Sunday, December 6, 2009

DENDAM

bukan aku tak pernah cuba.banyak kali cuba tapi ternyata aku gagal
gagal dalam memberi sebuah kemaafan,gagal memaafkan dan masih berdendam
arghH..sedang kan nabi maafkan umat ni kan pula kau..suara jahat mulut busuk memaki aku yang masih lagi menyimpan secebis dendam.

aku takut untuk beri kemaafan kerana perbuatan itu melukakan.
aku takut jika aku dengan mudah pasrah menyebut kata maaf hati aku akan sewenangnya di jadikan mainan ..alah takpe saketkan die..die tu mudah memaafkan.aku tak suka prasa perkataan itu.tidak suka.sapa suka disingkap hijab kelemahan? kau suke? aku tak....!

aku bukan nabi kau jangan lupa itu semua.aku tidak punya kemulian sorang nabi walau aku umatnya dan berusaha keras untuk berperibadi seperti baginda.sekarang antara berusaha menjadi baik dan sedia ada baik adalah 2benda yang punya banyak beza.betul?

bila aku fikir.aku letih.aku letih berdendam kerana dendam itu memenatkan.tak percaya? cuba la kau berdendam dengan sapa-sapa.aku nak tengok kau bersenang lenang dengan dendam tu.
dendam itu saket.menyakitkan.hati kau yang sudah hancur lumat tinggalkan bekas yang tidak akan hilang walaupun kau buang hati kau.

jadi aku pikir.boleh ke aku cuba belaja untuk memaafkan.belaja maksudnya aku perlukan masa untuk latih diri memberi sebuah kemaafan.mungkin maaf boleh di beri bila tamat proses pembelajaran aku nanti tapi mampu ke aku melupakan dendam selepas kemaafan aku bagi? ikhlas ke aku bagi kemaafan tapi sebenarnya aku tidak pernah memaksudkan?



sudahnya aku belajar maafkan diri aku dulu sebelum aku maafkan orang.itu penyelesaian yang tepat dapat aku fikirkan.








p/s: dendam itu reflex kebodohan.berpura itu reflex kebangangan.antara bodoh dan bangang mana satu lagi mulia? ke dua-dua sama hina?

No comments: