hati aku jadi sebak.terharu bile bace puisi yang di tulis khas oleh zahiril adzim buat isteri beliau syera ayob.puisi yang di bacekan khas di majlis perkahwinan tu.buat aku yang xde kene mengena dgn majlis pon boleh rase nak meraung same.lantas.tindakan reflect lepas bace puisi tu adelah menghantar sms kepada mr liebchen.since aku tak suke call time die tengah keje.sms je la pon yang ade jadi medium untuk luah perasaan.sms berbunyi :
" nak mintak tolong boleh tak?"
tak sampai 5minit.handphone berbunyi.aiseyhh sudahh.tak kan pasal nak mintak tolong bacekan puisi pon nak call time keje.abess la aku..tadi aku main main je.mesti mr liecbhen ingat aku betul2 tgh nak mintak tolong nih.aku pandang je telepon tu.seram.ape reaksi beliau kalau die penat penat risau.ingat aku dalam kesusahan ke ape.tibe2 aku call semata mata nak mintak tolong bace puisi mase hari kawin nanti.mampuss aku kene bebel nih karangggg.tu la syahira.mase buat kau tak berpikir panjang.sekarang padan muke!
aku angkat phone.
"apesal ? ade nak mintak tolong ape? hani okey ke? "
alahaii.belum sempat aku cakap hello die dh tanya macam macam.lagi dabel rase bersalah aku.dah la suara beliau tu di selang selikan dengan bunyi mesin mesin yang ade kat tapak projek tu.habesss la akuu..habes laaa.badan dah start seram sejuk.
" err.tengah keje heh? apesal call? message je la.takde mende sangat pon "
" takde ape la.cpt la cakap.nak mintak tolong ape?"
alahaii.
"err.nak mintak tolong bacekan sajak.untuk orang.heheh.heheh"
sambil gelak gelak kecil aku sebut jugak jenis pertolongan macam mane aku nak mintak dekat mr liebchen.sambil tu aku try try jugak nak jauhkan handphone dari telinga.mane tau.kejap lagi nak kene maki kan kan? walaupon mr liecben xpenah maki aku.mane la tauuu.hari nih aku dah terlebih pandai pulak buat die naik hangin hehehehe
" ouhh.bace sajak.BOLEH aje."
terdiam.aku seminit.BOLEH? as if BOLEH ke? biar benar nih? korek2 telinga sikit.mane tau aku tak dengar perkataan TIDAK lps tu terus dengar boleh je? hishh.tak caye tak caye.
" eh betul ke nih?BOLEH? "
suara time nih dah naik satu oktaf.excited punye hal.
" betulll bolehh.ok la nak sambung keje balik.malam kang kite borak lagi pasal nih heh? bye.take care "
talian di matikan.mata aku still pandang handphone.macam la handphone tu mende pelik.biar betul boleh? unsangkarable!
di saat aku tengah type entry nih pon.aku tak percaye lagi.mr liebchen yang aku kenal.bukan romantik macam zahiril adzim tu.err.ke buah hati aku dh kene abduct dengan alien.yang cakap tu bukan die? lagi 5jam untuk rutin call malam.harap harap mr liebchen tak mainkan perasaan aku dengan bagi harapan palsu.
ouh yea.sile jamu mata dan hati untuk bace puisi kat bawah nih.ikhlas dari zahiril untuk sang isteri.
Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku.
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.
*********
zahiril adzim.
p/s: syera ayob nanges mase puisi nih di bacekan.kalau aku.nanges siap pakej pengsan lagi.hehehe
No comments:
Post a Comment