Thursday, August 16, 2012

COUNT DOWN TO CHAPTER 3 FINALE

tujuan berkahwin bukan untuk carik pasangan yang sempurna.
kerana sifat manusia itu sendiri tak sempurna.
berkahwin.untuk membimbing
dan melengkapi antara satu sama lain.
setuju!



kalau kesempurnaan yang aku carik.
kalau cantik kacak segak
kaya raya yang aku dambakan.
aku yakin malah pasti.hari hari dalam diari perkahwinan aku nanti
tak kan jadi seceria hari hari dalam diari percintaan.
sempurna itu sama sekali bukan sifat manusia.
kalau aku mahukan manusia jadi suami.sempurna itu perlu campak ke tepi
tolak dari dalam otak.buang jauh jauh kesudut tepi hati
bile di sebut tentang jodoh.yakin selalu wujud sekejap
lama lama yakin hilang gundah gulana yang hinggap
kalau org mahukan 100% keyakinan dari aku
yang mr liebchen itu pilihan yang tepat
maaf aku gagal bagi keyakinan itu
aku kadang2 ade doubt.
betul ke? tepat ke? tak kan menyesal later?
tapi kalau aku layan kan prasangka.
end up aku akan tua mereput
sambil di sisi ada meja buruk dan katil usang
pandang luar tingkap sambil ade kucing dekat tepi
hanya kucing.haiwan lain tak mendekat
aku tak takut hidup sorang.mati nanti bukan ramai ramai
lahad tu kalau ekot style dekat malaysia
hanya eksklusif untuk satu manusia sahaja
kalau ade 2 dan 3 itu special case
so takut hidup sorang bile dah tua bukan hal paling penting
yang aku takut adelah sunyi.yang aku takut adelah hati mati
aku bukan manusia suke kan hiruk pon
tapi kalau terlalu sunyi.aku jadi risau
bukan la bermaksud.definasi nikah itu untuk hindar sunyi
wallahi aku nikah untuk melengkap kan separuh dari iman
utuk manusia kurang sempurna macam aku nih.
ape sahaja jenis usaha untuk ke arah separuh dari kesempurnaan akan aku buat
nikah ini untuk lengkap kan separuh dari iman
jadi harus aku sahut cabaran
jika benar mahu kekasih ALLAH Muhammad s.a.w
mengaku aku salah seorang dari umat baginda
yakin untuk hidup bahagia sampai hari tua.aku tak pasti
mase depan dan takdir itu semua hak dan rahsia tuhan
tapi aku tahu.manusia tak sempurna macam aku
bile di gandingkan dengan manusia tak sempurna macam dia
insyaALLAH akan jadi sempurna jugak akhirnya.
InsyaALLAH ... dengan izin ALLAH







less than a month
nervous?








p/s: aku masih tak percaya.bakal sandang title isteri.kadang kadang aku rase aku mude remaja lagi.sampai la semalam.mak aku cakap.lambat nye kau kawin.mak umur macam kau dah ade anak 2 orang tau !
lidah yang suke bercakap.mulut yang lantang.terdiam bile pikirkan.kalau la aku wujud di zaman mak.mesti aku dah sandang title andartu.confirm !


No comments: