sedang sedih.Baby Ali sudah pergi menghadap ilahi.semalam.dapat perkhabaran duka dari mummy ali tru fesbuk.reaksi pertama? tergamam..
aku cube jugak tabahkan hati.ketap ketap bibir sedikit.untuk melarang keras air mata dari jatuh tanpa pamitan.aku malas nak menangis.aku sedang cube untuk jadi tabah..! sedang cube.. dan cubaan tu memang confirm gagal.perempuan.dan emosi.ibarat aur dengan tebing.kalau aku tak menangis.maka aku telah melawan fitrah perasaan sedih yang aku larang keras untuk di salurkan melalui air mata.melawan fitrah bukan cara bijak untuk jadi wanita.dan jadi manusia.
call syu.salah sorang dari mummy angkat baby ali.
memang aku dengan syu adelah manusia yang selalu layan karenah ali.yang selalu lawat ali.kiteorang pernah petik gitar sambil membuat cubaan nyanyi kan lullaby tidur untuk ali.walau vocal kelaut.tapi kiteorang enjoy buat keje semi biol macam tu.happy.walau kiteorang tau ali tak pernah amik peduli tentang ape je jenis bunyian yang dia dengar .
bile dengar suara syu macam nak nanges.
dan aku suspek dia dah selamat meraung 2menet selepas itu.aku jadi sebak balik.cubaan membuat diri jadi manusia tabah.failed sama sekali.
bile syu cakap
" babe.boleh tak kalau kite sedekah baby ali al fatihah? "
aku terus meraung on d spot!
seriyes.seblom nih.aku tak pernah ade pengalaman melayan sugar glider.aku tak reti macam mana nak handle sugar glider.tapi dengan kewujudan ali di hostel hell.pertama kali.aku jumpe sugar glider face to face.aku pegang ali.dengan satu jari.aku belai ali.sikit tak takut.sikit tak rungsing.kalau kalau ali mungkin akan mengeget.ape sangat la gigitan budak kecik macam ali.dia baby lagi kot.
bile ali menjerit langsi.aku happy.terhibur.dan sejak tu aku ketagihan ali.asyik la nak pegi layan ali.ali tidur.aku kejutkan suruh bangun.aku suke tengok ali bangun dan tayang mata bulat sambil tunjuk muncung sexy!
aku tau ali sangat alert dengan bau.kalau dia menjerit bila jumpe manusia baru.itu bukan sebab dia tau muke manusia tu tak cantik tapi sebab dia tak berapa nak hapal lagi bau manusia tu.tapi kalau bau aku,mummy dia dan syu.dia memang hapal sangat.buktinya.tak pernah dia jerit nyaring bila aku mendekat.elok je dia buat hal dia sendiri.seperti tidur dan makan dengan istiqamah.
aku penah usik ali.aku penah sendawa bau paprik dekat ali.lalu ali dengan lantang nye menjerit nyaringg.cumel ! kalau la ali tau yang paprik ayam yang aku makan tu best,mesti ali menyesalmenjerit lantang.tapi nak buat macam mana ali hanya heart buah buahan sahaja.apple je pulak tu.buah lain tak mau.
dan bila hari terakhir nak berpisah dengan ali.aku rase berat hati.sangat berat macam hati aku lagi berat dari badan.lagi besar dari peha.
dan rupenye.hati aku memberat sebab tau.aku tak kan pernah ade perjumpaan kedua lagi dengan baby ali.
dan sekarang aku tau.dan sedar.yang baby ali adelah pinjaman ALLAH buat kami semua untuk melegakan hati meriangkan perasaan dan meringankan tekanan mase exam weeks.pertama kalinye dalam sejarah minggu peperiksaan aku tak takut dengan paper susah.sebab? aku sangat menikamati hari hari belajar yang bersulam kan masa bermain dengan ali.
baby ali adelah anugerah terindah yang hanya bersifat sementara.seperti mana sifat semua mende hidup termasuk manusia.
RIP ALI.
u're always in our loving memories.
aku sedapkan hati sendiri.baby ali sekarang dah happy dalam syurga.jadi kenapa kena menangis? kan?
p/s: orang akan cakap ala sugar glider je.nak sedih sangat pesal? sugar glider nih ade tempat dalam hati aku tau! jadi dia bukan hanya sugar glider je.dia adelah separuh dari memori.yang manusia punya short term memory loss ini tak kan lupekan insyaALLAH sampai bile bile.
2 comments:
Nyatanya semuanya adalah pinjaman..dan baby Ali tak terkecuali.
Jangan sedih sedih. Siapa tahu ada pengganti lebih baik kepada baby Ali??
semoga Ali sentiasa tenang disana.
Post a Comment