Wednesday, November 30, 2011

BULAT BERBULU OREN.TROUBLEMAKER IN THE MAKING.

4hari lepas.aku bangun pagi dengan ekpressi muka yang agak ngeri.okeyh.muke bangun tido memang sedia ade tak berapa nak jelita.di tambah pulak dengan berita yang eiji hilang dari umah.buat muka jadi hilang seri secara total.penat dah carik serata rumah.gagal.kesan tapak kaki saiz xs itu tidak kelihatan.eiji ade satu tabiat.suke menyelinap keluar dari rumah.dan dah name menyelinap.harus la secara senyap tanpa satu oktaf pon bunyi mengeow kedengaran.walaupon selalunye setiap kali ade sesi bagi makan kucing dekat luar rumah.eiji akan datang dan memeriah kan suasana dengan bermain dengan kawan kawan yang lain.
dan tiap2 petang kalau tak hujan pon aku lepas kan eiji.dengan pengawasan aku dari tepi sudut rumah.eiji dengan meriah nye berlari,berjalan bebas dekat belakang rumah yang luas mata memandang nih.
sebab belakang rumah aku.ade sungai.dan aku pasti eiji failed dalam acara sukan renang berirama.
jadi memang kene pengawasan yang ketat.mungkin sesi bermain setiap petang tu tak mencukupi bagi eji yang berjiwa rebellious ini.jadi beliau menyelinap keluar.dan aku freak out serta merta.
eiji.selain dari kuceng.beliau adelah sleeping patner aku.80% dari keluasan kawasan katil aku beliau konker.dan dalam ape bentuk keadaan sekalipun.die mesti akan carik aku.tanpa mengira masa.kadang2.nak repeat makan untuk kali ke 4.aku jugak yang die carik.padehal dekat rumah nih.ade lagi 4orang yang duduk.tapi tetapp aku jugak jadi sasaran dia untuk bagi makan.
redha.sebab aku sayang lebih dekat kuceng nih.mak ayah aku serta aunah dah start risau.
macam mane aku nak kawen esok lusa.eiji nih macam kembar siam lain DNA je dengan aku.kalau petang petang.bile mak ayah aku rajin nak usha bilik aku.akan terpampang la aksi tido secara jemaaah di antara aku dan eiji.aku hadap kanan.eiji arah kiri.bayangkan je la heh.tak mampu nak amek gambar.aku tido buruk.eiji lagi dabel buruk.siap ade air liur basi.

ouh berbalik kepada cerita eiji hilang.aku dah carik serata ceruk dalam rumah.luar rumah.semak samun.belakang rumah orang. yang aku dari kecik tak penah jejak.dan tempat tempat lain yang ade kemungkinan untuk eiji si oranje cat nih berada.tapi tetappp bayang bulu oren eiji tak kelihatan.hari mula dah nak gelap nak hujan.aku dah start ade feeling nak meraung.
macam mane kuceng spoiled bratt nih nak survied hari hujan pon.beliau dah la spoiled bratt.mane ade asas kemahiran survivor yang tinggi.risau.cuak.takut.semua ade.
aku try tido.gagal.teman tido hilang.tido pon takde nafsu.nak makan tak lalu.teman kuat makan hilang.pinggan pon aku tak larat pandang.

last sekali aku redha.sambil berdoa.eiji akan balik jugak kalau dia dah lapar nanti.aku doa lagi supaya hidung dia.deria bau dia berfungsi dengan baik.jangan beliau sesat sudah.doa lagi jangan la eiji dalam bahaya.buat sedih aku je nanti.dan bila aku sedang elok nak bace doa awal tahun sempena awal muharam.tibe tibe ayah jerit lantang panggil aku.dari dalam bilik die.tergamam aku.aku duduk bukan jauh dari bilik ayah.apesal nak panggil macam aku lepas buat salah.dah la tengah fragile sebab sedih.ade jugak aku berdoa awal tahun sambil meraung nih karang..
sampai bilik ayah.ayah tunjuk wardrobe dia.sambil cakap.eiji ade dalam tu.aku blurr.kuceng orenje aku dalam lembari tu? apekah???

rupenye.eiji terperangkap dalam lembari baju mak ayah aku.mungkin pagi tu mak aku amek baju untuk di pakai.die menyelinap masuk ke dalam lembari.mak aku tak perasan langsung.mak aku tutup pintu lembari tu yang sememangnye ketat dan untuk kudrat eiji.confirm tak dapat bukak punye.so terperangkap la eiji dari pagi sampai senja dalam tu.dan yang heran nye.dah nak senja baru dengar die mengeow.
padehal ayah aku ade masuk bile die tengah hari tu.napping.tak pulak dengar die mengeow mintak tolong.aku suspek kuceng kuat tido nih.bile dah takde idea nak buat ape.nak keluar tak boleh.die bantai membute same.tu yang sampai berjam jam duduk dalam lembari tu.sikit pon takde tindakan nak selamatkan diri.buat risau aku je.naseb baik sayang.naseb baik cumel.dan naseb baik ade bulu mate lentik.kalau takk.blerghh.
try la mengeow kuat sikit.mengeget kemahin lagi.sampai bercalar balar tangan aku .tapi mengeow nak selamat kan diri pon failed.haihlaaa.
ade sape sape tahu tak tadika mane sesuai untuk aku sekolah kan sikit eiji nih?
manje sangat.tu yang berpikir mende mudah pon dah tak reti.
macam nih la punye perangai.aku dah dapat teka dah berapa keputusan upsr eiji nanti.*redha*






tido.hijack katil dan bilik aku.kacau aku tido.geget kaki tangan aku.makan sehari belas belas kali
tu je kepandaian eiji.yang lain? gagal tanpa sebarang syak wasangka.











p/s: lagi satu.sekarang suke sangat kuceng nih buat perut aku jadi pentas untuk die berdiri sambil bertopangkan kaki.tu tengah bajet masuk american idol la tu.senak la perut nih.dah la suke buat perangai time aku baru lepas makan.memang kuceng pembuli.sahih!




p/s: ouh lupe nak cakap.eiji kalau nak tido mesti kene dodoi dengan lagu ayat2 cintadari rossa.baru mata dia pejam lena.kalau tak.buas dia kemahin lagi.sentimental tak kuceng oren nih? ;p

2 comments:

Hairil Rizal said...

Kucing kalo masuk lembari selalunya nak beranak. Hihihi!

Eiji buat apa la masuk situ..cari tikus ke?

Days said...

warlord: die memang suke masuk lembari.xtau apehal.gedik kot hee