Tuesday, December 20, 2011

RABU YANG WORDLESS

untuk manusia yang hanya terobsesi dengan bahasa.otak aku jadi serabut bile pikir yang aku kene design 2mende penting untuk chapter 3 seawal bulan december.tapi nih hakikat yang aku kene redha dan redah.bile aku jadi orang pertama yang akan kawin dalam keluarga.
baju untuk majlis resepsi.kalau ikut style last minute aku.sewa je.setel.tapi tu kata aku.minggu lepas. di bandung.time aku sibuk rilex rilex sambil mulut asyik mengunyah.aku dah dapat arahan pilih kain untuk majlis resepsi.tercangak cangak aku pilih warna yang sesuai untuk kulit aku dan mr liebchen.3kali buat pilihan.3kali kene reject.akhirnye.aku surrender.mak aku yang pilihkan kaler.ayah aku angguk angguk setuju.kes selesai.aku duduk tengok je kain yang bakal jadi baju majlis resepsi aku sambil makan coklat free yang tuan kedai sedia kan.makan ternyata proses yang dua ratus kali lagi senang dari buat pilihan kaler tema majlis kawin sendiri.
next.aku yang tak bijak melukis nih.dan pernah ade rekod kene halau keluar kelas sebab dah 3kali kelas aku gagal hanta tugasan melukis yang cikgu suruh buat.telah di suruh design kad jemputan kawin sendiri.sehari sebelum balik malaya.mak ayah aku ajak pegi kedai buat kad undangan.aku ingat kan.pilih dan bayar je.tak sangka kene pilih dan design lalu bayar.
jadi sekarang.aku kene design kad undangan.apelah bakat seni yang budak macam aku nih ade? melukis pon asyik asyik laut.lepas tu mesti ade gunung.lepas tu ade awan dengan burung.kalau rajin sikit lukis la pokok kelapa dekat tepi laut.aku ngeri bile pikirkan 2 produk yang akan terhasil dari otak yang di manupulasi oleh bahasa nih.
majlis perkahwinan sederhana tu yang aku impikan.tapi nampak nye sekarang kehendak aku sedang bertentangan dengan hasrat mak ayah yang impikan majlis gilang gemilang untuk anak perempuan sulung.
akhirnye? kehendak aku pasti ade terlibat sama dalam persiapan majlis.tapi bukan 100% wujud.
majlis itu bukan kepunyaan aku sorang.tapi hak milik keluarga.jadi.hanya mampu pandang.bantah sedikit kalau perlu dan tak keterlaluan.wujudkan rase bahagia setiap kali mak ayah volunteer untuk buat ape yang dieorang mahu buat untuk majlis taun depan.asal tak langgar hukum islam itu dah cukup untuk aku.
lain lain hal.aku malas nak pikir dulu.lame lagi kan?
kursus kawin pon aku belum pegi lagi.tapi apesal aku macam ade idea nak kawin awal sekarang nih? hormon atau kehendak? keperluan ke atau mengekot orang?










p/s: mudah nye menjadi anak sulong.susah nye menjadi anak sulong.tapi sape cakap nak kawin tu senang kan? tapi tak ramai jugak yang claim kawin tu mudah semudah ABC :)

2 comments:

Hairil Rizal said...

Warlord dulu diberi sedikit kebebasan utk atur itu dan ini utk majlis di belah lelaki dan perempuan. Seronok tapi of course, segalanya perlu diukur pada badan sendiri dan elakkan pembaziran.

A little bit to win our own heart. A little bit to win the parents heart...insyaAllah ok :)

Days said...

warlord: win win situation for both side mmg susah untuk di kecapi.but will give it a try.ape yg perlu kite buat.yg xperlu xpyh buat.membazir pon xelok.hidup lps kawin lg penting kan hehehe.