Monday, June 27, 2011

DNA DRIFTER

dalam kereta.dengan mak.lesu campur penat.sebab satu hari suntuk berjalan-jalan.teman mak.itu keje rutin semasa bercuti.aku lah bibik.aku lah personal assistant.akulah accountant.akulah teman borak.akulah lawan bercakap.kupas isu isu hangat.last last kali aku kene tempias.isteri orang lain yang derhaka.aku yang kene ceramah.

" dah kawin nanti jangan nak melawan suami.hormat dia.ingat tu.jangan keje nak melawan je.dosa besar tahu ! "

orang lain yang buang anak merata.aku jugak kene laser.

" beranak pandai.jaga tak mau.ayong esok jangan buat macam tu kat anak.anak tu anugerah.amanah.tuhan tu bagi kat kita suruh jaga.belai.bagi kasih sayang bukan buang macam barang jee hish..tak paham la.binatang pon sayang anak ! "


itu antara contoh cebisan nasihat.aku tunduk.mendengar.penuh takzim.dalam hati.cerita lain.aku lagi yang kene.aku takde niat nak bawak sifat rebellious pon bila dah dapat title puan nanti.tapi mak yang kenal aku sejak aku nih berumur sehari dalam bentuk segumpal darah lagi.. memang tak dapat nak bertoleransi.mungkin cemas.anak dia punye perangai bukan semenggah mana.level temper masih di takuk lama.takut je.bukan apa.tapi seriyes cerita.aku ade dah buat senarai perangai perangai matang yang perlu di apply dah di praktik kan kalau dah jadi bini orang nanti.tak de la aku nak usung perangai rebel nih lagi.

bila sampai dekat traffic light dekat simpang nak masuk rumah.lampu merah.pandang tiang lampu.tayang muke bosan.telinga aku dari tadi dah senak kene ceramah.badan dah letih.kaki dah kebas.bile nak sampai rumah?
mata melilau.kiri.kanan.tibe tibe.

" makkk!! tu macam kereta ayah..! "

aku jerit excited.automatic mak berenti dari jawatan penceramah part time.ceramah yang buat telinga senak.hilang.daya tarikan ayah lagi kuat.greattt..! ade chance telinga jadi aman.hehe.

" mana mana..?" mak dah masuk mood excited.

" tu tu..depan van putih tu..betul kan tu ayah mak?"

aku double check dengan mak.buatnye orang lain.memang aku akan dapat dabel ceramah gamaknye.mungkin kali nih.ade selit unsur betapa bahayanya menganggu kosentrasi pemandu ketika memandu.

" confirm tu ayah.gerak hati mak yakin tu ayah.."

mak jawap se confident yang mungkin.sambil tekan minyak.gaya macam nak race je nih.
muke aku tukar warna.dari merah berdarah jadi putih pucat.racing?
aku jeling dekat tali pinggang.okey.dah dipakai dengan sempurna.pandang depan.ok ade airbeg.lega.
lampu tukar hijau.tanpa buang mase dua saat.mak terus pecut.potong kereta sampai 3.
demi nak duduk belakang kereta ayah.

" ala ayong ..ayah tak perasaan mak la.." aiseyhh.

" err..try bg lampu.."
bagi idea sambil tangan tak lepas dari pegang tali pinggang

mak kasik lampu.ayah tak perasan lagi.mak tekan minyak.jarak kereta makin dekat.


" yeayyy ayah dah perasan mak...! "
nada gembira.tapi still tak boleh perlahan kan halaju kereta.

aku redha.nampak ayah hulur tangan keluar tingkap.melambai.dan terus memecut.itu tanda nye kalau ekot kamus rempit. aksi yang bertujuan untuk bakar line.aku pandang mak.
mak tak buang banyak masa.sambil tayang senyum penuh satu muka.terus tekan minyak.sambil cakap.

" jom kite tengok sapa yang sampai rumah dulu! " dengan excitednye

aku automatic pejam mata.








p/s: ada darah drifter rupanya yang mengalir dalam badan aku nih.




4 comments:

syak n kinah said...

that is why im following them cos of the blood ties man!

Days said...

aunah: jd aku bukan anak angkat kan hehe

Hairil Rizal said...

WHOOAAA...ini full version of the story kat FB tu rupenye!!

Hehehe!

Days said...

warlord: hhahahaha tau xpe.nih full version