Monday, March 9, 2009

4a.m

Dunia ini seakan sedang berputar hebat..
Hati ini seakan mengalami kerungsingan maha dasyat
Mata ini aku kerah untuk terpejam rapat
Aku sudah penat,aku mahu rehat..

Tapi kali ini akal seakan tidak mahu berkompromi dengan hati
Kali ini kolobrasi antara mereka dingin sekali
Kepala yang berdenyut ngilu ini
Masih tegar untuk terus bertahan lagi
Walau hati mendesak untuk segera lena dan pergi ..
Pergi dari dunia kejam ini..dan kembali ke alam mimpi


Di alam mimpi hanya kegembiraan yang akan aku temui
Aku ketemu dia si pujaan hati
Aku ketemu mereka yang memahami
Aku ketemu mereka yang amat aku sayangi
Aku ketemu semua yang aku hajati yang aku ingini
Yang aku jarang sekali ketemu di alam realiti



Untuk ketika ini ..aku hanya ingin tidur lena
Aku mahu berhenti berfikir untuk seketika
Aku hanya ingin lena dalam syurga loka
Aku mahu tinggalkan sebentar semua sengsara


Tolonglah wahai akal ..turutkan lah kemahuan hati untuk kali ini
aku sendiri sudah lelah dan mahu segera kea lam mimpi
hanya itu permintaan hati ..tanpa ragu lagi..





p/s: hanya tidur di riba mama adalah ubat paling mujarab untuk segala kesakitan ini..
hanya tidur di riba ayah adalah ubat paling mujarab untuk semua lelah dan resah
ini.okeyh senang cite aku memang rindu mama ayah aku ..okeyh aku homesick..
so what???



No comments: