Monday, January 3, 2011

DUA PULUH SEBLAS

okeyh.dah tahun 2011.akibat dari tidur awal dan tidak berkesempatan nak sambut new year secara sedar dan rationale tepat pada pukul 12.00 tengah malam.sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidak sedaran terhadap taun yang dah berganti nih.dan new year hanya di sambut bersama eiji si kucing gemuk yang berbulu mata primadona tu sahaja.yang lain sibuk attend majlis kenduri kawen.yeahh.1.1.11 adelah tarikh yang agak cantik untuk nikah kawen dan tarikh yang paling senang untuk di ingat buat orang yang senang lupe tapi belum tua macam aku nih.
bila orang sibuk cerita pasal azam untuk 2011.aku mengaku.aku takde azam tahun baru.sebab mungkin dah letih nak berazam lepas tu langsung tak iltizam.jadi jalan yang selamat ialah berenti berazam sebelum diri di cemuh dengan gelaran hangat hangat tahi ayam.
aku still ingat.taun lepas.aku duduk depan laptop sambil berfikir tentang azam tahun baru dan akhirnye hanya mampu berharap agar tahun 2010 bagi sesuatu yang baru dan mengembirakan dalam hidup.tetapi.dugaan untuk tahun 2010 bukan calang-calang.paling terkesan.accident mase bulan ramadhan.WRN masuk spital lama lantas patah kaki untuk bersiar-siar.
dan tahun nih.aku dah berenti berharap untuk semua mende indah.biarlah ape yang jadi.mende yang dah tertulis dalam takdir hidup aku.kalau sedih.kene harung jugak.kalau gembira pon hidup kene teruskan.nama nak berenti dan patah balik.. mende mustahil kan?
mungkin 2011 nih akan ade pertukaran status dalam hidup.mungkin.mungkin.mungkin
itu hanya rancangan.aku sendiri pening bile pikir mende nih semua.nampak sangat aku bukan manusia yang ade minded bagus untuk plan satu mende.hatta untuk diri sendiri.-_-''
anyway.hari hari terawal tahun baru.di sambut dengan kawan-kawan di majlis perkahwinan.. sambil di temani mr liebchen.after 7years baru sekarang tergerak hati nak attend majlis munakahat bersama.dan rase macam dah dewasa gile bile attend majlis kawen pakai baju sedondon.cumel pulak rasenye.harus buat selalu lepas nih.:)
awalan tahun baru yang memberangsangkan bila aku berbaju kurung kaler biru gigih tawaf satu alamanda dengan mr liebchen sambil buat ekspressi muka riang.dan untuk info tambahan.mr liebchen cakap aku nampak anggun.mende yang aku tak berapa setuju.sebab?
anggun mungkin untuk wanita yang dewasa.aku? belum sedia nak jadi dewasa.err tolong jangan mintak aku tunjuk ic atau surat beranak.anggap je aku memang betul betul belum bersedia.ok?





p/s: how about 9/10/11?

p/s: 7years already? can we make it until 700years love? :)

3 comments:

sitinaminah02 said...

dah 7 tahun dah weh, aku ritu tak sampai 2 tahun pun. keh3x

Days said...

gc: hahahaahaha.nih dr zmn diploma membawa ke zaman sekarang nih sbb tu 7.hee.hang ari tu xsmpai 2taun sbb dua2 pon dh keje.nih aku still blaja lg.nikah kawen mende nye hee

Hairil Rizal said...

Rugi pakcik tk tgk korang parade kat alamanda dgn baju biru tu!!

Kesal. Kesal.