Sunday, August 14, 2011

ADA PESAN DARI TUHAN UNTUK AKU.

dalam gerabak train kaler pink.khas untuk kaum hawa.duduk hujung sudut.telinga bersumbat earphones.lagu lagu kegemaran membidik gegendang.tangan pegang epal.layan twitter.sambil senyum senyum.check fesbuk sambil sengeh sengeh.kadang kadang larikan anak mata tengok keadaan sekeliling.bile aku sorang diri.di satu kawasan di mana aku tak kenal sape sape.aku senang jadi pemerhati.dengan telinga yang telah di pekakkan dari bunyi dunia luar.aku jadi dabel happy.melihat dunia sibuk bergerak.tapi aku still dekat satu sudut memerhati tanpa sebarang bunyi.fun wooh mende macam nih.try buat.mesti heaven!
sampai dekat station kl sentral.ade sorang wanita arab.bermuke manes.duduk sebelah aku.aku pandang dia.dia sedekah senyum simpul.aku balas dengan senyum satu garis.lepas tu wanita arab bermuka manes tu settle down diri dia di seat sebelah aku.kejap kang.dia duduk menepi.kejap kang try nak tidur.tapi ape pon die buat.tetap die rase tak selesa.akhirnye die duduk menegak.pandang depan.aku pulak.still dengan rutin yang aku buat tadi.dengar lagu.twitter.dan fesbuk.
sampai dekat station ukm.wanita arab bermuka manes nih.pegang bahu aku.sikit punye terkejut kot.ye la.aku tengah leka ulit epal.naseb tak terpelanting.haihlaaa.
aku pandang wanita arab bermuka manes nih.dahi dah berkerut kerut.wanita arab nih tunjuk arah telinga aku.ouh dia suruh aku cabut earphones.dia ade mende nak cakap kot nih? aku bukak earphones.beliau mendekat.

" sister.u understand english? "

aku angguk.kaget aku tak hilang lagi time nih.

" i want you to always recite al ahad.and don't forget al baqarah.u will always have a peaceful heart after read it. better than lagho song that u heard just now "

aku angguk lagi.kali nih lebih dua kali.lepas wanita arab tu bagi salam.dia terus keluar dari train.
aku? terpaku.kaku.otak cube untuk proses ape yang aku dengar.lama.aku diam.
mata aku larikan ke arah epal.dalam epal.ade dua application al quran,satu collection of hadith.dan satu lagi himpunan doa doa harian.total semua application berunsur kan al quran ade 4.
tapi.aku tak pernah pon ade nawaitu nak bukak semua application tu.aku bukak bile aku rase nak bukak.kalau rase tu takde.aku tak bukak la.tak pon aku bukak bile lepas solat.mengaji.5minit je pon.
aku hanya minat dengan himpunan lagu lagu lagho.lepas otak dapat cerna maksud wanita arab bermuka manes tu.muke aku automatic senyum.
ALLAH kirimkan wanita arab bermuka manes tu.untuk ingat kan aku tentang kebesaran DIA.
untuk tarik aku dari sesat birat jauh dari landasan hidup yang telah di tetapkan.aku sibuk nak dengar lagu lagu lagho.tapi penah tak aku terpikir nak hafal surah al baqarah time bulan mulia macam nih? lagu korea boleh pulak aku usaha untuk hapal.kalam tuhan aku buat buat tak pandang.astagfirullahalazimm..

manusia.khilaf.dan aku.tak terlepas dari kekhilafan akibat ketidak sempurnaan seorang hamba.maha suci ALLAH sang pencipta.
aku anggap kejadian nih.adelah sebahagian dari kemanesan ramadhan yang aku berpeluang untuk rasa.syukur.amat bersyukur.









4 comments:

Hairil Rizal said...

Hatiku tersentuh...

Sesungguhnya peringatan itu datang dari bermcm mcm cara tapi yang paling penting, kita tahu dgn cara itu bahawa Allah masih sayangkan kita.. kan?

Days said...

warlord: betul.setuju dgn bro.tp tulah kite manusia selalu je khilaf.harap2 lepas nih akan sentiasa la beringat.tp manes la rmdhan kali nih sbb ade mende mcm nih jadi heheh

miss nina said...

salam singgah days
~Allah Maha Besar!

belum terlewat utk memulakan sesuatu kerana Dia kan?

Days said...

miss nina: thanxs coz sudi singgah :)
totally agree.ALLAH ade 1001 cara untuk sedarkan hambaNYA yang asyik dgn dunia.