k.. tunang kejap pun xpe.. hehehhe
zana: tgh berusaha bersungguh2 nih.tunang satu hari pon xkesah kan hee
Post a Comment