Thursday, June 30, 2011

HEARTBEAT.

tadi tanya dia.
saya nombor berapa di hati kamu?
menjadi yang pertama.semestinya saya mahu.tapi tak mungkin lah.sedangkan kamu bukan yang pertama di hati saya.mak ayah.adik adik dan eiji yang pertama.kamu selepas mereka.nombor dua? mungkin.tapi kamu di bawah kategori yang berbeza.
kamu belahan jiwa.meraka adalah jiwa itu sendiri.

dia terdiam.berfikir mungkin.
menunggu jawapan dan memikirkan jawapan.setiap detik itu seksa.setiap saat itu lama.
pernah dengar.penantian satu penyeksaan? peluh yang ada di dahi
cukup untuk zahirkan seksa menanti memikirkan nombor berapa diri kita di hati manusia kesayangan.harap-harap la bukan yang terakhir.biarlah kucing dia jadi last.takpun berus gigi feberet dia.-_-"

berdoa kuat kuat.merayu sungguh sungguh.

" tuhan.biarlah jawapan itu sesuatu yang tidak mengecewakan "
sambil pejam mata rapat-rapat.

perlahan dia jawap.

" kamu tiada nombor di hati dan hidup saya.kamu tiada giliran atau ranking dalam hati saya."


rahang jatuh.muka keruh.kenal dia dah lama dah.dia tak reti berlapik bila bicara.kalau dia kata takde nombor tu.betul la takde nombor.jangan harap la kata kata tu bertujuan untuk buat prank ke hapa.itu lah kenyataan.itulah kebenaran.



" haaaaaa...sedih heh? "
dia tanya.sempoi je nada dia.chillax bak kata remaja indie sekarang.dia ingat hal nih lawak ke? diam.malas nak kasik respond.kalau start bukak mulut.world war 3 nanti.baik diam.


" jangan sedih.memang takde nombor dalam hati.sebab kamu.adelah nafas saya.kamu adelah degupan jantung saya.kamu sebahagian dari saya.tanpa nafas.tanpa degupan jantung.saya tak mungkin hidup.memang kadang kadang.saya terlupa saya sedang bernafas.saya tak pernah ambil pusing berapa degupan jantung saya.tapi jantung dan nafas itu selalu bersama saya.macam kamu.selalu ada.walau kadang kadang saya sibuk dan terlupa kamu.tapi kamu tetap ada.sebab kamu sebahagian dari saya."


rahang jatuh lagi.tapi kali nih senyum sendiri dalam hati.menangis? ini bukan scene sedih laa.lebih kepada gembira walau akal belum mampu nak cerna semua jawapan dia.







jadi jantung dengan nafas kamu sebenarnye bukan
kerja mudah tau!
:)













p/s: tengah google cara cara menjadi degupan jantung dan nafas yang baik dan solehah :)



3 comments:

Hairil Rizal said...

Wah, ini bisa nanges ni...
:(

Days said...

warlord:sebak sket eh?

Days said...
This comment has been removed by the author.