Friday, December 23, 2011

PROTOKOL HANTU.

semalam.mr liebchen teman aku pegi hellious jumpe supervisor.jumpe supervisor nye tak sampai pon sejam.setengah jam pon tak sampai jugak.15minit je.tapi campur tolak bahagi mase aku naik tangga.menggah menggah sikit.tunggu mr liebchen pegi toilet touch up rambut.bagi muke kelihatan macam pelajar kampus sedikit.cukup la 30minit.
lepas habes hal akademik.kiteorang cadang nak tengok movie.aku memang awal awal nak tengok alvin and d chipmunks.dah 3malam mimpi theodore.mr liebchen pulak nak tengok mission impossible.sebab feberet actor die tom cruise.aku yang die hard fan brad pitt nih memang tak teruja langsung nak tengok tom cruise.melainkan.kalau anak die suri ade sama.kalau tom cruise SAHAJA.sorry tak minat.
toleransi penting dalam sesuatu hubungan.jadi kiteorang decide nak tengok dua movie sekaligus.malangnya.sampai e curve dah lambat.pukul 5 petang.jadi boleh tengok satu movie je.
kalau tengok dua movie.confirm mak aku halau keluar rumah.
selepas pertandingan osom di jalankan bagi menentukan movie mane yang bakal di tonton.akhirnye.lepas 3 pusingan osom.alvin and d chipmunks kalah total.
mission impossible 4 menang.senyum lebar tak tanggal dari muke mr liebchen.siap volunteer diri lagi beli popcorn.kemahin lagi nak tunjuk hati gembira.




untuk orang yang tak pernah tengok langsung cerita mission impossible nih.aku paham jugak la cerita nih.takde la rase macam ketinggalan ke hape.untuk manusia yang suke kan cerita yang banyak aksi.mission impossible nih memang best.aksi tom cruise sadin sadin je panjat burj khalifa yang jadi bangunan paling tinggi kat dunia sekarang nih memang buat perut aku kecut.
kalau aku.sebelum panjat dah pengsan.lagi satu aksi patah patah kan leher orang nih memang tak la aku nak tengok .asal aku tengok macam ade potensi je orang nih nak patahkan leher mangsa die.aku pejam mata.lepas tu mulut berkicau tanye tanye mr liebchen.
dah belum? dah belum?
aku tau die annoying.tapi aku kesah pulak.aku dah takut nak buat macam mane? tak kan nak tido pulak kan? rugi rugi.cerita nih best.walaupon aku tak suke aksi ganas dan lasak nih semua.tapi aku still ade perasaan nak jadi secret agent bile tengok cerita nih.dasar tak sedar diri tu pendek.ade hati.agent insurance pon belum tentu lepas lagi syahira.insaflah!
part paling aku gemar dalam cerita nih adelah kereta kereta canggih yang di gunekan.mak haiii canggih amat.bmw tuu.sardin je kereta kereta canggih camtu di jahanamkan.dah la canggih laju pulak tu.haihlaa.hebat sungguh.

overall cerita nih best la.sampai mr liebchen tak berkelip mata tengok cerita nih.tapi mata je la yang tak berkelip sangat pon.mulut die busy jugak mengunyah popcorn.
cerita nih senang nak paham.kalau tak paham sangat subtitle ade.mudah kan?
untuk peminat tom cruise.cerita nih memang puas hati.bukti? tengok buah hati aku je dah cukup la.senyum simpul die tu.mata tak berkelip die tu.cukup dah nak buktikan cerita nih best.
jadi kalau ade mase terluang.sile ke pawagam berhampiran.tak rugi.unless korang semua macam aku la.hati melankolik keh keh keh ;p








p/s: aku sampai sekarang tak puas hati.macam mane mamat tak cukup tinggi macam hero cerita nih asik la dapat awek cun? ouh btw.lagi satu bukti mr liebchen suke cerita nih ialah.
die asyik la ulang ulang cakap macam nih.

"am not mike.i am agent hunt " -___________________-''

agak payah aku nak catch up dengan perangai fanatik pesen macam nih.

No comments: