Wednesday, September 29, 2010

AKIBAT DARI BANYAK BERPIKIR.

untuk melangkah. tak tabah.
untuk mengundur. takut hati hancur
yang tinggal.tepi kiri.kanan atau pergi.hilang.

pergi.hilang.pilihan yang paling selalu di gunakan.
halimunan itu bukan satu perkara yang manis.
melihat dari kejauhan bukan satu perasaan yang bagus.
melihat tanpa di pedulikan..sukar untuk di lakukan.


melangkah.dengan hati separuh.bukan tindakan bijak
menyaksikan semua terjadi di depan mata walau hati tak setabah mana.
jadi.perlu lagi berdiri di situ.walau tahu.wujud diri itu tak perlu?



mengundur.dengan hati hancur.
bimbang sisa-sisa hati.tidak terkutip lantas hati mati.
sampai hati mati tak bereaksi.jiwa juga tak kan pernah mahu aman dalam diam.dalam tidur.



akibat fatal dari pilihan yang minimal.
hati hancur dan menanges dalam tidur.
tanpa diri sendiri sedar sesuatu sedang melebur dalam diri.








p/s: aku banyak berpikir hari nih...

10 comments:

zai said...

bagus ko pikir banyak
banyak guna otak,
makanya otak ko selalu active utk generate idea2 baru..

asal aku tak paham neh.

HaN WarreN said...

xmau berpikir benda yang remeh...serabut otak sakit jiwa... ;p

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

ntahpape..nantilah..org citer ape menda yg bole buat kita tenang..sementara tu..teruskan beristighfar untuk mencuci hati..byk2 tau..zikir taubat sekali.

sitinaminah02 said...

aku pun banyak berfikir, ntah apa benda kau merepek ni labuuuu?



haha

Hairil Rizal said...

Berundur bukan bererti kalah..hanya mengambil masa menyusun strategi utk menyerang kembali dikala musuh leka dan alpa..

Hati mmg zahirnya lembut tapi tak mustahil ia boleh dikeraskan utk hadapi cabaran mendatang.

Boleh kah?

Days said...

zai: zai gua dh lame terima kau mmg xkan paham ayat2 mcm nih.hang otak matematik kot weyh..art jenis mcm nih hang xleh masuk..

Days said...

han: setujuuu..hehehe.remeh ke masalahnye skarang nih hehehe

Days said...

iffat: yolah.nanti2 let me noe ok

Days said...

gc : aku pon xpaham la labi.ape yg aku dok merapu hehehe

Days said...

warlord: boleh..saye yakin boleh hehehe.insyaALLAH..btw bro..nice words heee