dugaan alam pertunangan.aku tahu dah.mesti la ade dugaan mase bertunang nih.tapi aku tak sangka buruk betul cara aku hadapi dugaan nih.macam macam perasaan nak wujud dalam satu mase.rase nak lari pegi afrika selalu ade.memang tak kental hati aku kene duga pesen macam nih.
penat aku buat dek.datang lagi.dan sekarang bile aku dan mr liebchen nak cepat kan tarikh kawin.lagi macam macam dugaan.effect dugaan nih.dekat thesis aku.kesian chapter 2. tak terbuat buat.asal nak buat intro je.otak dah tak boleh fokus.ntah bile nak siap aku pon tak paham.kadang kadang aku cube jadi positif.tapi tu la.positif nih sebut senang.nak jadi positif tu yang payah.penat dah aku buang jauh jauh perasaan negatif nih.perasaan asyik la nak merajuk.asyik la nak marah marah.kadang kadang aku terpikir.aku nih nak mono pause ke?
dah macam makcik tua je perangai aku.naseb mr liebchen tu penyabar.tapi kadang kadang hilang jugak sabar die.time tu.padan muke aku.ye la asyik kene bombard je dengan aku.sape je boleh tahan.penat jugak die nak tangani isu perangai ntah hape hape aku nih.bergurau dah.buat lawak dah.buat dek pon dah.tetap aku nak mengamuk.tetap nak menanges entah sebab ape.dah macam perempuan psycho! mr liebchen jenis rilex.chill je.agak agak die rase die tak dapat handle aku nye perangai .die diam kan diri.diam lagi bagus kan?
aku pon rimas dah dengan dugaan dugaan nih.aku penat dengan perasaan doubt yang tak pernah ade hujung nih.dalam aku nak siap kan diri untuk jadi seorang isteri.aku kene uji macam nih punye teruk.bile kene ignore dengan mr liebchen tahu pulak rindu.tahu pulak tercari carik.
kalau tak tu.asal dia call je ade je issue aku nak bangkitkan.ade je hal yang tak kene.bile dia diam.aku pulak gelisah.tak ke gedik tu?
dalam hati aku tau.perangai jenis nih memang tak bleh bawak jauh.belum kawin nih tak pe la.dah kawin esok.dah jatuh dosa kalau lawan suami.dalam nak mendidik hati menjadi manusia taat dan setia dekat suami.aku failed dekat cara cara mengawal perasaan.
berbuih dah mulut mr liebchen suruh istighfar banyak banyak.bukan aku tak buat.aku buat.tapi biase la.lepas dah marah baru buat.
naseb la aku tak mengamuk extreme.
god forbid.aku letih dah jadi macam nih.macam perempuan meroyan.
tapi somehow aku rase dugaan nih buat aku jadi matang.instead of menjerit dekat mr leicbhen aku tahan hati ketap bibir.aku tau.aku pilih mr liebchen untuk jadi suami.untuk jadi manusia yang aku akan taat dan aku akan hormat.payah manusia vokal macam aku nak jadi macam tu.nak jinak kan hati sendiri.
perangai temper aku ade.bohong kalau hilang terus macam magic.tapi aku boleh kawal.
sifat melawan wujud.tapi aku ajar hati aku pasrah.aku aja hati aku redha.
perempuan.tak kan boleh jadi raja.tak kan boleh jadi pemimpin kepada lelaki.
kejadian asal perempuan itu sendiri dari rusuk lelaki.tak kan nak lawan tokey?
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (Di riwayatkan oleh A.Hurairah)
aku doa sungguh sungguh jauhkan dugaan tu.aku tak mampu nak letak gap in between our togetherness.aku tak reti nak blend kan rase benci dengan rase sayang.aku penat dah nak menanges macam lah aku tengah deal dengan masalah ekonomi dunia.dan seriyesly.menanges itu tak style lah! padehal tak tahu pon sebab kukuh nak menanges.tetappp menanges jugak.
ntah hape hape.bile pikir balik.ya rabbi annoying sungguh makhluk tuhan yang sorang nih.
p/s: ouh yea.date untuk chapter 3 telah di percepat kan.bye bye 10.11.12 lambat sangat la.kiteorang tak bleyh tunang lama lama.dugaan dugaan banyak.remember? :)
3 comments:
benda yg baik, better cepat2. dugaan dalam bertunang ni aku pun rasa. gaduh memanjang, dh kawin ni pun gaduh jugak. haha.
masyaallah, teruknya aku lawan cakap suami. syukur dia blh handle aku yg suka meroyan ni.
cepat nikah ok!
gc: tgh usaha nk nikah awal nih.aku harap sgt dh kawin nanti perangai meroyan aku hilang.kalo ade jgk aku mmg sah degil xleh nak ubah huhu
Tenang tenangkan fikiran. Take things easy...one at a time. InsyaAllah semuanya ada penyelesaian.
mr liebchen nya cara is also mine. Wifey punya cara...is similar to you too.
My worry sblm kawin was that how can I get my wife to be more rational and not emotional. Worry..worry.
Alhamdulillah, lepas kawin we learn about each other more, tolerate more, accept more and in the process sebenarnya we change towards the better.
For you, insyaAllah it will be ok nnti. Trust me!
Post a Comment