Tuesday, January 4, 2011

KENANGAN LAMA MENIKAM KALBU

tahun 199? ( tahun dirahsiakan kalau suke sile teka)
Zaman kegemilangan tadika perpaduan

Sebagai budak umur 5 tahun perasaan nerbes dan excited sebab kali pertama masuk sekolah memang wajib ade. Buktinye, setiap seploh minit mesti pegi masuk bilik cek beg sekolah yang ayah baru beli khas untuk masuk tadika. Try baju tadika dah lebih dua kali.tapi perasaan excited tu still ade. Nervous? Sikit je sebab esok mase dekat tadika kawan baik merangkap jiran aku yang nama dia sarah ade same.dan dia adelah senior kat tabika perpaduan tu.sarah siap cakap lagi dekat aku supaya jangan takut sebab "AKU KAN ADE"
Jadi haruslah perasaan takut kene buli dan takut takde kawan bukan masalah besar bagi aku. Gua ade kable besarr kot :)
Just sedikit nervous sebab tak pernah masuk sekolah lagi. Takut tak pandai bawak diri. Takut tak biase main rebut rebut buaian dengan kawan baru lagi. Dan tengah berfikir fikir samaada esok perlu bawak bantal busuk ke tak? Undang undang tadika benarkan tak agaknye. Lepas berfikir secara seriyes hingga hampir tak dapat tidur lena malam sebelumnye akhirnye hari yang di tunggu menjelma .. Ayah dengan mak hantar pegi tadika. Muke ayah riang mungkin excited sama. Tapi muke mak risau. Lebih dua kali mak tanye aku ok ke tak mungkin risau aku tak bleh handle hal hal sekolah sebab ni first experiance aku. Untuk tunjuk kat mak yang aku tak kan meraung macam meroyann mase kat tadika aku senyum je sepanjang perjalanan menuju ke tadika. Kasik level konpiden mak aku up sket.sampai kat tadika sarah dah tunggu dengan muke riang. Siap save kan tempat duduk lagi.perghh bangga dia tak ble citer. Senior kasik layanan vip kot. Lepas mesra alam dengan suasana sekitar kelas dan mendengar sepatah kata dari cikgu, mak bapak di tepian koridor tadika di benarkan balik sebab cikgu nak start class. Time ni aku tengok muke mak aku cuak lagi. mungkin tengah mengira waktu bile la aku nak start baling kasut baling kerusi sambil menangis menjerit MAKKKK dengan suara soprano. Tapi aku memang tengah takde mood nak buat havoc lantas jadi popular. Aku rase macam dah boleh sesuaikan diri sikit sikit dengan suasana tadika. Terus aku pegi dekat mak aku dan cakap " ma dah boleh balik dah, orang ok sarah ade. Tak takut. Nanti balik ma jemput heh? "
sambil flash senyuman fewit fewit dengan mak. Dan akhirnye mak aku agree jugak nak balik. Lepas bayang mak ayah ilang dari pandangan, aku masuk balik kelas dan nampak.... Sarah tengah meraung tak bagi ayah dia balik! Dan tu adelah tahun kedua dia di tadika yang sama.aku melangkah ke tempat duduk.. kali ni tanpa perasaan bangga. Harap kan pagar.. Pagar kuat nanges ! Cessss


P/s : mase nak masuk darjah satu sarah try jugak bagi assurance yang same dekat aku..jangan harap aku nak percaya lagi ..senior heh?bleh blahh

P/s: kelaka bile tengok budak darjah satu menanges kat sekolah. Lelaki pulak tu. Alahaii tak hero la macam ni :)


2 comments:

- GC - said...

aku pun dah lupa aku ada nangis ka tak. rasanya macam tak. haha

Hairil Rizal said...

Haha...'AKU KAN ADA'
Tak bleh harap!

Alhamdulillah, pakcik dulu masa masuk tadika dan Darjah 1 tkde buat benda-benda high profile ni. Hehe!